Nama Usahawan:
Jamaluddin Abdul Rashid
Tempat Kelahiran:
Baling, Kedah
Graduan: Ijazah
Sarjana Sains Muda Kemasyarakatan USM
Bidang Usahawan:
Pertanian
Artikel
Siswazah menganggur 5 tahun jadi
usahawan tani berjaya
JAMALUDDIN Abdul
Rashid yang dulunya siswazah menganggur kini menjadi usahawan tani yang berjaya
di hadapan banglonya di Kampung Sadek, Kupang, Kedah.
BALING 24 Mac –
Kira-kira 19 tahun lalu, selepas menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia
(USM), Jamaluddin Abdul Rashid bercita-cita untuk menjadi pegawai daerah. Bagaimanapun
permohonannya bagi pekerjaan ke arah jawatan tersebut gagal. Beliau kemudian
memohon pelbagai jawatan kerajaan tetapi nasib tidak menyebelahinya.
Malu
dengan keadaan dirinya yang masih menganggur walaupun memiliki segulung ijazah,
Jamaluddin sanggup melakukan semua kerja termasuk menjadi buruh, bersawah dan
menoreh getah – semua kerja yang tidak memerlukan ijazah. Setelah lima tahun
`menjaja’ ijazahnya, beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains
Kemasyarakatan pada 1986 memutuskan untuk tidak lagi memohon pekerjaan
menggunakan kelulusannya itu.
Sebaliknya,
Jamaluddin, 45, berusaha membuka tapak semaian pokok bunga dan pokok teduhan
dan kini beliau merupakan usahawan tani yang berjaya. Beliau bukan sahaja
menjadi majikan kepada 10 orang pekerja tetapi mendapat kepercayaan sebuah
pemaju terkenal untuk membekalkan pokok bunga dan teduhan ke jabatan kerajaan,
sekolah dan swasta. Hasil titik peluhnya mengusahakan tapak semaian yang
dikenali sebagai `Semaian Ani Ayu’ itu, Jamaluddin yang pernah menyertai Skim
Khidmat Siswazah (SKS) bagi graduan menganggur pada 1986, dapat membina sebuah
banglo.
Banglo tersergam indah di Kampung Sadek, Kupang yang berharga lebih RM300,000 itu adalah lambang kegigihan, kecekalan dan keberanian seorang siswazah yang tidak bergantung harap kepada kerajaan semata-mata.“Saya tidak berminat untuk bekerja di pejabat lagi walaupun ditawarkan jawatan yang tinggi,” kata Jamaluddin ketika ditemui oleh Utusan Malaysia di rumahnya, hari ini. Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyesal kerana cita-cita menjadi pegawai tinggi kerajaan tidak tercapai. Beliau turut menasihatkan graduan menganggur yang kini berjumlah 80,000 orang supaya tidak memilih pekerjaan dan berharap kerja `makan gaji’ semata-mata.
“Buatlah sebarang pekerjaan yang halal dan sebaik-baiknya buatlah pekerjaan sendiri kerana kita lebih bebas dan tidak terikat,” ujarnya. Menceritakan kejayaannya itu, Jamaluddin berkata, beliau mendapat dorongan Jabatan Pertanian dan rakannya seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Botani Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengusahakan tapak semaian di atas tanah seluas satu hektar pada tahun 1991.Tambahnya, beliau sedar untuk berjaya, segala perasaan malu, ego dan rasa rendah diri perlu dikikis bagi mencapai matlamat itu. Bapa kepada dua anak hasil perkongsian hidup bersama Noraini Sulaiman, 39, itu kini boleh berbangga apabila perniagaannya telah berkembang ke seluruh negara walaupun pendapatan awal hanya sekitar RM400 sebulan. Menurut Jamaluddin, ijazah yang diperoleh hanya sekadar untuk mendapat pengetahuan serta ilmu tetapi ia bukan lesen untuk memperoleh kerja bergaji besar tanpa berusaha sendiri.
Banglo tersergam indah di Kampung Sadek, Kupang yang berharga lebih RM300,000 itu adalah lambang kegigihan, kecekalan dan keberanian seorang siswazah yang tidak bergantung harap kepada kerajaan semata-mata.“Saya tidak berminat untuk bekerja di pejabat lagi walaupun ditawarkan jawatan yang tinggi,” kata Jamaluddin ketika ditemui oleh Utusan Malaysia di rumahnya, hari ini. Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyesal kerana cita-cita menjadi pegawai tinggi kerajaan tidak tercapai. Beliau turut menasihatkan graduan menganggur yang kini berjumlah 80,000 orang supaya tidak memilih pekerjaan dan berharap kerja `makan gaji’ semata-mata.
“Buatlah sebarang pekerjaan yang halal dan sebaik-baiknya buatlah pekerjaan sendiri kerana kita lebih bebas dan tidak terikat,” ujarnya. Menceritakan kejayaannya itu, Jamaluddin berkata, beliau mendapat dorongan Jabatan Pertanian dan rakannya seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Botani Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengusahakan tapak semaian di atas tanah seluas satu hektar pada tahun 1991.Tambahnya, beliau sedar untuk berjaya, segala perasaan malu, ego dan rasa rendah diri perlu dikikis bagi mencapai matlamat itu. Bapa kepada dua anak hasil perkongsian hidup bersama Noraini Sulaiman, 39, itu kini boleh berbangga apabila perniagaannya telah berkembang ke seluruh negara walaupun pendapatan awal hanya sekitar RM400 sebulan. Menurut Jamaluddin, ijazah yang diperoleh hanya sekadar untuk mendapat pengetahuan serta ilmu tetapi ia bukan lesen untuk memperoleh kerja bergaji besar tanpa berusaha sendiri.
“Saya semakin seronok
apabila perniagaan ini mampu memberikan pendapatan lumayan sehingga melebihi
empat angka,” kata Jamaluddin yang turut menyambut baik langkah kerajaan
mewujudkan semula Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) bagi mengatasi
masalah pengangguran di kalangan lepasan institusi pengajian tinggi. Bagaimanapun katanya,
skim itu perlu meningkatkan bimbingan secara berterusan kepada bekas siswazah,
sementara golongan itu pula perlu mengikis sikap untuk bekerja makan gaji
semata-mata selepas tamat pengajian di universiti.
Posted on November 7, 2007
Oleh: AZMAN MD. NOOR
Sumber: Internet
Nama Usahawan : Azizuzanadi Zainuddin
Tempat Kelahiran : Kampung Hayat, Simpang Pelangai,
Bentong Pahang
Graduan : Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Arau, Perlis / Ijazah Sarjana Muda
Perbankan dan Kewangan di Northwood University, Midland, Michigan / Universiti Concordia, Mequon, Wisconsin.
