Skim Mikrokredit Miskin
Bandar (MiMBAR)
Makluman tentang skim ini baru diterima dan skim akan
dilancarkan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor pada 1 Mac 2011.
Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)
Skim MIMBAR merupakan satu skim khusus untuk membantu
masyarakat miskin bandar negeri Selangor dan sebahagian daripada program
kerajaan negeri untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Rata-rata tuntutan kehidupan di bandar adalah terlalu
tinggi dan mencabar di mana kos penyaraan kehidupan amat berganda lagi
membebankan secara amnya berbanding kehidupan di luar bandar.
Persaingan hebat, ruang peluang yang sempit, kepadatan
penduduk dan kelayakan kemahiran yang tinggi menjadi titik-ukur selesa dan
jayanya kehidupan rakyat bandar. Bagi masyarakat
miskin bandar yang layak, skim ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan
mereka ke atas “Paras Garis Kemiskinan (PGK)” iaitu melepasi tahap RM1,500 bagi
seisi rumah. Program khas di bawah portfolio EXCO Kebajikan, Kebudayaan, Wanita
dan Sains Teknologi Inovasi, YB Puan Rodziah Ismail, ini telah diperuntukkan
sebanyak RM20 juta bagi memastikan agihan peluang, latihan serta kekayaan
negeri disediakan di semua peringkat khususnya masyarakat miskin bandar sekitar
Selangor.
Program
Mimbar
Program Pembangunan Usahawan
Program membantu peniaga/bakal peniaga untuk menjadi
pembekal, pembuat, pemasar dan lain-lain aktiviti bersangkutan dengan
perniagaan.
Program Pembangunan Kerjaya
Program membantu peserta mencari pekerjaan terutama di
anak-anak syarikat Negeri Selangor.
Program Mikro-kredit
Program pinjaman mikrokredit untuk peniaga kecil untuk
menambah dana atau pekerja bergaji tetapi menghadapi masalah berkala.
Syarat
Kelayakan Pemohon
·
Pendapatan seisi
rumah kurang dari;
o
RM1,500 bujang
atau berkahwin tanpa anak
o
RM2,500 berkahwin
dengan anak kurang 3 orang
o
RM3,000 berkahwin
dengan anak melebihi 4 orang
·
Warga Malaysia
berusia 18 tahun ke atas
·
Warga Selangor
atau bermastautin lebih 8 tahun
·
Memiliki asset
tidak lebih RM50,000 dalam segala bentuk
·
Menetap di
bandar-bandar Negeri Selangor sahaja
Atau datang ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang untuk
mendapatkan maklumat dan borang permohonan atau boleh mendaftar secara online.

