Artikel
Kontraktor
lumpuh jadi usahawan cemerlang
ASMAH Bakar (kanan) dan Zamri Mansor (dua dari kanan) bersama penerima cenderahati lain di Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Kedah 2010 di Kulim, baru-baru ini.
KULIM 8 Nov. - Tulang pinggangnya patah dan kedua-dua kakinya lumpuh sejak berusia 16 tahun.
Namun, kecacatan fizikal tersebut bukan menjadi penghalang buat Zamri Mansor, 38, dari Kampung Pantai Halban, Jitra, untuk berdikari.
Zamri kini mula mencipta nama sebagai seorang kontraktor kelas F berjaya di negeri ini.
"Saya tidak mudah putus asa, malah meneruskan kehidupan seharian seperti orang biasa. Cuma sekarang sibuk sedikit kerana mengawasi 30 pekerja termasuk sebahagian besar OKU di bawah syarikat penyelenggaraan milik saya iaitu Hangaku Selenggara Enterprise," katanya pada majlis sambutan Hari OKU peringkat negeri di sini semalam.
Pada majlis itu, Zamri dinobatkan sebagai Usahawan OKU Cemerlang Negeri Kedah 2010.
Turut dinobatkan sebagai Usahawan OKU Wanita Cemerlang Negeri Kedah ialah tukang jahit, Asmah Bakar, 46, dari Taman Rasa Sayang, Bedong, dekat Sungai Petani.
Kedua-dua mereka menerima hadiah daripada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Enau Edin Nom.
Mengimbas kembali pengalamannya, Zamri berkata, ketika belajar di tingkatan empat di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, 22 tahun lalu, beliau terlibat dalam satu kemalangan menyebabkan tulang pinggangnya patah dan kemudian kedua-dua kakinya lumpuh sehingga terpaksa berhenti sekolah.
Namun, beliau masih gigih untuk belajar dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara bersendirian pada 2000.
Katanya, kejayaan tersebut kemudian membolehkannya menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam dan belajar selama setahun dalam bidang perundangan.
"Namun saya terpaksa menangguhkan pengajian atas sebab peribadi," katanya.
Selepas itu jelasnya, beliau pulang ke kampungnya di Jitra dan menjadi peraih udang dengan modal RM50.
Selama dua tahun jelasnya, beliau menjual udang segar yang dibeli terus daripada nelayan di Kuala Sanglang dan Kuala Kedah dengan berulang-alik setiap hari menunggang motosikal yang diubahsuai untuk golongan OKU.
Kata Zamri, beliau kemudian mendapat peluang menjalankan kerja membina laluan khas untuk OKU dan sebagainya di pejabat-pejabat kerajaan daerah Kubang Pasu selaku subkontraktor dari 2004 hingga 2007.
Berbekalkan pengalaman itu, jelasnya, beliau mendaftar sebagai kontraktor Kelas F dengan Pusat Khidmat Kontraktor menggunakan nama syarikat Hangaku Selenggara Enterprise pada 2008.

Cacat
Bukan Penghalang
Tanpa sepasang kaki dan tangan kiri, Imi masih mampu cipta sejarah tersendiri
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Nik Omar Abdul Rahman (kiri) bersama Timbalan Naib Canselor UTM, Datuk Mohd. Tajudin Ninggal dan Ruzimi Mohamed melihat motosikal elektrik untuk OKU di UTM Skudai, baru-baru ini.
“SETIAP manusia diberi hak sama untuk hidup, udara sama untuk dihirup, jumlah putaran masa sama untuk digunakan mahupun langit sama untuk dijunjung. Mengapa perlu kita bezakan yang kurang upaya dengan yang sempurna”.
Itu bicara pertama oleh personaliti pilihan ruangan Helo Kampus kali ini, Ruzimi Mohamed yang lebih mesra dipanggil Imi di kalangan rakan sekuliahnya.
Jejaka berusia 25 tahun itu tidak sesekali melihat kekurangan yang dimilikinya sejak kecil itu sebagai penghalang untuk mencipta sejarah tersendiri.
