Gambaran Keseluruhan:
1) Persediaan sebagai Usahawan – untuk menjadi usahawan, bakal
usahawan hendaklah membuat keputusan yang jitu untuk menjadi usahawan.
Mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi
setiap cabaran seorang usahawan. Ciri-ciri usahawan yang berjaya
hendaklah dipupuk bagi memastikan keyakinan diri terbentuk di dalam
diri. Selain itu, kemahiran menjadi usahawan dari aspek kepimpinan,
pemasaran, pengurusan dan keperibadian juga hendaklah dibina bagi
memastikan profil seorang usahawan berjaya juga terbentuk.
2) Memulakan usaha – bermula dengan pencarian dan perkembangan idea
yang bolehguna, bakal usahawan hendaklah seterusnya mengenalpasti
peluang-peluang yang sejajar dengan idea yang dikeluarkan. Kemudian,
idea
dan peluang yang telah disenaraikan hendaklah dikaji dan dipilih mengikut kehendak dan keperluan pasaran. Produk yang baik adalah produk yang kreatif dan inovatif. Oleh itu, perancangan produk dan proses pembangunan yang teratur dan berkesan hendaklah dilakukan semasa fasa ini.
dan peluang yang telah disenaraikan hendaklah dikaji dan dipilih mengikut kehendak dan keperluan pasaran. Produk yang baik adalah produk yang kreatif dan inovatif. Oleh itu, perancangan produk dan proses pembangunan yang teratur dan berkesan hendaklah dilakukan semasa fasa ini.
3) Pelan Pembangunan Perniagaan – setelah produk dikenalpasti, pelan
organisasi hendaklah dilakukan bagi mengenalpasti individu atau kumpulan
yang susuai ditempatkan di dalam organisasi. Ini bagi memastikan
individu yang dipilih adalah menepati keperluan dan kehendak syarikat .
Seterusnya, Pelan pemasaran dilakukan bagi memastikan proses pemasaran
yang akan dijalankan mengikut panduan dan target yang telah ditetapkan.
Sejajar dengan pelan pemasaran, pelan kewangan juga harus dibentuk bagi
memastikan bajet dan perbelanjaan syarikat mengikut kemampuan syarikat
itu sendiri.
4) Pembentukan Perniagaan – fasa ini bermula dengan fasa pembentukan
struktur organisasi. Ahli organisasi yang dipilih hendaklah terdiri
daripada individu atau kumpulan yang mempunyai pelbagai bidang kepakaran
dan pengalaman. Ini bagi memastikan mereka yang dipilih mampu memenuhi
keperluan syarikat dari segala aspek. Seterusnya, pendaftaran dan
pembentukan syarikat bolehlah dilakukan dengan memilih untuk didaftarkan
sebagai syarikat enterprise, sendirian berhad atau berhad serta
berteraskan individu atau perkongsian. Di fasa ini juga, ahli syarikat
yang dipilih hendaklah menerapkan nilai-nilai etika keusahawanan dan
nilai korporat terhadap syarikat bagi memastikan struktur organisasi
yang dibentuk diyakini pelanggan dan pelabur.
5) Usaha Pembiayaan baru – tidak dinafikan, syarikat yang berkembang
maju adalah syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Oleh
itu, untuk memastikan produk mampu dikeluarkan dan dipasarkan mengikut
permintaan, usaha mencari pembiayaan perlu dilakukan. Usahawan hendaklah
melakukan kajian dan memilih sumber pembiaya yang sesuai yang
ditawarkan di pasaran kewangan. Usahawan juga perlu peka terhadap proses
memohon pembiayaan di mana dokumen-dokumen tertentu perlu disediakan
dengan lengkap bagi memastikan pembiaya mempunyai keyakinan untuk
memberi biaya. Produk yang bagus, perancangan perniagaan yang terperinci
dan organisasi yang tersusun sudah pasti akan mampu menarik pembiaya
untuk melabur di dalam sesuatu perniagaan. Ini kerana, pembiaya itu
sendiri adalah dikalangan ahli perniagaan yang sudah semestinya inginkan
keuntungan di dalam menjalankan perniagaan.
6) Proses implemantasi/pengoperasian – fasa implementasi adalah fasa di
mana, segala aspek perancangan awal telah dilaksanakan. Misalnya, pada
fasa ini segala yang berkaitan dengan sumber manusia, kewangan,
pemasaran, pengurusan konflik dan strategi telah bersedia untuk
dilaksanakan.
7) Strategi Pembangunan – pada fasa ini setiap ahli syarikat terlibat
hendaklah memastikan setiap strategi perkembangan syarikat di jalankan
dan dijadikan poin penting dalam mengenalpasti kelemahan setiap
stretegi. Isu dan kelemahan strategi yang dibangunkan dijadikan bahan
untuk meningkatkan atau memperbaiki kelemahan startegi yang ada. Dari
aktiviti ini, setiap ahli syarikat mampu melihat dengan jelas
perkembangan tugas masing-masing sekaligus meningkatkan perkembangan
syarikat itu sendiri.
8) Penuaian hasil – Setelah syarikat berjaya mencapai target tertentu
maka tibalah masanya pula untuk melangkah lebih jauh dengan merancang
untuk menjadikan syarikat sebuah syarikat penyenaraian awam atau
melaksanakan strategi penuaian yang sesuai. Pada fasa ini, keputusan
penuaian seperti pembahagian syer, pembelian anak syarikat dan
sebagainya, harus dilakukan.
Pengajaran:
Semua orang tidak kira mempunyai latar belakang seorang usahawan atau
tidak sebenarnya mampu menjadi seorang usahawan sekiranya dia bertekad
membuat keputusan menjadi usahawan. Asalkan mereka mempunyai idea yang
bolehguna, produk yang baik dan berkesan serta teliti dalam segala aspek
pengurusan syarikat, mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya. Modul
ini sebenarnya mampu memberikan keyakinan kepada mereka yang ingin
menjadi usahawan di mana, tanpa keyakinan tersebut, seorang bakal
usahawan akan sukar bergelar usahawan. Tambahan pula, dengan pelbagai
dana dan bantuan kewangan dari pelbagai institusi hari ini, setiap
impian menjadi usahawan mampu direalisasikan asal bakal usahawan
tersebut jelas dari segala aspek keusahawanan.