Perbankan dan Kewangan di Northwood University, Midland, Michigan / Universiti Concordia, Mequon, Wisconsin.
Bidang Usahawan :
Pertanian dan Perikanan
Artikel
KETIKA
penulis tiba di kediamannya di Kampung Hayat, Simpang Pelangai, terletak
kira-kira 46 km dari Bentong, beliau sedang bertukang di kandang kambingnya.“Beginilah kalau
kerja sendirian, semua kena buat sendiri,” kata Azizuzanadi Zainuddin, 39,
sambil mengetuk papan untuk dijadikan bekas makanan kambing-kambing baka Feral
dari Australia. Berbanding kambing lain yang begitu riuh mengembek,
kambing-kambing Australia ini berkumpul di satu sudut ketika Azizuzanadi atau
lebih mesra dengan panggilan Among, membuat kerja tukangannya. “Kambing-kambing
Australia ini baru saya dapat beberapa hari lalu, mungkin mereka tak biasa lagi
dengan kandang ini, itu sebab mereka diam sahaja,” kata Among berseloroh. Kandang
kambing dua tingkat itu siap dibina Mac 2008. Kos membina kandang mencecah
RM90,000 dan sebahagian besar wang diperoleh daripada pinjaman Tekun (Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan bantuan PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan
Pelangai). Di bahagian bawah kandang terdapat stor menyimpan makanan, peralatan
dan keperluan. Di lantai bawah itu juga Hadi membakar rumput kering yang
menghasilkan asap untuk menghalau agas dan nyamuk. Tahi kambing turut dikumpul
di lantai bawah dan dibakar untuk dijadikan baja. Di bahagian atas terdapat
beberapa petak kandang yang mengasingkan kambing ternakan mengikut jenis, saiz
dan umur.
PENDIDIKAN TINGGI
Mendengar
sketsa liku-liku kehidupan penternak muda ini, anak seorang pesara tentera,
menunjukkan beliau bukan calang-calang orangnya dari segi pencapaian akademik. Beliau
bersekolah agama dari peringkat sekolah rendah hingga menengah. Tamat tingkatan
lima, beliau memilih menyambung pelajaran di sekolah pondok, Sekolah Agama
Rakyat Al-Nadhah, Kota Sarang Semut, Kedah selama dua tahun. Meskipun mendapat
peluang untuk ke Universiti Al Azhar, Hadi memilih untuk ke sekolah Pondok
Sungai Jagung, Pendang, Kedah dan belajar selama tiga tahun lagi. Tamat belajar
di sekolah pondok, beliau pulang ke kampung halamannya dan membuat kerja
kampung selama dua tahun termasuk menoreh getah di kebun datuk dan neneknya
serta menanam pisang. Meskipun bersekolah agama dan pondok, anak muda ini
berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis
pada 1992 dalam bidang pengajian perniagaan.
SEMUA BOLEH
Tamat
belajar di UiTM, beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat untuk
pengajian Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan di Northwood University,
Midland, Michigan atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Tamat pengajian
peringkat ijazah, beliau tidak terus kembali ke tanah air. Anak perantau ini
tidak mahu melepaskan peluang menggali pengalaman bekerja di negara asing. Beliau
bukan setakat melakukan dua kerja tetapi juga menyambung pengajian di peringkat
sarjana, dengan belanja sendiri, bukan satu tetapi tiga, iaitu Masters in
Information System, Masters in International Business dan Masters in Risk
Management. Beliau mengikuti pengajian ketigatiga ijazah sarjana itu di Universiti
Concordia, Mequon, Wisconsin. Tamat pengajian ijazah sarjana, Hadi tinggal
beberapa tahun lagi di Amerika dan memulakan perniagaan pengedaran
kebanyakannya produk Industri Kecil dan Sederhana (IKs) Malaysia serta produk
etnik Asia da Mexico. “Saya menyewa sebuah gudang di Greendale, Wisconsin untuk
perniagaan saya ini. Sambutan untuk produk Malaysia dan Asia memang bagus
tetapi yang mengecewakan saya ialah bila saya dapat tawaran membekal sos masam
manis dalam kuantiti yang besar untuk Walmart, rangkaian pasaran yang hebat di
Amerika, tak ada pihak di tanah air yang sanggup membekalkan saya produk
berkenaan,” keluh Among.
USAHAWAN TANI
Setelah
hampir 10 tahun di perantauan, Among kembali ke tanah air pada April 2007. “Kalau
makan gaji, kita yang lelah bekerja tetapi orang lain yang mengecap
kejayaannya,” jelas beliau. Among mahu menjadi usahawan dan memilih untuk
meneroka bidang pertanian di sebalik tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat
Ijazah Kedoktoran (PhD) dari sebuah institut pengajian tinggi awam tempatan. “Semasa
belajar di Amerika, saya berpeluang melawat banyak ladang lembu dan jagung.
Saya juga pernah bekerja sambilan di ladang dan saya melihat sendiri betapa
majunya peladang-peladang di negara itu. Saya diberitahu kerajaan mereka banyak
membantu dan memasarkan produk yang dihasilkan. “Sememangnya jika dibandingkan
dengan industri pertanian di tanah air, kita masih jauh ketinggalan. Di situlah
datang tekad untuk saya jadikan bidang pertanian sebagai karier saya,” jelas
Among. Sekembalinya ke tanah air, Among tidak membuang masa dan mengikuti
pelbagai kursus termasuk anjuran Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (Medec),
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Perikanan Malaysia. Antara kursus
yang disertainya ialah kursus ternakan ikan dalam sangkar, kursus membuat
makanan ternakan, kursus pembenihan ikan, kursus penyakit ternakan kambing dan
kursus ternakan kambing peringkat ladang.
“Habis
sahaja kursus ternakan ikan, saya buat dulu ternakan kambing pada Disember
2007. Saya beli 20 ekor kambing dari sebuah ladang di Nilai, Negeri Sembilan
yang terpaksa gulung tikar. Saya belanja lebih RM5,000 untuk beli
kambingkambing ini,” kata Among dengan menambah beliau kemudian membeli 39 ekor
lagi kambing dengan kos kira-kira RM15,000. Pada peringkat awal, Among
menempatkan kambingkambingnya di tanah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di
Lembah Jaya, kirakira 5 km dari rumahnya. Rutin kerjanya bermula selepas subuh
termasuk menyabit rumput untuk makanan kambing-kambingnya. “Usaha awal saya
berjaya, kambing membiak dan gemuk-gemuk. Saya mendapat bantuan emak dan pakcik
saya serta adiknya. Cuma bila pindah ke kandang baru, tidak jauh dari kandang
asal, kambing banyak mati. Kini saya memindahkan kesemua kambing yang ada di
kandang yang baru berhampiran rumah emak saya. Makanan yang diberi sama,
mungkin tapak kandang tak serasi,” katanya.