Dia yang hanya dikurniakan sebelah tangan iaitu tangan kanan tanpa sepasang kaki dan tangan kiri tetap bersyukur dengan kurniaan Allah kerana baginya kekurangan itu akan dibalas dengan kelebihan yang tidak ternilai.
Menurut penuntut tahun akhir pengajian sarjana itu, biarpun hanya memiliki sebelah tangan, dia bersyukur kerana dikurniakan banyak ‘tangan’ dan ‘kaki’ untuk membantunya dalam setiap segi termasuk pergerakan, pembelajaran dan aktiviti semasa.
Motivator sambilan kini boleh berbangga apabila mempunyai dua syarikat dengan sebuah diusahakan bersama seorang lagi rakannya.
“Syarikat Imi Creative Solution Sdn. Bhd. menyediakan perniagaan pembangunan laman web, kursus motivasi dan teknologi maklumat manakala Embroidry Teknologi menyediakan perkhidmatan jahitan dan sulaman.
“Alhamdulillah, perniagaan saya berjalan lancar. Kebanyakan pelanggan adalah di kalangan kakitangan dan penuntut UTM sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Ruzimi memberitahu, menjadi salah seorang daripada orang kurang upaya (OKU) bukanlah menjadi kesalahan, apatah lagi malu dengan kecacatan diri sendiri.
Malah, anak kelahiran Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan itu turut mencipta motosikal roda tiga berkuasa bateri yang dinamakan Imi Creative Car (ICC) bagi kegunaan OKU dan warga emas pada masa akan datang.
Projek yang menelan kos RM25,000 itu dilengkapi aplikasi teknologi hijau iaitu menggunakan bateri untuk menggerakkannya.
“Kenderaan yang boleh digunakan warga emas ini tidak mengeluarkan asap dan tidak menggunakan petrol sebagai sumber bahan api,” katanya.
Katanya, dia turut bekerjasama dengan Zull Design untuk tujuan modifikasi kenderaan berkenaan.
Artikel
Oleh Tuan Azam Johan dan Eo Pee See
Batik Inspirasi
Usahawan OKU
KUALA TERENGGANU, 27 Mei (Bernama) -- Golongan orang kurang upaya (OKU) kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaan mereka sebagai penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan. Golongan ini dilihat begitu gigih serta memiliki kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang, seolah-olah kecacatan bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan.
Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu. Menceritakan pengalaman sebelum menceburi perusahan berkenaan sejak 10 tahun lepas, beliau mula bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990 selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam, Selangor.
Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yang merupakan anak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambilalih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalam nahas jalan raya.
TIMBA ILMU
Mengimbas pengalamannya dalam industri pembuatan batik sutera, Tengku Arman mula bekerja di kilang Romi Batik di Chendering di sini, pada 1991 serta sebuah syarikat batik di Batu Burok, selama beberapa tahun sebelum membuka syarikatnya sendiri. Menurut ibunya, Wan Zaitun Wan Mansur, 59, semasa bekerja di dua tempat berkenaan, Tengku Arman mempelajari pelbagai cara pembuatan batik sehingga 1996 sebelum membuka sendiri syarikatnya iaitu Arman Batik di rumahnya di Kampung Tebauk di sini.
Zaiton, yang merupakan jurubahasa isyarat anaknya, berkata dengan keazaman untuk berjaya dalam industri tersebut, Tengku Arman mendirikan sebuah bangsal berhampiran rumahnya, dengan mengusahakan pembuatan batik secara kecil-kecilan. Berbekalkan bakat dan kebolehan anaknya, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Tengku Arman untuk mengembangkan perusahaannya. Beliau berkata, setelah perusahaan anaknya itu menampakkan kejayaan, Tengku Arman memohon pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan perusahaannya bertambah maju sehingga mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang singkat.
DUA KEDAI BATIK
"Saya rasa puas apabila Tengku Arman dapat menyelesaikan pinjaman Mara dalam tempoh yang singkat kerana ia memberi keyakinan kepada Mara untuk memberi pinjaman kepada golongan sepertinya pada masa akan datang.
