DATO’ DR. ZAHRAH KADIR
Memperoleh latar belakang dalam bidang
kimia, Dato’ Dr. Zahrah Kkadir menerajui dua buah syarikat berasaskan plastic
dan herba. Wanita yang berasal dari Pontian, Johor ini adalah anak kedua dalam
keluarganya. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana muda sains (Kimia) dari
Universiti Malaya dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang sama dari
Universiti Durham, United Kingdom. Sebelum menjadi usahawan, Dr. Zahrah bertugas
sebagai Pegawai Penyelidik selama satu dekad di Institut Kaji Selidik Nuklear
Malaysia (MINT).
Sebagai ketua dalam kumpulan kesan sinaran ke atas polimer di unit tenaga nuklear, antara tugas Dr. Zahrah adalah memberi nasihat kepada usahawan tentang menggunakan plastik sebagai teknologi baru dalam industri. Melalui penglibatannya itu beliau sendiri mendorong supaya menceburi bidang perniagaan.Dr. Zahrah kemudian mengambil risiko meniggalkan kerjayanya. Usaha beliau dalam perniagaan bermula dari bawah dengan menyertai program latihan usahawan di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Malaysia dan mempelajari kaedah membuat produk, system kilang serta mengurus kewangan syarikat.
Dr. Zahrah menubuhkan B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd. Pada bulan Disember, 1993. Beliau memulakan operasi perniagaannya di Seri Kembagan Indutrial Park, Selangor. B&Z adalah gabungan pangkal nama beliau dan suaminya, Dr. Bajuri Kadmin. Dr. Bajuri pada mulanya sekadar menyokong usaha isterinya dari belakang, namun setahun kemudian mengambil keputusan meninggalkan kerjaya beliau dan menyertai perniagaan keluarga itu.
Produk awal yang dikeluarkan syarikat ini adalah rain gutter atau palong air hujan. Dr. Zahrah mencipta produk itu daripada plastic uPVC atau vinyl polimer bagi menggantikan polang air hujan yang dahulu diperbuat daripada zink. Produk ciptaannya yang berjenama Monsoon terbukti lebih berkualiti dan rekabentuknya dapat diubahsuaikan. Produk itu juga diiktiraf dan menerima anugerah daripada pihak MITI.
Dr. Zahrah sangat menitikberatkan kualiti dan membuat kaji selidik secara berterusan. Selepas rain gutter, beliau beralih kepada produk-produk lain seperti paip uPVC bagi kegunaan telekomunikasi dan kabel slab bagi kegunaan tenaga elektrik. Syarikatnya berkembang pesat dan kini beroperasi di premis seluas tiga ekar di Kuala Sleangor Industrial Park selain mempunyai pejabat pemasaran di Wisma B&Z, Shah Alam.
Dr. Zahrah Berjaya mempertahankan syarikatnya ketika Negara melalui kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dahulu. Bagi beliau pengajaran penting daripada peristiwa itu adalah perlunya mempelbagaikan perniagaan. Pada tahun 1999, Dr. Zahrah menubuhan syarikat keduanya, Merlang Herbal Industries Sdn. Bhd. Yang menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan berasaskan herba. Produk berjenama Merlang ini mendapat sambutan baik kerana syarikatnya memiliki Sijil Amalan Pengilang Baik (GMP) daripada Biro Pengawal Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Langkah lain mempelbagaikan perniagaannya adalah menceburi bidang runcit. Dr. Zahrah menubuhkan B&Z Hardware Centre bagi memasarkan produk-produk plastiknya. Beliau juga menubuhkan Pusat Rawatan Kecantikan MErlang dan Merlang Network Sdn. Bhd. Bagi mempromosian produk herbanya melalui system multilevel marketing (MLM).
Dr. Zahrah bukan sahaja produktif dalam perniagaan tetapi juga dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau turut terlibat dalam pelbagai program anjuran kerajaan negeri Selangor bagi membantu para usahawan baru. Sesungguhnya wanita ini wajar dijadikan model dan mentor oleh golongan usahawan khasnya kaum wanita. Renungilah sebahagian daripada falsafah hidup Dr. Zahrah yang terbukti membawa keberkatan dan kejayaan besar dalam hidupnya :
1. Peranan para pekerja sama pentingnya dengan pihak majikan dalam menentukan turun naik syarikat. Oleh itu, kebajikan para pekerja perlu sentiasa dijaga.