TAK SEMUDAH
Menurut Among, dia
hampir berputus asa bila banyak kambing ternakannya mati dan bantuan yang
diharapkan daripada jabatan yang berwajib tidak diterima secepat yang
diharapkan.
Hasil penat lelahnya,
Among kini mempunyai kira-kira 100 ekor kambing daripada pelbagai jenis
termasuk kambing biribiri dan kambing Feral dari Australia, kambing Jamnapari
dari Indonesia, kambing Katjang (baka kacukan tempatan dan Anglo Nubian) dan
kambing Boer. Beliau juga membuka sebuah ladang di Jelebu, Negeri Sembilan
untuk ternakan kambing biri-biri yang kini berjumlah 37 ekor dan dijaga oleh
pakciknya. Menurut Among, hasil jualan kambing dan ikan keli tahun lalu
membolehkan beliau membeli sebuah lori untuk kegunaan bisnesnya.
PELBAGAI AKTIVITI
Among
kini mengorak langkah mempelbagaikan ternakannya dengan mengusahakan ternakan
ikan keli di tanah berhampiran ladang kelapa sawit milik pakciknya. Beliau
bermula dengan 100,000 anak ikan keli yang dipeliharanya di tiga buah kolah
batu termasuk sebuah kolam tanah untuk asuhan anak benih sehingga tahap matang.
“Saya ternak ikan keli ini untuk mendapatkan aliran tunai. Sekarang, tiap-tiap
hari ikan boleh dijual. Purata dalam sebulan saya boleh dapat antara RM1,000
hingga RM2,000,” katanya sambil berkata, dia juga menjual ikan keli salai
dengan harga RM18 sekilo. Among mempunyai rancangan besar untuk perniagaan
ternakannya, cuma kekangan utama ialah aliran wang tunai.
Jadual
kerja Among sememangnya padat, bermula sebaik selepas subuh hinggalah tengah
malam. Kambing-kambingnya bukan sahaja perlu diberi makan tiga kali sehari
tetapi kandang juga perlu dibersihkan. Di antara kesibukan di kandang kambing,
beliau akan menjengah kolam-kolam ikan kelinya yang terletak kirakira 200 meter
dari kandang kambingnya. “Memang banyak kerja yang perlu dibuat. Hujung minggu
kerja, Hari Raya pun kerja. Kalau hendak berjaya, mesti belajar dan buat
sendiri. Kena tahu apa nak buat kalau kambing sakit, kalau kambing nak beranak,
kena ada pengetahuan. “Saya biasa buat kerja dari peringkat bawah lagi. Semasa
di Amerika, saya pernah bekerja dengan sebuah restoran pizza. Saya bermula daripada
mencuci lantai dan pinggan sehinggalah saya diberi kepercayaan menjadi
pengurus. “Apa yang saya belajar ialah dalam apa juga pekerjaan, kita mesti
handson, kita mesti tahu selokbelok semua kerja, baru kita boleh pergi jauh,”
katanya sambil menjelaskan beliau mendapat bantuan ibu dan adiknya jika dia
perlu meninggalkan ladang untuk urusan luar. Isterinya, Zaibedah Zaharum, ialah
pensyarah di UiTM, Segamat, Johor.
Posted on July 23, 201011
Sumber: Internet
3)Usahawan Graduan:
Ahmad Huzaifah Ahmad Shahrir, Suhairil Izham Suroya, Nur Shahidat Mohamed,
Hidayatul Karimah Mohd. Mahyuddin dan Ahmad Taufiq Iqbal Abd. Rani.
Nama Usahawan : Ahmad
Huzaifah Ahmad Shahrir, Suhairil Izham Suroya, Nur Shahidat Mohamed, Hidayatul Karimah Mohd.
Mahyuddin dan Ahmad Taufiq Iqbal Abd. Rani.
Graduan : Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM).
Bidang Usahawan : OneHeart- Pengurusan Majlis Dan
Pembekal Perkhidmatan Teknikal
Artikel
Lima sekawan urus
acara
SEGALA-GALANYA
bermula apabila lima orang sahabat tahun akhir pengajian di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebagai pelajar yang aktif dengan aktiviti
kokurikulum seperti Majlis Perwakilan Pelajar, Kelab Maaruf dan Persatuan
Kejuruteraan memberi pendedahan kepada mereka menguruskan sesebuah majlis.Menyedari
mereka memiliki pengalaman, seorang pelajar itu pasti akan berkira-kira tentang
masa hadapan. Sebaik sahaja tamat pengajian, mereka menubuhkan OneHeart
Creative Solution. OneHeart dimiliki oleh Ahmad Huzaifah Ahmad Shahrir,
Suhairil Izham Suroya, Nur Shahidat Mohamed, Hidayatul Karimah Mohd. Mahyuddin
dan Ahmad Taufiq Iqbal Abd. Rani.
Lebih gemar memanggil
‘bayi’ baharu mereka itu sebagai OneHeart, syarikat tersebut menjadikan
pengurusan majlis dan pembekal perkhidmatan teknikal sebagai perniagaan utama.Kesemua mereka
berumur 24 tahun kecuali Izham yang berusia 25 tahun. Selain itu, mereka juga
mampu menyediakan 30 orang pekerja separuh masa yang terdiri daripada
rakan-rakan dari UIAM bergantung kepada situasi.Selepas
yakin dengan keputusan yang dibuat, mereka pun duduk bersidang di salah sebuah
bilik kuliah di UIAM bagi membincangkan konsep dan idea syarikat yang bakal
beroperasi itu. Menurut Huzaifah, suasana perbincangan sekitar bulan Februari
2010 itu persis sekumpulan pelajar sedang mengadakan perbincangan dalam
kumpulan. Hasil mesyuarat itu, mereka berjaya mengadakan sebuah konsep yang
terdiri daripada nama syarikat dan logo yang telah diguna pakai sehingga kini. “Sasaran
pertama kami waktu itu adalah menghebahkan kewujudan kami di laman sosial
Facebook. Ideanya adalah jika seorang daripada kami mempunyai kira-kira 2,000
kenalan maka sudah 10,000 orang mengetahui OneHeart,” terang Huzaifah ketika
ditemui di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.