"Ini kerana, agak sukar bagi golongan OKU untuk menceburi bidang perniagaan kerana terdapat segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap mereka," kata Wan Zaitun. Tengku Arman berkata selain dibantu isterinya, Azizah Md Yassin, 32, yang juga cacat pendengaran, beliau mempunyai tiga pekerja bagi membantunya mencating kain-kain batik.
Atas usaha gigihnya, Tengku Arman kini boleh berbangga kerana memiliki dua buah kedai batik sutera iaitu "Anas Butik" di Subang Jaya, yang diurus oleh diknya. Katanya, beliau menghasilkan kain-kain batik sutera dengan dua kaedah iaitu melalui blok serta mencating dan ia dijual antara RM200 dan RM400 sepasang.
TOKOH OKU
"Gerai musim perayaan, saya akan mengambil ruang di Subang Parade untuk menjual kain-kain batik sutera saya dan alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik," katanya. Tengku Arman yang mendirikan rumahtangga dengan Azizah sejak tiga tahun lepas dan belum dikurniakan cahaya mata, berkata beliau sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menghantar kain-kain batik sutera yang dihasilkannya. Katanya, beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaannya dan bercita-cita untuk membuka sebuah kedai di sini, tidak lama lagi. Kesungguhan Tengku Arman dalam industri itu mendapat pengiktirafan dan beliau merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT) yang pertama sejak ia ditubuhkan pada 2001.
PKOCPT mencapai kegemilangan di bawah kepimpinan Tengku Arman apabila diiktiraf sebagai persatuan OKU terbaik Terengganu sempena Hari Orang Kurang Upaya peringkat negeri anjuran JKM pada 2003.
Kebolehan dan pencapaian Tengku Arman itu juga telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan termasuk sebagai Tokoh OKU Bahagian Ekonomi pada 2007 dan Tokoh OKU Keseluruhan pada 2005.
-- BERNAMA

Oku Jadi Jutawan
KANGAR 28 Dis. - Sukar untuk
mempercayainya, tetapi dengan bermodalkan RM10 yang disumbangkan oleh persatuan
Belia 4B mendorong orang kurang upaya (OKU), M. Kumaran, 48, berusaha gigih dan
kini bergelar jutawan. Soal percaya atau tidak, terserahlah kepada khalayak.
Duit RM10 itu adalah ihsan Persatuan
Belia 4B yang berpusat di Eatet Ladang Patani, Para Estet di Bidong, Kedah pada
tahun 1979 kerana Kumaran miskin dan cacat. Wang itu dipinjamkan sebagai duit
tambang untuk membolehkan Kumaran mengikuti Kursus Usahawan anjuran Jabatan
Belia dan Sukan (JBS) Perlis yang diadakan di sini. Kumaran diberi wang itu
kerana berstatus OKU setelah kaki kirinya tidak dapat diselamatkan, terpaksa
dipotong akibat kemalangan jalan raya ketika berumur 18 tahun iaitu pada tahun
1979. Waktu kejadian, Kumaran adalah kelindan lori ketika mula mencari sesuap
nasi selepas menukar kerjaya daripada seorang penoreh getah.
"Mulai tahun 1979 saya keluar dari
kawasan estet menjadi kelindan lori. Dulu, tempat duduk kelindan bukan di sebelah
pemandu, tetapi di atas lori bersama muatan. Malang menimpa. Lori terbaik dalam
kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi. Ketika itu kami dalam perjalanan dari
Butterworth, Pulau Pinang ke Bukit Tengah, Butterworth," ujarnya kepada Utusan
Malaysia di sini baru-baru ini.
Apabila diajukan soalan lain, Kumaran
termenung seketika, lalu menjawab: "Saya tercampak bersama muatan. Yang
tahu ketika itu hanya menanggung kesakitan. Sakit yang amat sangat apabila kaki
kiri dihimpit lori papan. Saya cuba melepaskannya, tetapi gagal."
Berikutan kecelakaan tersebut, Kumaran
dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut selama 10 hari.
Ketika di hospital, pakar perubatan sedaya upaya mengubati semua kecederaan
sehingga berjaya, kecuali kaki kiri.
"Doktor tidak ada pilihan. Kaki
kiri saya terpaksa dipotong paras lutut. Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang
tahu. Kesedihan yang saya alami tidak mampu dizahirkan, sama ada secara lisan
atau tulisan,"
ujarnya.
