Menu

3 Situation Creativity

Aktiviti:

Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk mencipta satu produk berdasarkan kreativiti masing-masing. Produk yang dihasilkan mestilah bersesuaian dengan 3 senario yang diberi seperti berikut: kawasan pantai, Grand Prix Formula 1 dan juga padang pasir di Egypt. Kumpulan kami telah memilih senario di Grand Prix Formula 1 dan kami bersepakat untuk merekabentuk satu alat yang berkaitan dengan bunyi iaitu earphone penyerap bunyi "". Antara fungsi earphone ini adalah seperti berikut:


-Menyerap kebisingan melampau deruman enjin Formula 1 yang boleh melebihi had selamat telinga manusia.

-Memberi info dan maklumat kepada penonton secara lebih eksklusif berbanding maklumat melalui intercom yang tidak dapat didengari secara menyeluruh.
-Navigasi anti-high decibel yang dilengkapi pada alat ini mampu menstabilkan decibel terlalu tinggi kepada moderate secara automatik apabila ia melebihi 90desibel(mampu merosakkan gegendang telinga).
-Turut dilengkapi aplikasi radio FM/AM untuk memainkan muzik sebagai nilai tambah komersial keatas alat ini.


Mesej:


Untuk menghasilkan satu produk yang kreatif, unik dan boleh diterima masyarakat adalah amat sukar kerana tidak semua orang boleh menghasilkannya. Hanya sesetengah orang yang dikurniakan kretiviti tinggi sahaja boleh melakukan itu. Tetapi untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita perlu menjadi dalam golongan itu agar produk yang dihasilkan boleh diterima pakai oleh masyarakat dan laris jualannya.