Huzaifah
yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif OneHeart mengakui memulakan
perniagaan tanpa memiliki sebarang modal permulaan amat sukar. “Cuma pengalaman
dan pengetahuan sahaja yang dijadikan sebagai bekalan kami. Malah, ibu bapa
kami juga tidak menaruh kepercayaan,” luah Huzaifah yang turut sama diakui ahli
yang lain. Namun, tatkala mereka menganjurkan majlis bertajuk, Seminar Buat
Duit Cara Mawardee pada bulan Mac lalu, kepercayaan orang ramai mula meningkat.
Tambah Shahidat, Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 anjuran akhbar Kosmo dan Daisy
yang berlangsung selama sebulan pula benar-benar mencabar tahap kemampuan
OneHeart tetapi ia amat berbaloi. “Kesannya, ibu bapa kami yang skeptikal pada
peringkat permulaan sudah menaruh kepercayaan dan langkah kami seterusnya lebih
yakin,” ujar wanita yang bertugas sebagai Eksekutif Komunikasi OneHeart. Sehingga
kini, perniagaan mereka bukan sahaja memfokus kepada pengurusan majlis tetapi
telah berkembang dengan menyediakan perkhidmatan lain seperti fotografi,
rakaman suara dan kedai buku secara talian. Pada bulan Jun lalu, kelima-lima
anak muda itu sudah boleh melakukan kerja-kerja pengurusan syarikat dengan
lebih selesa apabila sudah berpindah ke premis tetap dengan keluasan ruang
kira-kira 46 meter persegi.
Meskipun sudah boleh
dikatakan sudah berada di kedudukan yang selesa tetapi ujar Karimah, mereka
perlu meletakkan OneHeart sebagai keutamaan. Terutama apabila ia melibatkan
pengurusan wang dan keuntungan. “Kami mempunyai
satu amaun gaji yang diterima setiap bulan tetapi tidak semestinya tetap setiap
bulan. Apabila tiba bulan yang kurang mendapat projek, gaji mungkin tidak
diberi tetapi elaun dalam jumlah yang kecil menjadi pengganti,” terang Karimah
yang menjaga kewangan syarikat. Walaupun baru setahun OneHeart ditubuhkan,
mereka amat bersyukur kerana sehingga kini akan ada projek yang perlu
dilaksanakan. “Kami sedang berbincang dengan sebuah syarikat yang berpusat di United
Kingdom untuk menguruskan sebuah acara anjuran di sini,” terang Huzaifah. Jelasnya,
syarikat itu sedang dalam perancangan untuk mengadakan acara jelajah dunia,
Young Entrepreneur Summit (YES) di beberapa destinasi dan Malaysia adalah salah
satu lokasinya.
Kelak, jika ia terlaksana dan kerjasama itu terjalin, OneHeart akan menguruskan
majlis tersebut seluruhnya daripada pengurusan sehingga kepada menyediakan
pentas dan alatan audio. Acara yang berbentuk seminar yang dirancang akan
diadakan di Kuala Lumpur itu bakal diadakan pada bulan Disember ini. Selain
itu, Huzaifah menambah, dalam bidang videografi pula pihak OneHeart bakal
mengadakan kerjasama dengan badan bukan kerajaan, Islamic Relief Malaysia (IRM)
untuk membuat rakaman video. “Video tersebut akan dimuatkan dalam blog mereka
sebagai salah satu interaktif baharu yang lebih dikenali sebagai vlog (video
blog). “Perbincangan sudah mencapai 80 peratus tanda persetujuan dan kami
berasa amat bertuah kerana bakal berjumpa dengan bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” ujarnya dengan wajah yang teruja. Beliau
ialah salah seorang daripada tetamu undangan yang akan muncul dalam blog IRM
itu.
(SUMBER:KOSMO)
Nama Usahawan : Punari
@Zainudin Salleh
Tempat Kelahiran : Sungai
Leman, Sekinchan, Selangor
Graduan :
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa , Universiti
Utara Malaysia (UUM),
Bidang Usahawan :
Makanan
Artikel
Graduan jadi usahawan kuih
ARKIB : 06/09/2010
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN
Musleha Punari sentiasa berusaha mengembangkan perusahaannya menjadi lebih
besar dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.
MENJUAL kuah rojak, makanan ringan serta produk pertanian di pasar tani pada
tahun 1990-an merupakan titik permulaan bagi Punari @Zainudin Salleh, 59,
membina empayar perniagaannya.
"Ketika mula-mula menceburi perniagaan pasar tani saya hanya memikirkan
mencari rezeki untuk keluarga," katanya ketika ditemui di premisnya di
Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Sebelum berjinak-jinak dengan dunia
perniagaan dia pernah bekerja sebagai buruh di Singapura dan berkebun. Matlamatnya
hanya satu, untuk mencari rezeki bagi anak-anak dan isteri.
Kini, selepas lebih 10
tahun berkecimpung dengan perniagaan kecil-kecilan, akhirnya dengan bantuan dan
galakkan isteri Mastura Senon, dia berjaya membina empayar MHP Enterprise.
Menggunakan jenama Masri, gabungan nama suami isteri Mastura dan Punari -
memberikan tuah kepada Punari sehingga produknya berjaya mendapat tempat di
rak-rak di pasar raya besar seperti Giant. Sebagai pengasas, Punari memulakan
usaha kecil membangunkan MHP Enterprise hanya dengan modal RM10,000. "Siapa
sangka produk yang bersifat kampung seperti kerepek, baulu, rempeyek dan biskut
tradisional mempunyai potensi yang cukup tinggi dan unik di pasaran,"
katanya. Ini yang menjadi kekuatan awal kepada syarikatnya dalam ruang modal
yang terbatas dan infrastruktur serba sederhana menjadi kuat daripada semasa ke
semasa.
Bagaimanapun, tidak
mahu terlalu lama mengetuai MHP Enterprise, Punari memberikan sepenuh kepercayaan
kepada anak sulungnya, Musleha Punari. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia
(UUM), Musleha berjaya membawa pelbagai peningkatan kepada produk jenama Masri
dan MHP Enterprise. Sebagai pengurus MHP Enterprise, Musleha berjaya
melonjakkan jualan kasar selain mendapat pengiktirafan halal daripada Majlis
Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha
membawa produk syarikat ke pasaran yang lebih luas. "Pada mulanya saya
menangis apabila ayah memberikan tanggungjawab menguruskan MHP Enterprise.