Setelah kaki kiri dipotong katanya,
beliau ditempatkan tiga bulan di hospital berkenaan dan hatinya sekali lagi
tersentak apabila terpaksa pulang ke kampung berbekalkan sebatang tongkat kayu
untuk berjalan. Namun begitu, Kumaran tidak mudah mengaku kalah apabila setahun
kemudian beliau membelanjakan RM1,400 untuk membeli kaki palsu. Berbekalkan
kaki palsu, di peringkat awal, anak muda itu bercadang menjadi pekerja di
stesen minyak sebagai juru pam.
"Ketika asyik mencari kerja, saya
yang menyertai Belia 4B dipilih mengikuti Kursus Usahawan selama 14 hari di Kangar.
Disebabkan duit tambang tidak ada, Belia 4B bagi pinjaman RM10. Selepas
mengikuti kursus, saya memohon bantuan modal perniagaan dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM). Saya memohon dari JKM Perlis setelah menetap di Kangar. Saya
memperoleh RM500 untuk dijadikan modal pusingan. Selain modal RM500, JKM
menyediakan satu kedai kepada saya dengan sewa RM60 sebulan di Medan Datuk
Jaafar Hassan di sini mulai tahun 1982," ujarnya.
Di premis itu, Kumaran memulakan
perniagaan membuat papan tanda dan bingkai gambar, diikuti membuat tanda nama
berikutan ketetapan bagi kakitangan kerajaan menggunakan tanda nama seperti
yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1983.
Setelah melihat peluang perniagaan membuat tanda nama begitu cerah, Kumaran
yang tidak mempunyai modal telah bertemu Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri
Aishah Ghani sehingga berjaya memperoleh bantuan JKM untuk membeli mesin
membuat tanda nama berharga RM1,200.
"Mesin tanda nama yang disumbangkan
oleh JKM tahun 1983 itu sampai sekarang masih ada," ujar beliau
sambil menunjukkan mesin tersebut di kedai pertamanya di Perusahaan Cahaya
Murni Enterprise yang terletak di No. 2, Tingkat Bawah, Medan Bazar Kangar.
Selain premis itu, beliau juga mempunyai sebuah lagi kedai iaitu Fawarra Murni
Sdn. Bhd., di No. 11, juga di Medan Bazar Kangar.
Satu lagi syarikat milik Kumaran ialah
Cahaya Tujuh Enterprise yang berpusat di Jalan Jubli Perak, juga di Kangar.
Perkhidmatan yang disediakan termasuklah membuat sulaman logo, logo bercetak,
barangan cenderamata, cop getah, tanda nama sulam, kad perniagaan dan papan
iklan. Di ketiga-tiga premis berkenaan, beliau mempunyai enam pekerja termasuk
empat OKU yang setiap orang berpendapatan antara RM650 hingga RM700 sebulan.
Selain sibuk menyiapkan produk permintaan pelanggan di seluruh Perlis, usahawan
ini juga aktif ke Kedah kerana prinsipnya dalam perniagaan ialah tiada sempadan
negeri asalkan sah.
Hasil kegigihan Kumaran sejak berusia 18
tahun, beliau yang mendirikan rumah tangga dengan K. Kumutha Devi dikurniakan
tiga cahaya mata iaitu Kanmani, gadis berusia 22 tahun dan Kanimoli pula
berumur 20 tahun manakala anak lelaki bongsunya, Paventhan, 17. Kanmani kini
menuntut di Moscow dalam jurusan perubatan, sementara Kanimoli mengikuti
pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Utura Malaysia (UUM) di
Sintok, Kedah, manakala Paventhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sekarang, Kumaran memiliki dua kereta
iaitu Toyota Camry dan Toyota Vios. Ditanya mengenai rumahnya pula, jutawan itu
mengakui memiliki lapan buah, iaitu satu daripadanya dijadikan kediaman
sekeluarga manakala tujuh lagi disewakan. Apabila diminta menyatakan nilai
hartanah semasa bagi tiga premis kedai dan tujuh rumahnya, sambil tersenyum
Kumaran berkata: "Tiga kedai itu setiap satunya berharga kira-kira
RM500,000 berbanding sewaktu dibeli RM54,400 sebuah. Nilai rumah pula antara
RM180,000 hingga RM380,000 sebuah."