2. Kesihatan diri adalah factor penting dan perlu diutamakan walaupun sesibuk mana individu itu dalam kerjayanya.
3. Pegangan agama adalah tunjang utama dalam hidup. Hubungan insane dengan penciptanya tidak boleh sekali-kali diabaikan.
4. Rahsia kejayaan wanita bermula dengan menyempurnakan tanggungajawabnya yang utama sebagai isteri dan ibu.
DATO’ DR.
JANNIE TAY

Beliau adalah merupakan Timbalan Pengerusi, The Hour Glass Limited. Syarikat ini memiliki rangkaian butik yang memasarkan pelbagai jam tangan berjenama terkenal buatan Swiss. The Hour Glass diasaskan oleh Dr. Jannie dan suaminya bersama Metro Holdings di Singapura pada tahun 1979. Butik The Hour Glass kini terdapt di Malaysia, Hong Kong , Taipei, Australia, Indonesia, Thailand dan Jepun.
Dr. Jannie Tay
dilahirkan di Ipoh dengan nama asalnya, Chan Siew Lee. Beliau adalah anak sulung
daripada tujuh orang adik-beradik. Dibesarkan di sebuah kedai ubat milik
datuknya, beliau mendapat pendedahan awal dalam perniagaan ketika mengikut
bapanya menguruskan perniagaan ubat keluarga mereka. Ketika berusia 17 tahun,
Dr. Jannie dihantar belajar ke Moreland High School di Melbourne. Setahun
kemudian bapanya meninggal dunia. Beliau kemudian membawa ahli keluarganya
berpindah ke Australia dan meneruskan pengajian di sana.
Pada tahun 1968
Dr. Jannie memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang fisiologi. Beliau
melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana dalam bidang farmakologi iaitu
kajian tentang tindak balas ubat. Pada tahun 1969 Dr. Jannie bertemu jodoh
dengan suaminya yang ketika itu sedang mengambbil PhD di Australia. Apabila
mereka kembali ke Singapura pada tahun 1971, Dr. Jannie bertugas sebagai
pensyarah di Universiti Singapura.
Kerjaya beliau
berubah pada tahun 1973, apabila suaminya melanjutkan peljaran semula dalm
bidang perubatan. Dr. Jannie beralih tugas menjadi jurujual di Lee Chay &
Company, sebuah syarikat jam tangan milik keluarga suaminya. Beberapa tahun
kemudian dia menguruskan cawangan syarikat itu di Colombo Court. Dr. Jannie
menyimpan impian bagi memiliki butik jam tangannya sendiri. Impian itu tercapai
pada tahun 1979 apabila beliau dan suaminya membuka The hour Glass, kedai mereka
yang pertama di Lucky Plaza. Perniagaan itu Berjaya dan berkembang daripda satu
kedai menjadi Sembilan buah kedai. Rangkaian butik yang mula bertapak di
Singapura itu kemudian dibuka di beberapa negara lain.
Pada tahun 1987,
Dr. Jannie menceburi perniagaan baru dalam bidang hartanah di Golden Coast,
Australia. Selama beberapa tahun, beliau membangunkan Oyster Cove iaitu projek
pembangunan hotel, pusat peranginan, perumahan dan pusat perniagaan. Pada tahun
2004, minat Dr. Jannie beralih kepada bidang makanan kesihatan dan beliau mula
mengkaji cendawan lingzhi bersama pakar-pakar dari Negara Chin. Dengan latar
belakang akademiknya dalam bidang farmakologi, Dr. Jannie dengan penuh yain
menceburi perniagaan baru itu dan membuka sebuah syarikat nutraseutikal,
Scientific Tradition Pte. Ltd.
Sehingga kini Dr.
Jannie masih aktif dalam pelbagai perniagaan lain seperti restoran, koleksi seni
dan antic. Selain suaminya, Dr. Henry Tay selaku pengerusi eksekutif, anak
mereka, Michea Tay, turut menguruskan The Hour Glass . Dr. Jannie yang berjaya
mencapai impiannya satu demi satu berpegang kuat kepada sikap positif dan yakin
kepada diri sendiri. Bagi memajukan dirinya, beliau tidak pernah berhenti
belajar perkara-perkara baru di samping mengambil iktibar daripada
kesilapan-kesilapan lalu yang pernah dilakukan.