"Mana tidaknya, dengan kelulusan yang ada tentu saja saya berpeluang
menjawat jawatan lebih baik di syarikat antarabangsa," katanya. Mendapat
pelbagai anugerah dan pengiktirafan MHP Enterprise kini mempunyai 40 orang
pekerja tetap dan sementara. Bukan itu saja, kini MHP Enterprise juga menjadi
pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional yang diusahakan
oleh penduduk sekitar. Kini MHP Enterprise banyak menerima pelawat yang
menginap di hotel dan inap desa sekitar Kuala Selangor, Sekinchan dan kawasan
sekitarnya selain peserta kursus dari agensi kerajaan dan swasta. "Kami
juga menerima delegasi dan pelancong asing seperti Iran, Belanda, Indonesia,
Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar,
Brunei dan Thailand," kata Musleha. MHP Enterprise akan terus memandang ke
hadapan dan disasarkan selepas ini, syarikat terbabit akan mengembangkan
perusahaannya dengan mewujudkan lebih banyak cawangan. Di samping peningkatan
kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di harap produk selepas ini boleh
menembusi dan bersaing di pasaran global pula. Bagi yang berminat boleh
melayari laman blog www.mhp2020.blogspot.com atau hubungi Musleha di
019-3682346 atau 019-3779136.
Nama Usahawan: Khairulnizam
Samshi
Tempat Kelahiran: Muar,
Johor
Graduan: Sarjana
Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan) Universiti Utara Malaysia
Bidang Usahawan:
Makanan(Karipap)
Artikel
Karipap berteknologi tinggi
ARKIB : 16/05/2009
Oleh HUSSAINI AMRAN
utusanN9@utusan.com.my
utusanN9@utusan.com.my
SEREMBAN 15 Mei - Industri penghasilan makanan sejuk beku seperti karipap
mempunyai potensi yang tinggi apatah lagi kuih enak kebanggaan Malaysia itu
sentiasa menjadi kegemaran ramai. Jadi bukan sesuatu yang menghairankan jika industri tersebut hari ini menjadi
pilihan banyak usahawan tempatan termasuk di kalangan mereka mengenal
potensinya untuk terus dikomersialkan agar ia mampu dipasarkan secara
besar-besaran di dalam dan luar negara. Untuk itu, syarikat Anak Tempatan Holding Sdn. Bhd. (ATHSB), membuat pelaburan
RM500,000 bagi membangunkan perniagaan karipap sejuk beku keluaran keluarannya. Karipap sejuk beku keluaran syarikat itu mempunyai kelainan yang tersendiri
kerana ia dihasilkan melalui mesin pembuat pastri jenama Rondo Doge yang
berteknologi tinggi serta dalam persekitaran premis yang bersih.
Pengarah Urusan syarikat tersebut, Khairulnizam Samshi, 37, berkata, mesin
bernilai RM500,000 yang diimport dari Switzerland itu berupaya membuat
sekurang-kurangnya 5,000 karipap dalam tempoh sejam pada kelajuan sederhana
dengan tenaga kerja seramai lima orang. Usahawan yang berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan serta Sarjana Pentadbiran
Perniagaan (Perakaunan) Universiti Utara Malaysia memberitahu, penggunaan mesin
Rondo Doge membantu meningkatkan produktiviti operasi pembuatan karipap dengan
ketara.
''Sebelum ini, ATHSB beroperasi di Tangkak, Johor mulai 2001 hingga Jun tahun lalu. Sepanjang tempoh tersebut, kami menggunakan kaedah tradisional sepenuhnya dan hanya menghasilkan sehingga 5,000 karipap sehari dengan lima pekerja," ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kilang ATHSB di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai dekat sini baru-baru ini.
''Sebelum ini, ATHSB beroperasi di Tangkak, Johor mulai 2001 hingga Jun tahun lalu. Sepanjang tempoh tersebut, kami menggunakan kaedah tradisional sepenuhnya dan hanya menghasilkan sehingga 5,000 karipap sehari dengan lima pekerja," ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kilang ATHSB di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai dekat sini baru-baru ini.
Jelas Khairulnizam, salah satu kelebihan mesin pembuat pastri Rondo Doge yang
digunakan di kilang ATHSB ialah kemampuannya beroperasi tanpa henti selama 24
jam untuk tempoh tiga bulan berturut-turut.
Selain itu, dia yang berasal dari Muar, Johor, berkata, mesin berteknologi
komputer berkenaan mudah digunakan dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal
mendalam untuk mengendalikannya. ''Kami menggunakan mesin Rondo Doge untuk meletakkan inti, menggulung dan
seterusnya memotong karipap mengikut acuan yang ditetapkan. ''Di samping itu, terdapat dua mesin lain yang berfungsi khusus untuk mengadun
serta menguli bahan-bahan bagi menghasilkan kulit karipap dan
meleperkannya," ujarnya.
Tambah Khairulnizam, secara purata, kilang milik syarikatnya berupaya
menghasilkan antara 30,000 hingga 40,000 karipap berintikan ikan sardin,
kentang atau ayam dalam sehari.
Menurutnya lagi, ATHSB turut bersedia menghasilkan inti karipap sejuk beku
keluarannya mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.
''Pelanggan boleh memesan karipap sejuk beku dengan inti lain seperti ikan
bilis, udang atau cendawan. Malah, kami juga bersedia mengubah suai tahap
kepedasan inti karipap," katanya.
Ujar Khairulnizam, syarikatnya merancang untuk menambah lagi satu syif pengeluaran dalam tempoh masa terdekat bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat. Di samping itu, dia berkata, ATHSB sedang dalam proses memohon piawaian Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) serta persijilan MS ISO 9001:2000.
Ujar Khairulnizam, syarikatnya merancang untuk menambah lagi satu syif pengeluaran dalam tempoh masa terdekat bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat. Di samping itu, dia berkata, ATHSB sedang dalam proses memohon piawaian Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) serta persijilan MS ISO 9001:2000.
Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
Nama
Usahawan : Ahmad Zawawi Ashaari / Mastura Abdul Aziz
Tempat Kelahiran : Bagan
Datoh, Perak.