Menyentuh wang RM10 yang dipinjam dari
persatuan Belia 4B untuk mengikuti Kursus Usahawan di Kangar dulu pula, Kumaran
berkata, ia sudah dibayar balik.
(Sumber :: utusanperlis@utusan.com.my)
Artikel
Kecacatan bukan halangan jadiusahawan
Hati ibu bapa mana yang tidak remuk apabila melihat anak yang lahir ke dunia tidak mempunyai sepasang tangan dan kaki sempurna seperti anak lain. Sudah pasti lebih gundah-gulana apabila memikirkan masa depan dan kepayahan yang akan ditempuhi permata hati mereka pada hari-hari mendatang.Bagi pasangan Othman Ali, 75, dan Juliah Ismail, 71, dari Kampung Tanjong Pulai, Pekan, itulah hakikat yang perlu ditempuhi mereka sepanjang 31 tahun lepas setelah dikurniakan seorang anak kurang upaya (OKU), Mohd. Khairi yang hanya mempunyai tangan sehingga paras siku dan kaki di paras lutut. Walaupun tidak sempurna seperti insan lain, Mohd. Khairi tidak pernah dididik menangisi akan kekurangannya itu. Hari ini, ibu bapa Mohd. Khairi mampu tersenyum bangga melihat anaknya itu bukan hanya mampu berdikari malah menjadi usahawan akuakultur, satu bidang yang melibatkan banyak aktiviti fizikal. Semuanya bermula pada lapan tahun lepas, apabila Mohd. Khairi dipujuk sepupunya, Abdul Rashid Nordin agar menternak ikan dalam sangkar di tepi Sungai Pahang.
Beliau, yang memang gemarkan aktiviti memancing, kemudian bersetuju dan meminjam sebuah sangkar daripada sepupunya itu untuk menternak ikan tilapia. Berkat usaha gigihnya tanpa mengenal jemu, pada hari ini Mohd. Khairi berjaya memiliki 17 sangkar dengan ternakan ikan talapia dan patin hasil usaha gigihnya selama ini. Beliau berkata, antara 600 dan 700 kilogram ikan bernilai kira-kira RM4,000 dapat dijual di pasar sekitar Pekan pada setiap pusingan hasil iaitu lima bulan sekali.
Mungkin pendapatan yang puratanya kira-kira RM800 sebulan itu tidak berskala besar, namun bagi insan istimewa seperti Mohd. Khairi, ia cukup bermakna dalam membantu kehidupannya sekeluarga. Rutinnya, Mohd. Khairi akan berkerusi roda dari rumahnya sebelum menuruni anak tangga ke sangkar ikan menggunakan kedua-dua lengan dan pehanya. Beliau kemudian memberi makan ikan dengan mengepit bekas berisi makanan ikan (palet), malah kadangkala mengangkat sendiri guni berisi makanan itu ke setiap sangkar ikan. Beliau juga terpaksa membersih kawasan sangkar daripada sampah sarap yang hanyut ke kawasan sangkar bagi mengelak ikan ternakannya mati.
Dengan keadaan fizikal macam ini, memang banyak cabaran perlu ditempuhi tetapi saya sudah biasa sejak kecil, kata Mohd. Khairi ketika ditemui di sini. Bagaimanapun, menurut Mohd Khairi, pada setiap pusingan hasil, beliau akan dibantu beberapa saudara dan rakannya untuk mengeluarkan ternakan ikan berkenaan untuk jualan. Seorang lagi pemuda OKU, Mohamed Mahidin, 38, dari Kampung Kiambang, Ganchong di sini juga tidak menjadikan kecacatan sebagai halangan untuk menjadi penternak ikan sangkar yang berjaya. Bekas pemenang pingat perak acara lompat tinggi pada kejohanan Sukan Paralimpik Asia 1998 di Bangkok, Thailand, itu kini berjaya mengusahakan 18 sangkar ikan talapia dan patin. Beliau yang mengalami kecacatan di kaki kanan, berkata, penglibatannya dalam bidang akuakultur sejak enam tahun lepas membawa pulangan antara RM1,000 dan RM1,500 sebulan.