Sepanjang membina perniagaannya Dr. Jannie pernah melalui saat-saat getir dan ujian berat. Antaranya ketika baru menubuhkan The Hour Glass, anank beliau, Michelle yang pada masa itu beusia lapan tahun meninggal dunia. Tidak lama kemudian anaknya, Sabrina dilahirkan dengan pelbagai masalah kesihatan, antaranya rubella, mempunyai rekahan di langit-langit di dalam mulut dan jantung berlubang. Kekuatan minda dan sikap optimis Dr. Jannie menjadi pendorong dirinya supaya meneruskan kehidupan beliau dengan tabah.
Kisah kehidupan
Dr. Jannie ditulis Wong Wan Ling. Buku bertajuk Time To Live : Jannie Tay’s
Journey itu deterbitkan pada tahun 2002. Kini ada usia 60-an, beliau banyak
melakukan kerja-kerja amal. Dr. Jannie yang tinggal bersebelahan rumah dengan
anak-anak gemar menghbiskan masa bersama cucu-cucunya.
Dato’ Siti Nurhaliza

Usahawan yang dibicara ini Penyanyi No 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu “SimplySiti” sememangnya mendapat sambutan hangat daripada peminat beliau yang pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain Krim Simply 5 yang istimewa. Harapan ahli perniagaan muda ini adalah supaya produk sulung beliau mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia selain Timur Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh Jakim. Ini penting kerana majoriti bakal pembeli produk ini adalah terdiri daripada golongan orang islam.
Memanfaatkan pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline & Pantene, semua produk SimplySiti dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco. Kehadiran suami beliau, Dato’ Khalid sebagai rakan kongsi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan sememangnya membantu menjayakan perniagaan kosmetik beliau.
Mesti ramai yang ingat produk ini hanya sekadar untuk menambah satu lagi punca pendapatan figura terkenal ini. Tak mungkin beliau sendiri memakainya. Betul? Stigma itu salah! Dato’ Siti telah menggunakan dan menguji produk yang diproses ketika R&D dijalankan selama 6 bulan sebelum ianya berjaya dipasarkan kepada orang ramai.
Menggunakan khidmat ahli saintis dari Korea, bahan-bahan yang digunakan dalam produk SimplySiti semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris yang mampu merawat semuala luka dan radang kulit. Sepertimana yang diketahui, Korea merupakan pusat pembikinan dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia, Dato Siti dan pasukannya telah membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia untuk mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah dialami oleh wanita-wanita di Malaysia. Hebat, bukan?
Tetapi ini tidak bermaksud percaturan beliau lancar. Baru-baru ini produk kosmetik SimplySiti dikatakan mengunakan berus bulu babi dalam produknya. Menjawab spekulasi yang mampu menggagalkan perniagaan sekaligus mencemarkan imej baik yang dipelihara beliau, Dato’ Siti menafikan dakwaan tersebut dengan segera. Sejurus selepas itu, dalam masa beberapa hari sahaja, kesemua produk keluaran syarikat tersebut disahkan secara rasmi telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum. Alah bisa tegal biasa lah katakan kalau menghadapi dugaan ketika berniaga kan?
Dan seperti yang boleh diagak, jualan produk SimplySiti sangat memberansangkan walaupun baru satu bulan ia dilancarkan. Dato Siti lah katakan, personaliti yang hebat, kareer yang mantap, sudah tentu jualan pun mengkagumkan.
HAFIZAH

LAWATAN: Zainal (tengah) melihat operasi membuat sarung tangan di kilang milik Hafizah (kiri) dalam lawatannya ke Kampung Sungai Chenaam, Sungai Setar Kecil, Nibong Tebal.
NIBONG TEBAL:
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan
dan perkembangan ekonomi terutama sektor pembuatan yang menjadi penggerak utama
dalam pertumbuhan ekonomi negara. Ini kerana, PKS boleh dijadikan sebagai tulang
belakang dan pendukung dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan
ekonomi negara selepas 2020.
Secara umumnya, PKS membuka banyak peluang pekerjaan, membantu melahirkan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja baik di peringkat pekerja mahupun peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing. Oleh itu, tidak hairanlah ada individu yang sanggup melabur untuk menceburi bidang PKS kerana menyedari peluang dan keuntungan yang mampu diraih. Selain bertujuan mendapatkan keuntungan, PKS adalah industri yang menyedia peluang pekerjaan terutama penduduk setempat, lebih-lebih lagi jika tapak pengeluarannya terletak di luar bandar.