Graduan : Diploma
Pengurusan Bank dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)
Pemasaran
Bidang Usahawan :
Pertanian
Artikel
ARKIB : 09/07/2012
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20120709/ag_02/Tekad-pasangan-suami-isteri#ixzz29slNa5Kv
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tekad pasangan suami isteri
Oleh AZMI ABDUL MALEK
Ahmad Zawawi Ashaari
dan Mastura Abdul Aziz menunjukkan kejayaan projek penanaman rock melon di
ladang mereka di Bagan Datoh, Perak. TIDAK
ramai kalangan kita terutama generasi muda yang berminat berbakti kepada tanah
dalam usaha menjana pendapatan diri dan keluarga. Berbeza dengan pasangan muda
Ahmad Zawawi Ashaari, 45 dan isterinya, Mastura Abdul Aziz. 33 yang menceburi
bidang pertanian kerana melihat ada potensi memajukan ekonomi keluarga menerusi
usaha berbakti pada tanah.Ahmad Zawawi yang
mempunyai kelulusan Empat Senawi Sekolah Menengah Agama Irshadiah, Bagan Datoh,
Perak manakala Mastura lulusan Diploma Pengurusan Bank dan Ijazah Sarjana Muda
Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran beralih kepada pertanian selepas
meninggalkan aktiviti perniagaan sebelum ini.
Menubuhkan firma Teras Maju
Resources pada tahun 2005, pasangan tersebut memulakan perniagaan membekal
peralatan pejabat tetapi menukar hala tuju perniagaan kepada bidang pertanian
pada 2007. Pada peringkat awalnya, mereka mengusahakan projek tanaman tembikai
dan sayuran di Parit 7, Kampung Sungai Pergam, Bagan Datoh atas tanah pusaka
bapanya seluas 4.8 hektar (satu kawasan seluas 2.8 hektar dan di tempat lain
seluas 1.6 hektar). Sebelum ini bapanya pernah mengusahakan tanaman kelapa
Mataq tetapi gagal sehinggalah dia meninggal dunia. Tanpa berfikir panjang
mereka terus menanam tembikai setelah menghadiri kursus jangka pendek mengenai
tanaman tembikai dengan sebuah agensi kerajaan. Antara jenis tanamannya ialah
tembikai susu (jade dew), tembikai rock melon, tembikai merah tanpa
biji, tembikai kuning, tembikai black beauty, silver light melon
dan silver sweet melon. Ternyata usaha gigih itu membuahkan hasil
lumayan dan beliau dan isteri terus mempelajari pelbagai aspek tentang tanaman
berkenaan. Ahmad Zawawi berkata, hasil tanaman dipasarkan kepada ladang kontrak
FAMA, pasar raya sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Melalui
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berkenaan, hasil tanaman
dipasarkan kepada pengusaha pasar tani, gerai buah-buahan segar dan pemborong. Ia
turut dihantar secara terus ke pasar raya Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan
melalui orang tengah di pasar raya sekitar Lembah Klang.
Namun begitu, usahanya tetap menjadi masalah
apabila menghadapi kekurangan tenaga kerja, serangan penyakit dan keadaan cuaca
tidak menentu. Dengan dibantu empat pekerja tetap dari Indonesia mereka
meneruskan usaha bersama sembilan pekerja sambilan tempatan. Tanamannya mengeluarkan
hasilkan sebanyak 50 tan semusim bagi kawasan seluas 2.8 hektar. Ahmad Zawawi
berjaya mengusahakan tanaman tembikai itu antara dua hingga tiga musim setahun
berdasarkan faktor cuaca.
Nama
Usahawan : Mohd. Shahrul Daud
Tempat Kelahiran : Kulim,
Kedah
Graduan : Universiti Putra Malaysia (UPM),
Bidang Usahawan :
Pertanian
Artikel
Mohd. Shahrul lulusan UPM
usahawan tani berjaya
Oleh OPAT
Utusan Malaysia, 13 Mei 2008 Mohd. Shahrul Daud
Utusan Malaysia, 13 Mei 2008 Mohd. Shahrul Daud
KULIM 12
Mei - Ketika rakan-rakan lain memilih kerja makan gaji selepas menamatkan
pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), namun bagi, dia lebih senang
menggunakan ilmu yang dipelajari untuk menceburi bidang usahawan tani.Lulusan
Diploma Pertanian yang berusia 25 tahun itu memilih untuk mengusahakan sembilan
projek pertanian dan asas tani di beberapa lokasi sekitar Kulim.Projek
tersebut ialah menternak lembu tenusu, lembu pedaging, itik telur, tanaman
pisang berangan dan emas, tanaman nenas, tanaman fertigasi (cili merah dan
terung), produk hiliran (telur masin dan dadih) dan baja kompos.
Menurut
Mohd. Shahrul, penglibatan aktif dalam bidang pertanian bermula kira-kira tiga
tahun lalu setelah melihat potensi luas di samping teruja dengan konsep Pertanian
Adalah perniagaan yang diperkenalkan kerajaan.''Saya
menamatkan pengajian dari UPM pada tahun 2004. Apabila memikirkan ilmu yang
dipelajari ketika menuntut di UPM, saya memberanikan diri berhenti kerja dan
masuk ke bidang pertanian,'' katanya ketika ditemui di ladangnya, MND
Agroternak Farm di Kampung Tok Rasul di sini hari ini.Mohd.
Shahrul memberitahu, bermodalkan duit gaji sebanyak RM2,400, dia mengambil
keputusan membeli dua ekor lembu pedaging.''Sekarang
lembu pedaging daripada dua ekor, sudah bertambah kepada 45 ekor,'' katanya.Katanya,
tanpa berasa jemu, dia kemudian mencuba pula kaedah menternak lembu tenusu dan
jumlahnya kini meningkat kepada 25 ekor.
''Dengan jumlah itu, ia cukup untuk menghasilkan 45 hingga 60 liter susu segar
setiap hari, kini tidak pernah cukup kerana mendapat sambutan hangat dari
restoran dan kedai-kedai sekitar kawasan ini,'' jelasnya.Mohd.
Shahrul yang pernah memenangi hadiah Anugerah Usahawan Majlis Amanah Rakyat
(Mara) Kedah 2007 dan Anugerah Belia Kedah 2007 (Wira Tani) berharap dapat
menambah bekalan susu pada masa akan datang.Sementara
itu, Mohd. Shahrul turut menternak lebih 1,000 ekor itik jawa yang mampu
menghasilkan telur kira-kira 750 butir sehari.
Posted by jutawanagro at 8:24 PM
Labels: JUTAWAN
TANI
Nama Usahawan : Jamaluddin Abdul Rashid
Tempat
Kelahiran : Kampung Sadek, Kupang, Kedah
Graduan : Universiti
Sains Malaysia (USM),
Bidang Usahawan :
Pertanian
Artikel
Penganggur Jadi Usahawan
JAMALUDDIN Abdul
Rashid yang dulunya siswazah menganggur kini menjadi usahawan tani yang berjaya
di hadapan banglonya di Kampung Sadek, Kupang, Kedah.