Katanya, hasil ternakan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna terutama di pasar besar Kuantan. Ditanya kesukaran yang dihadapinya bagi menjayakan projek itu, Mohamed berkata, beliau akan sedaya upaya berusaha mengatasi segala masalah. Lagipun saya memang dibesarkan di kawasan kampung, sudah biasa bermain sungai," katanya. Namun, katanya, cabaran yang paling besar ialah setiap kali musim banjir yang memaksanya memberhentikan sementara aktiviti penternakan ikan. Kedua-dua pemuda berkenaan seperti usahawan lain, juga menyimpan hasrat memajukan perniagaan masing-masing. Dengan kerahan keringat bagi menjayakan perusahaan sangkar ikan tersebut, usaha Mohd. Khairi dan Mohamed telah mendapat perhatian Jabatan Perikanan .
Pada 23 Oktober lepas, kedua-dua pemuda berkenaan telah menerima bantuan menerusi Skim Perkhidmatan Sokongan Akuakultur (SPeKs) yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Ismail Abu Hassan. Skim berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan serta meningkatkan pendapatan pengusaha akuakultur melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan sokongan. Bagi Mohd. Khairi bantuan tersebut akan dapat mempertingkatkan pengeluaran hasil ternakannya pada masa akan datang. Penambahan sangkar ikan memerlukan modal yang besar dan bantuan ini pasti membantu," katanya. Bagi Mohamed, beliau bercadang mengembangkan aktiviti ternakan ikan sangkarnya kepada industri hiliran dengan menghasilkan produk sejuk beku, pekasam dan keropok. Katanya, melalui pemerhatian yang dilakukannya, kesemua produk berkenaan kini semakin diminati dan mendapat permintaan yang baik di pasaran seluruh negara.
- Bernama
Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
6)Usahawan
OKU: Sharinah Mohd Nor
Usahawan Wanita Cacat Menang Anugerah
19.4.12
Papagege Frenz
Dr.
Siti Hasmah Mohd Ali menyampaikan Anugerah Wanita Inspirasi Tun Dr. Siti Hasmah
Institut Pengurusan Wanita (WIM) 2011 kepada Sharinah Mohd Nor (dua dari kiri)
di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, malam tadi.Turut hadir Napsiah Omar (kanan)
dan Siew Yong Gnanalingam. – Bernama
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Pemilik sebuah galeri seni yang cacat anggota dipilih sebagai penerima Anugerah Wanita Inspirasi Tun Dr. Siti Hasmah Institut Pengurusan Wanita (WIM) 2011 pada satu majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La di sini malam ini.
Sharinah Md. Nor, 49, pemilik Sarina Art Gallery menerima hadiah bernilai RM68,000 meliputi wang tunai RM10,000 daripada WIM, RM20,000 sumbangan amal daripada Etiqa Insurans dan Takaful, set barang kemas mutiara Rafflesia bernilai RM15,000 dan trofi.
Walaupun cacat anggota, Sarinah menganggap anugerah yang diterima sebagai pembakar semangat untuknya terus menempa kejayaan pada masa akan datang.
"Syukur dengan anugerah ini, cuma yang menyedihkan ialah kejayaan saya pada malam ini tidak dapat dikongsi bersama ibu yang meninggal dunia dua bulan lepas.
"Kepada ibu bapa yang mempunyai anak cacat anggota, jangan berasa rendah diri, dedahkan mereka pada masyarakat, biar mereka bersekolah sama seperti orang lain supaya mereka tidak berasa kekurangan," katanya.
Ibu kepada empat anak itu mengetepikan empat calon lain yang tersenarai sebagai finalis.
Mereka ialah Pengasas dan Presiden Pertubuhan Bantuan Makanan dan Kebajikan Penampang (Permak), Datuk Elizabeth Maurice, 56; Ketua Jururawat Jabatan Pergigian Gerik yang juga Ketua Wanita MIC Bahagian Sungai Siput, Perak, Saroja Kunjuraman, 54.