Secara umumnya, PKS membuka banyak peluang pekerjaan, membantu melahirkan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja baik di peringkat pekerja mahupun peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing. Oleh itu, tidak hairanlah ada individu yang sanggup melabur untuk menceburi bidang PKS kerana menyedari peluang dan keuntungan yang mampu diraih. Selain bertujuan mendapatkan keuntungan, PKS adalah industri yang menyedia peluang pekerjaan terutama penduduk setempat, lebih-lebih lagi jika tapak pengeluarannya terletak di luar bandar.
Bagi menyahut seruan kerajaan menggalakkan PKS terutama di luar bandar, seorang wanita, Hafizah Mohd Isa, memberanikan diri membina sebuah kilang menghasilkan sarung tangan pelbagai guna pakai buang di Kampung Sungai Chenaam di sini. Kilang yang diberi nama Metro Glove Suppliers (MGS) yang ditubuhkan pada 2001 dengan modal pusingan RM100,000, selain modal membeli 100 mesin menjahit bernilai RM200,000.
Hafizah, 38, ibu kepada seorang anak perempuan, beruntung kerana mendapat sokongan dan dorongan daripada suami, Mohadzir Ahmad, untuk menceburi perusahaan yang jarang disertai Bumiputera. Pengurus berjiwa besar ini menyewa tanah milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Chenaam pada kadar RM500 sebulan untuk membolehkan kilangnya beroperasi.
Siapa sangka kilang kecil dengan 45 pekerja itu kini mampu mengeluarkan sehingga 15,000 dozen sarung tangan pelbagai guna dan mampu memperoleh pendapatan sehingga RM70,000 sebulan. Produk keluarannya juga menjadi pilihan kilang besar di negeri ini kerana memenuhi kehendak pasaran dengan berkonsepkan pakai buang. Buatan dan kualiti sarung tangan yang dihasilkannya juga diakui setanding dengan buatan luar negara oleh pihak industri. Lebih membanggakan lagi, kilang kecil yang terletak agak jauh dari bandar besar ini memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat khasnya golongan wanita yang terdiri daripada suri rumah dan ibu tunggal.
"Saya cuba menyahut seruan kerajaan menggalakkan Bumiputera menyertai bidang perniagaan dan industri. Pembabitan saya dalam bidang ini mendapat sokongan daripada suami kerana beliau juga terbabit dalam industri ini. “Lebih membanggakan saya sebagai seorang wanita, kilang ini dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk di kampung ini khasnya golongan wanita," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Beliau bersyukur kerana mendapat pekerja yang berdedikasi walaupun kebanyakannya suri rumah yang tidak memiliki kelulusan atau pendidikan yang tinggi. Hafizah sendiri tidak percaya yang beliau mampu menjadi pengurus dengan menguruskan segala urusan perniagaan, operasi kilang, mencari pasaran dan berbincang dengan pelanggan. Namun berbekalkan pengalamannya yang pernah berkhidmat dalam institusi perbankan, ia menjadi kekuatan kepada dirinya untuk meneruskan perniagaan dengan bantuan suami. “Suami sangat menyokong dan dia adalah penguat semangat saya untuk terus berdiri dalam bidang ini," katanya.
Wanita ini turut membayangkan sasaran MGS untuk meneroka pasaran sarung tangan pelbagai guna pakai buang ini ke luar negara berdasarkan permintaan yang diterima bagi pasaran domestik. Kewujudan kilang ini pernah mendapat perhatian bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman yang menganggap ia adalah contoh kejayaan Bumiputera menceburi PKS dan membantu membangunkan kawasan luar bandar. Kata Zainal, kewujudan kilang itu membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi penduduk setempat dan ia wajar dicontohi pengusaha PKS Bumiputera di negara ini. "Ia adalah contoh kejayaan usaha kerajaan melahirkan usahawan PKS dan memajukan kawasan kampung," katanya.
sumber : http://kisahusahawan.blogspot.com/2008/05/hafizah-usahawan-berjaya.html
DATIN MINA
CHEAH FOONG

Anda mungkin salah seorang penggemar berangan The Body Shop, tetapi tahukah anda siapa yang membawa jenama itu ke Malaysia? Datin Mina Cheah Foong adalah orang yang bertanggungjawab membawa francais itu ke Malaysia. The Body Shop adalah rangkaian kedai menjual produk kosmetik dan pengjagaan diri seperti barangan mandian, spa dan wangian. Ia diasaskan oleh Dame Anita Roddick di England pada tahun 1976. Kini terdapat lebih dua ribu kedai The Body Shop di seluruh dunia dengan lebih 77 juta orang pengguna.