BALING 24 Mac –
Kira-kira 19 tahun lalu, selepas menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia
(USM), Jamaluddin Abdul Rashid bercita-cita untuk menjadi pegawai daerah.Bagaimanapun
permohonannya bagi pekerjaan ke arah jawatan tersebut gagal.Beliau kemudian
memohon pelbagai jawatan kerajaan tetapi nasib tidak menyebelahinya.Malu dengan keadaan
dirinya yang masih menganggur walaupun memiliki segulung ijazah, Jamaluddin
sanggup melakukan semua kerja termasuk menjadi buruh, bersawah dan menoreh
getah – semua kerja yang tidak memerlukan ijazah.Setelah lima tahun
`menjaja’ ijazahnya, beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains
Kemasyarakatan pada 1986 memutuskan untuk tidak lagi memohon pekerjaan
menggunakan kelulusannya itu.Sebaliknya,
Jamaluddin, 45, berusaha membuka tapak semaian pokok bunga dan pokok teduhan
dan kini beliau merupakan usahawan tani yang berjaya.
Beliau bukan sahaja
menjadi majikan kepada 10 orang pekerja tetapi mendapat kepercayaan sebuah
pemaju terkenal untuk membekalkan pokok bunga dan teduhan ke jabatan kerajaan,
sekolah dan swasta.Hasil titik peluhnya
mengusahakan tapak semaian yang dikenali sebagai `Semaian Ani Ayu’ itu,
Jamaluddin yang pernah menyertai Skim Khidmat Siswazah (SKS) bagi graduan
menganggur pada 1986, dapat membina sebuah banglo.Banglo tersergam
indah di Kampung Sadek, Kupang yang berharga lebih RM300,000 itu adalah lambang
kegigihan, kecekalan dan keberanian seorang siswazah yang tidak bergantung
harap kepada kerajaan semata-mata.“Saya tidak berminat
untuk bekerja di pejabat lagi walaupun ditawarkan jawatan yang tinggi,” kata
Jamaluddin ketika ditemui oleh Utusan Malaysia di rumahnya, hari ini.Jamaluddin berkata,
beliau tidak pernah menyesal kerana cita-cita menjadi pegawai tinggi kerajaan
tidak tercapai.
Beliau turut
menasihatkan graduan menganggur yang kini berjumlah 80,000 orang supaya tidak
memilih pekerjaan dan berharap kerja `makan gaji’ semata-mata.“Buatlah sebarang
pekerjaan yang halal dan sebaik-baiknya buatlah pekerjaan sendiri kerana kita
lebih bebas dan tidak terikat,” ujarnya.Menceritakan
kejayaannya itu, Jamaluddin berkata, beliau mendapat dorongan Jabatan Pertanian
dan rakannya seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Botani Universiti Putra
Malaysia (UPM) untuk mengusahakan tapak semaian di atas tanah seluas satu
hektar pada tahun 1991.Tambahnya, beliau
sedar untuk berjaya, segala perasaan malu, ego dan rasa rendah diri perlu
dikikis bagi mencapai matlamat itu.Bapa kepada dua anak
hasil perkongsian hidup bersama Noraini Sulaiman, 39, itu kini boleh berbangga
apabila perniagaannya telah berkembang ke seluruh negara walaupun pendapatan awal
hanya sekitar RM400 sebulan.
Menurut Jamaluddin,
ijazah yang diperoleh hanya sekadar untuk mendapat pengetahuan serta ilmu
tetapi ia bukan lesen untuk memperoleh kerja bergaji besar tanpa berusaha
sendiri.“Saya semakin seronok
apabila perniagaan ini mampu memberikan pendapatan lumayan sehingga melebihi
empat angka,” kata Jamaluddin yang turut menyambut baik langkah kerajaan
mewujudkan semula Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) bagi mengatasi
masalah pengangguran di kalangan lepasan institusi pengajian tinggi.Bagaimanapun katanya,
skim itu perlu meningkatkan bimbingan secara berterusan kepada bekas siswazah,
sementara golongan itu pula perlu mengikis sikap untuk bekerja makan gaji
semata-mata selepas tamat pengajian di universiti.
9) Harfirdaus - Usahawan Makanan Frozen
Syarikat yang diuruskan oleh KMJ Supplies Sdn. Bhd itu beroperasi sebagai pemborong dan peruncit bekalan daging lembu, kambing Boer, rusa, unta, burung unta, arnab dan ayam kampung. Selain itu, syarikat terbabit juga memasarkan ayam turki, burung puyuh, itik dan susu kambing. Syarikat terbabit menawarkan sistem francais kepada mana-mana pengusaha yang berminat memasarkan produk-produk berkenaan, dengan tujuan membantu pengusaha ladang di peringkat pengeluaran untuk memasarkan hasil mereka. “Ada masa ini, kami memperoleh bekalan dari merata tempat di seluruh negara dan ini sekali gus dapat pengusaha memasarkan hasil ladang mereka,” kata Harfirdaus. Sebagai contoh, bekalan ayam kampong diperoleh dari projek penternakan membabitkan ibu tunggal di Kuala Selangor, burung puyuh (Pulau Pinang), itik (Tampin), arnab (Broga) dan burung unta dari Beranang, Selangor. Pengusaha menghantar bekalan daging mereka selepas diproses manakala syarikat terbabit membungkusnya dengan potongan dengan saiz tertentu memudahkan suri rumah menyediakannya untuk dimasak. Apa yang pasti, konsep pemasaran bekalan produk berasaskan daging itu memperkenalkan konsep baru dalam pemasaran daging yang bukal sahaja, segar tetapi halal dan bersih. Menurut Harfirdaus, meskipun baru dibuka pada 24 November lepas, pengunjung sudah mula memenuhi outlet tersebut sejak awal pagi khususnya pada hari cuti. Ini kerana konsep yang mudah untuk membuat pilihan dan jenis daging ternakan yang pelbagai, mendorong mereka mendapatkan produk yang diperlukan. Meskipun tidak semua daging yang dijual hasil daripada ladang ternakan tempatan, syarikat terbabit menjanjikan produk yang segar dan berkualiti. Malah, selain pasaran runcit, pengguna juga boleh membuat tempahan untuk mendapatkan daging yang dikehendaki dan akan dihantar ke destinasi yang diminta Menurut Harfirdaus, pihaknya juga menyasarkan kepada syarikat penyajian makanan (catering) kerana ia menawarkan satu pasaran besar bagi bekalan daging mentah. Selain itu, syarikat terbabit juga membekalkan susu kambing segar berjenama Vcals ke beberapa buah hospital selain dijual secara runcit.