Dua lagi ialah Pengarah Eksekutif PJ Live Arts, Choong Lai Ling, 40, dan Presiden Persatuan Kebajikan Wanita India Daerah Kuantan, Saressa Muniandy, 40.
Terdahulu ikon anugerah itu, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali ketika berucap pada majlis itu berkata, anugerah tersebut merupakan penghargaan kepada mereka yang sebelum ini berusaha mengecapi kejayaan dan kini berkongsi petua itu dengan orang lain.
"Saya harap penerima anugerah ini akan menjadi contoh terbaik kepada mereka yang turut berdepan cabaran dan kesukaran dalam kehidupan," katanya.
Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Pengerusi Lembaga WIM, Tan Sri Napsiah Omar dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola majlis, Puan Sri Siew Yong Gnanalingam.
7)Usahawan
OKU: Mohammed Chin
Cacat tidak halang jadi usahawan berjaya
SHAH ALAM 9 Jan. - Kehilangan sebelah tangan akibat kemalangan tidak menghalang Mohammed Chin (gambar), 63, untuk menjadi usahawan berjaya sehingga terpilih sebagai pemenang Anugerah Usahawan Tunas Mekar 2008 bagi kategori lelaki. Mohammed menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada majlis Pelancaran Program Jaringan Tunas Mekar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.Turut menerima anugerah ialah Aishah Mahmud, 60, bagi kategori usahawan wanita; Mohd. Pozi Hassan, 25, bagi kategori usahawan muda lelaki dan Noor Yuslizawati Md. Yunus, 28, bagi kategori usahawan muda wanita.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, Program Tunas Mekar yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu, berjaya mencapai hasil membanggakan apabila 82 peratus daripada 285 usahawan yang menyertainya melaporkan peningkatan prestasi perniagaan.
Program yang diilhamkan oleh Abdullah itu juga menunjukkan kejayaan apabila 50 peratus atau 140 daripada lulusan yang tamat daripada program itu telah memulakan perniagaan sendiri.
Beliau berkata, jumlah 50 peratus lulusan yang telah membuka perniagaan sendiri itu adalah tinggi.
Katanya, kejayaan tersebut kerana program Tunas Mekar mudah dan praktikal serta dapat memberi faedah bukan sahaja kepada peniaga dan lulusan malah pensyarah UiTM yang menjadi kaunselor. Menurutnya, para pensyarah yang terlibat juga dapat memperkayakan diri dengan pendedahan praktikal tentang permasalahan Industri Kecil Sederhana (IKS). Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Pelancaran Program Jaringan Tunas Mekar, Pusat Reka Bentuk Kebangsaan (NDC), Batik dan Songket MIM yang disempurnakan Perdana Menteri di UiTM di sini hari ini.
Program Tunas Mekar diwujudkan bagi memberi peluang kepada siswazah bumiputera menimba pengalaman dalam bidang keusahawanan dan perniagaan seterusnya menjadikan bidang tersebut sebagai kerjaya pilihan.
Ia juga bertujuan membantu usahawan IKS memajukan perniagaan melalui kaedah pengurusan dan teknologi moden serta meningkatkan hidup masyarakat luar bandar.
Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
8)Usahawan OKU: Marzuki Mohd Sapri
OKU bakal jadi usahawan burger
- Parent Category: Berita & Pengumuman
- Created on Wednesday, 23 March 2011 22:45
- Last Updated on Tuesday, 21 August 2012 06:03
- Published on Wednesday, 23 March 2011 22:45
- Hits: 411
Marzuki Mohd Sapri, 43, atau lebih mesra dipanggil Mat berpeluang menjalankan perniagaan burger selepas berjaya mengikuti kursus Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan.
Marzuki berkata, selepas ini kehidupannya bersama isteri dan enam anak bakal berubah apabila dia merebut peluang menjalankan perniagaan menjual burger bagi meningkatkan pendapatannya.
Dia yang berasal dari Permatang Pauh sebelum ini membesarkan enam anak dengan mengutip barangan lusuh kerana tidak mampu mendapatkan pekerjaan lebih selesa di samping mempunyai masalah penglihatan sejak kecil.