Datin Mina berasal
dari Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke United
Kingdom bagi belajar di sebuah sekolah di Belfast, Ireland. Beliau kemudian
menyambung oelajaran dalam jurusan system engineering di University of Leeds,
London. Dtin Mina bercita-cta menyertai NASA selepas beliau tamat belajar.
Ketika tinggal di England, setiap hujung mingu Datin Mina pergi ke Convent
Garden di London. Di situ trdapat sebuah kedai The Body Shop. Beliau sering
mengunjungi kedai itu bagi membeli barangan sendiri dan untuk teman-temannya.
Beliau bukan saja meminati pelbagai produk yang ada di sana malah menyukai
segala aktiviti kempen yang dianjurkan The Body Shop.
Apabila pulang ke
Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan The Body Shop daripada
rakan-rakannyayang berkunjung ke London. Kerana minatnya yang mendalam, beliau
merancang dan berusaha membawa produk The Body hop ke Malaysia. Datin Mina
akhirnya berjaya mendapat hak francais bagi mengedar dan menjual barangan The
Body Shop melalui syarikatnya, Rampai Niaga Sdn. Bhd. Kedai pertamanya dibuka
pada 8 Disemder 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur.
Pada masa itu,
Datin Mina belum mempunyai pengalaman menjalankan perniagaannya. Perniagaan The
Body Shop dimulakan bersama rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman. Wanita itu
adalah isteri kepada rakan suaminya. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan
Amway yang berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina menguruskan aktiviti dagangan
manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka
berkembang dengan pesat. Selepas menjadi rakan kongsi selama 10 tahun, Puan
Mariam menjual semua saham miliknya dalam Rampai Niaga. Datuk Simon, suami Datin
Mina mengambil alih saham-saham Puan Mariam itu.
Kemajuan The Body
Shop yang terus meningkat tahun demi tahun adalah perkara yang di luar dugaan
Datin Mina dan suaminya. Selepas 18 tahun berlalu, mereka berasa perniagaan itu
terllu besar dan tidak tahu ke mana hala tuju hendak dibawa perniagaan itu
seterusnya. AKhirnya beliau dan suami mengambil keputusan supaya menjual
saham-saham mereka dengan nilai RM78 juta. Syarikat yang mengambil alih The Body
Shop adalah Kejora Harta Berhad. Walaupun sudah menjual saham-sahamnya, Datin
Mina masih meneruskan kontrak mengurus kedai-kedai The Body Shop yang beliau
kendalikan.Waktu itu baru beliau terfikir supaya mengembangkan perniagaan The
Body Shop ke rantau Asia Tenggara. Namun syarikat itu bukan miliknya lagi. Kini
beliau dan suami berusaha membeli semula saham-saham syarikat itu di pasarn
bursa.
Seleas lebih 20
tahun terlibat dalam industri peruncitan, Datin Mina mnyedari sebahagian besar
daripada para pelanggan tiada banyak masa pergi membeli belah. Maka
diperkenalkan konsep baru iaitu The Body Shop at Home, produk-produk dijual
melalui system parti seperti dilakukan syarikat Tupperware. Lain-lain strategi
baru yang dilakukan adalah jualan secara on-line dan melalui katalog seperti
dilakukan pihak Avon. Dengan gabungan L’Oreal dan The Body Shop di United
Kingdom, jenama The Body Shop dijangka menjadi lebih stabil dan
kukuh.
Di samping
menguruskan The Body Shop, Datin Mina membuka tiga buah kedai kasut berjenama
Vincci di Sydney, Australia. Tujuan asal beliau membuka perniagaan itu adalah
supaya dapat selalu berada di samping anak lelakinya yang dijangka akan
melanjutkan pelajaran di sana. Namun anak beliau menyambung pelajaran di
Melbourne bukan di Sydney. Perniagaan kedai kasut Vincci itu juga mendapat
sambutan baik daripada pihak pelanggan.
Di samping bergiat
dalam perniagaan, Datin Mina banyak menceburkan diri dalam aktiviti dan kempen
amal. Sebagai Presiden Malaysian Business Coalition on AIDS Society (MBCA)
beliau mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa AIDS, di samping meningkatkan
kesedaran mayarakat tentang penyakit itu. Menerusi The Body Shop, beliau
berkempen menangani isu keganasan wanita, khasnya terhadap kanak-kanak dan isu
penderaan. Kempen-kempen itu membuktikan The Body Shop menghargai pelanggannya
yang 90 peratu terdiri daripada golongan wanita.