Pada masa ini, syarikatnya mampu mengedar antara 400 dan 500 botol sehari kepada pelanggan terbabit. Dengan modal awal sebanyak RM250, 000 bagi melengkapkan outlet yang menempatkan pusat jualan, bilik pemotongan serta bilik sejuk beku serta kakitangan seramai empat orang setakat ini, Harfidaus ternyata mempunyai tanggungjawab berat memajukan perniagaannya, Kita kena berani bersemangat dan yakin dengan diri. Mengenai konsep francais, beliau percaya dapat mengembangkan lagi usaha tersebut melibatkan 10 buah cawangan dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Sumber : httnp://usahawantani.com/search/label/berita
10) Rusila Yusof - Usahawan Cendawan
Sumber : http://usahawan-graduan.blogspot.com/2011/11/usahawan-graduan-1.html
tidak ada yang lebih istimewa bagi
seorang siswazah apabila berpeluang menimba pengalaman sebagai pengurus operasi
perniagaan peruncitan dan pemborong sedangkan baru sahaja menggenggam segulung
ijazah. Lebih istimewa, kerjaya barunya menuntut lebih usaha untuk mendapatkan
pengetahuan kerana ia berkaitan pemasaran produk berasaskan ternakan, sedangkan
ijazah yang dimiliki dalam bidang kejuruteraan elektrik. Justeru,
`haluan' yang dipilih nyata menyimpang jauh daripada ilmu yang ditimba di
universiti tetapi bagi Harfirdaus Che Lah, dalam usia yang baru mencecah 23
tahun, dia menganggapnya sebagai satu cabaran yang memerlukan kecekalan,
keberanian selain tidak berputus asa untuk menambah pengetahuan. “Saya sudah
jatuh cinta dengan perniagaan ini, ujarnya,‘’ ketika ditemui di pejabatnya di
Kajang baru-baru ini. Harfirdaus Che Lah yang memegang jawatan Eksekutif
Operasi, Perfect Fresh and Frozen nyata enggan menambah bebanan fikirannya
bahawa bidang yang agak asing baginya boleh menjadi batu penghalang mencapai kejayaan.
Malah dia yang pernah bertugas sebagai pelatih pengurus di sebuah syarikat
makanan segera akan memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk memajukan syarikat
berkenaan yang baru membuka outlet di Jalan Impian Murni, Saujana Impian,
Kajang, Selangor.
Syarikat yang diuruskan oleh KMJ Supplies Sdn. Bhd itu beroperasi sebagai pemborong dan peruncit bekalan daging lembu, kambing Boer, rusa, unta, burung unta, arnab dan ayam kampung. Selain itu, syarikat terbabit juga memasarkan ayam turki, burung puyuh, itik dan susu kambing. Syarikat terbabit menawarkan sistem francais kepada mana-mana pengusaha yang berminat memasarkan produk-produk berkenaan, dengan tujuan membantu pengusaha ladang di peringkat pengeluaran untuk memasarkan hasil mereka. “Ada masa ini, kami memperoleh bekalan dari merata tempat di seluruh negara dan ini sekali gus dapat pengusaha memasarkan hasil ladang mereka,” kata Harfirdaus. Sebagai contoh, bekalan ayam kampong diperoleh dari projek penternakan membabitkan ibu tunggal di Kuala Selangor, burung puyuh (Pulau Pinang), itik (Tampin), arnab (Broga) dan burung unta dari Beranang, Selangor. Pengusaha menghantar bekalan daging mereka selepas diproses manakala syarikat terbabit membungkusnya dengan potongan dengan saiz tertentu memudahkan suri rumah menyediakannya untuk dimasak. Apa yang pasti, konsep pemasaran bekalan produk berasaskan daging itu memperkenalkan konsep baru dalam pemasaran daging yang bukal sahaja, segar tetapi halal dan bersih. Menurut Harfirdaus, meskipun baru dibuka pada 24 November lepas, pengunjung sudah mula memenuhi outlet tersebut sejak awal pagi khususnya pada hari cuti. Ini kerana konsep yang mudah untuk membuat pilihan dan jenis daging ternakan yang pelbagai, mendorong mereka mendapatkan produk yang diperlukan. Meskipun tidak semua daging yang dijual hasil daripada ladang ternakan tempatan, syarikat terbabit menjanjikan produk yang segar dan berkualiti. Malah, selain pasaran runcit, pengguna juga boleh membuat tempahan untuk mendapatkan daging yang dikehendaki dan akan dihantar ke destinasi yang diminta Menurut Harfirdaus, pihaknya juga menyasarkan kepada syarikat penyajian makanan (catering) kerana ia menawarkan satu pasaran besar bagi bekalan daging mentah. Selain itu, syarikat terbabit juga membekalkan susu kambing segar berjenama Vcals ke beberapa buah hospital selain dijual secara runcit.
Pada masa ini, syarikatnya mampu mengedar antara 400 dan 500 botol sehari kepada pelanggan terbabit. Dengan modal awal sebanyak RM250, 000 bagi melengkapkan outlet yang menempatkan pusat jualan, bilik pemotongan serta bilik sejuk beku serta kakitangan seramai empat orang setakat ini, Harfidaus ternyata mempunyai tanggungjawab berat memajukan perniagaannya, Kita kena berani bersemangat dan yakin dengan diri. Mengenai konsep francais, beliau percaya dapat mengembangkan lagi usaha tersebut melibatkan 10 buah cawangan dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Sumber : httnp://usahawantani.com/search/label/berita
10) Rusila Yusof - Usahawan Cendawan
Fatisha
Agro Farm
Nama
: Rusila yusof
Negeri
kelahiran : Terengganu
Latarbelakang
:-
Lulusan
ijazah sarjana sains dengan kepujian dalam bidang teknologi kimia UKM 2003 dan
sarjana sains kimia UKM 2007
- Mengikuti
Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu di bawah anjuran TPU, UPM
- Mengikuti
Kursus Skim Usahawan Komersial Tani Siswazah di bawah anjuran BPM
- Mengikuti
Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Duriopark Agro Trading
Pengalaman
- Siswazah
Tani Nasional 2008
- Penceramah
bagi kursus penanaman cendawan anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat, Koleh
Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.
- Menjadi
penceramah jemputan bagi kursus penanaman cendawan yang dianjurkan oleh
pihak swasta yang lain.
- Penulis
buku Buat Duit Dengan Cendawan terbitan PTS Publication.