Menurutnya, keputusannya menyertai kursus keusahawanan yang dijalankan di Swiss Inn, Sungai Petani itu memberi satu impak besar dalam kehidupannya sekeluarga seterusnya keluar dari kepompong kemiskinan.
“Saya tidak menyangka dapat peluang sebegini di mana mampu menjalankan perniagaan dan menjadi usahawan kerana selama ini kerja saya hanyalah memungut barangan lusuh,” katanya.
Marzuki berkata, walaupun sebelah penglihatannya kabur dan buta sebelah mata, namun itu tidak mematahkan semangatnya memulakan perniagaan serta memperoleh keyakinan sepenuhnya setelah mengikuti kursus anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Pengarah Urusan Mat Salai Sdn Bhd, Maznah Muhamad berkata, program dengan kerjasama Persatuan Profesional Melayu Malaysia memberi peluang kepada golongan memerlukan melalui senarai e-kasih untuk mengikuti kursus dan mendapatkan kios secara percuma.
“Mat Salai memberikan kios burger mudah pasang dan mudah alih bersama 50 bahan mentah termasuk peralatan berniaga bagi peserta yang dipanggil mentee untuk menjalankan perniagaan sebaik sahaja selesai kursus. Ia bertujuan meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan perniagaan terutama kepada belia dan Bumiputera,” katanya.
Menurutnya, pihaknya akan memantau perjalanan setiap mentee selain menghantar laporan kepada kementerian setiap dua minggu berhubung kelancaran setiap perniagaan.
“Kita juga tidak teragak-agak menarik balik kemudahan yang diberikan sekiranya mendapati mentee tidak dapat menjalankan perniagaan sepertimana yang dikehendaki,” katanya.
Maznah berkata, peserta OKU, ibu tunggal dan penduduk miskin antara yang terpilih.
Menurutnya, Mat Salai yang ditubuhkan sejak Disember 2007 mempunyai 950 kios (mentee) termasuk di semenanjung, Sabah dan Sarawak.
9)Usahawan OKU: Safie Abd. Mubin
Safie buktikan kecacatan tidak menghalang kejayaannya
JERANTUT 4 Jun - Apabila seorang insan bergelar orang kurang upaya (OKU) memiliki kemahiran dalam bidang tertentu, sudah pasti ia menjadi ukuran terhadap masyarakat bahawa kebolehannya boleh dikongsi malah dihormati berbanding dengan insan normal lain.Insan OKU yang diperkenalkan menerusi ruangan Keringatku minggu ini, Safie Abd. Mubin, 30, kini berpuas hati dengan kerjayanya membaiki peralatan elektronik terutama televisyen.
"Saya mengalami kecacatan pada anggota tangan dan kaki kanan, namun kekurangan ini bukan halangan bagi saya untuk berdikari mencari rezeki.
"Punca kecacatan ini ialah apabila saya mengalami demam panas ketika usia kecil sehingga anggota tangan dan kaki kanan lemah berbanding anggota kiri," katanya ketika ditemui di bengkel membaiki televisyen di Felda Kota Gelanggi Satu dekat sini baru-baru ini.
Ketika berusia 20 tahun, katanya, dia bekerja sebagai pembantu kedai elektrik di bandar Jerantut dan bermula di situ, kemahirannya membaiki televisyen mula dicanai.
Safie berkata, kemahiran yang diperoleh selama tiga tahun bekerja di bandar ini merupakan bekalannya memulakan langkah membaiki televisyen secara kecil-kecilan dan bertekad untuk membuka bengkel setelah cukup modal.
Pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini juga bersyukur apabila keluarga, rakan dan pihak pengurusan Felda, memberikannya sokongan memajukan bengkel membaiki televisyen yang baru dibuka itu.
"Saya bersyukur dengan mata hati dan fikiran anugerah Allah, membolehkan saya mudah mempelajari selok-belok peralatan elektronik.
"Pengalaman tiga tahun bekerja sebagai pembantu kedai membaiki peralatan elektronik, membolehkan saya berdikari menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung ihsan orang lain," ujarnya.