BuzzMe Corporation
merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan sekitar bulan September 2012.
Syarikat ini mempunyai misi khusus iaitu untuk mendahului syarikat
pencipta antivirus dalam membasmi lambakan virus dan bugs yang semakin
berleluasa dalam dunia komputer masa kini.
Bercakap
mengenai virus, sedar atau tidak sebenarnya kebanyakan syarikat pencipta
antivirus masakini hanya mencari jalan mudah untuk meraih keuntungan
yang besar. Kaedah yang biasa diambil hanyalah suatu langkah merawat,dan
bukan mencegah. dalam satu situasi, virus yang pernah menganggu dan
menyerang komputer seseorang pengguna serta merosakkan fail dan data
penting,normalnya akan datang menyerang kembali sekiranya langkah
pencegahan tidak atau gagal dilakukan.
Oleh yang
demikian,kami di BuzzMe Corporation sentiasa mengambil langkah proaktif
dengan menjalankan penyelidikan kajian khusus berkenaan habit dan
aktiviti melibatkan malware,adware,spyware,malware,worm dan banyak lagi
dengan terperinci. Kami berusaha sedaya-upaya memastikan virus-virus
tersebut tidak lagi dapat aktif dengan cuba mematikan aktiviti mereka
melalui kemantapan teknologi kami.
Kami di BuzzMe juga percaya masalah ini mempunyai solusi yang
tersendiri,melalui kajian aktiviti yang menyeluruh dan teliti.
Sebagai memenuhi harapan dan keperluan teknologi masa kini,kami
yakin usaha kami dapat mengubah industri antivirus ini dari suatu yang
pasif kepada yang lebih bermanfaat kerana bagi kami, setiap masalah
pasti ada penyelesaiannya.
| Company Profiles Team Company |


