Gambaran Keseluruhan:
Modul ini merupakan modul ulangkaji bagi modul sebelum ini. Melalui
modul ini, Pensyarah banyak menceritakan pengalaman sebenar
usahawan-usahawan berjaya yang memulakan perniagaan mereka bermula
dengan pencarian idea yang baik. Misalnya, pengalaman Dato’ Toni
Fernandez yang dahulunya terlibat di dalam bidang penerbitan muzik.
Kerana idea dan usaha gigihnya membawa idea penerbangan tambang murah di
Malaysia, syarikatnya Air Asia kini menjadi syarikat penerbangan yang
sangat berjaya. Penerbangan tambang murah ini adalah yang pertama
dilakukan di Malaysia dan ini membuktikan Dato’ Tony Frenandez adalah
seorang usahawan yang berjaya menjana idea yang baik dan bijak merangkul
peluang yang ada.Melalui modul ini juga, Pensyarah menekankan
bahawa penjanaan idea bukan sahaja tertumpu kepada produk atau perkhidmatan baru tetapi juga
boleh ke atas produk sedia ada di mana, penjanaan idea tersebut adalah bertujuan untuk membentuk keunikan produk tersebut sekaligus menaiktaraf bagi menjadikan ia produk yang lebih berdaya saing.
Sehubungan dengan itu, satu aktiviti yang dinamakan EUREKA telah
dijalankan di mana, setiap kumpulan dikehendaki mengubahsuai produk siap
kepada sesuatu yang lebih menarik dan boleh digunapakai.
Pengajaran:
Modul ini membuktikan bahawa proses paling penting di dalam keusahawanan
adalah penjanaan idea yang baik. Tanpa idea yang baik dan kreatif,
sesuatu produk yang baik jugak akan gagal dilaksanakan dan perniagaan
juga akan sukar dibentuk. Melalui cerita dan pengalaman usahawan
berjaya, pensyarah seolah-olah ingin menaikkan semangat para pelajar
untuk mempunyai keinginan menjadi usahawan. Hasilnya terbukti apabila
hampir keseluruhan kelas memperolehi keyakinan untuk mencuba
panduan-panduan yang diberikan. Manakala melalui aktiviti EUREKA,
pelbagai idea kreatif dijana ke atas produk sedia ada yang diberikan.
Ini bermakna, modul ini sekaligus telah berjaya menghasilkan pemkiran
kreatif di kalangan pelajar.