DATIN PADUKA
SITI SA’ADIAH SHEIKH BAKIR
Datin Paduka Siti
Sa’adiah Sheikh Bakir adalah Pengarah Urusan, Kumpulan Perubatan Jhor Berhad
(KPJ Healthcare Berhad). Meskipun bukan doctor, wanita yang berasal dari
Mersing, Johor itu adalah orang nombor dua terpenting dalam organisasi besar
itu. KPJ Healthcare Berhad berjaya membangunkan 17 buah hospital swasta di
seluruh Negara, dua buah di Indonesia dan sebuah lagi di
Bangladesh.
Perjalanan karier
Datin Paduka Siti Sa’adiah bermula pada tahun 1974. Selepas menamatkan pengajian
dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya, beliau menyertai Johor Corporation
Berhad (JCorp) yang ketika itu dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri Johor (PKENJ). Beliau bertugas di Bahagian Prisihatin sejak 1978 dan mula
menyandang jawatan Ketua EKsekutif, KPJ Sdn. Bhd. Sejak 1989.Pengalaman Datin
Paduka Siti Sa’adiah dalam menguruskan hospital bermula dengan pembinaan Johore
Specialist Hospital.
Datin Paduka Siti
Sa’adiah minat membaca, suka berkongsi pengetahuan dan rajin menambah ilmu.
Beliau rajin berbincang dengan pra pegawainya sebelum membuat keputusan selain
mengamalkan sikap telus. KPJ Berhad berkembang pesat. Syarikat itu memiliki
asset bernilai lebih RM800 juta. Keuntungan sebelum cukainya mencecah RM32.5
juta menerusi pendapatan hampir RM500 juta.
Antara hospital
lain yang dikendalikan KPJ Berhad adalah Damansara Specialist Hospital dan
Ampang Puteri Specialist Hospital. Di luar Negara, ia mengendalikan beberapa
hospital lagi seperti United Hospital di Bangladesh, RS Selasih di Sumatera
serta RS Medika Permata Hijau dan RS Bumi Serpong Damai di
Jakarta.
DATIN SHARIFAH ANISAH TAN SRI DATO’ SYED AGIL
BARAKBAH
Nama Datin Sharifah Anisah sangat sinonim dengan Nona Roguy.
Ia jenama produk kesihatan terkenal berasaskan herb dan berkonsep tradisional.
Beliau adalah pengasas dan Pengerusi Kumpulan Syarikat Nona Roguy bermaksud
“bebas daripada penyakit” dalam bahasa Sanskrit. Keluarga Datin Anisah yang
berasal dari Kedah mewarisi kaedah menjaga kesihatan tradisional yang diamalkan
secara turun- temurun sejak zaman moyang beliau, Sharifah Alawiyah
Barakbah.
Anak kepada bekas hakim ini pada awalnya adalah pelukis.
Datin Anisah berkelulusan inazah sarjana muda dari Royal Academy of Fine Arts di
Murich, Jerman. Kerana minatnya yag tinggi dalam perubatan herba, beliau
berusaha mendalami bidang itu. Penglibatan Datin Anisah bermula pada pertengahan
tahun 1960-an di atas permintaan teman-teman yang meerlukan bantuannya.
Perawatan tradisional yang beliau amalkan terbukti dapat mengubati sebahagian
daripada penyakit yang tidak dapat dirawat dengan cara perubatan
moden.
Selain mengeluarkan pelbagai produk kesihatan, Nona Roguy
juga menyediakan khidmat merawat pengantin, menjaga diri selepas bersalin,
rawatan pelbagai masalah sakit puan seperti ketumbuhan fibroid,
ketidakseimbangan hormone, sakit meroyan dan banyak lagi. Pada tahun 1983, Datin
Anisah membuka pusat rawatan di Ampang dengan jenama Sari Rapi. Di pusat itu
beliau menawarkan rwatan medic spa (spa perubatan) dan wellness spa (spa
kesihatan). Rawatan yang disediakan disokong dengan khidmat perunding kesihatan
yang terlatih. Datin Anisah juga memperkenalkan jamu Melayu kepada para
pelanggannya yang terdiri daripada berbilang kaum. Pada tahun 1990 Datin Anisah
berpindah ke Damansara dan membuka pusat rawatan yang lebih besar. Pada tahun
1995 pula, gedung herba Nona Roguy dibuka di Bangsa Baru.
Kumpulan Syarikat Nona Roguy yang ditubuhkan pada tahun 1993
menjalankan aktiviti pemasaran dan rawatan. Pengeluaran produk pula dijalankan
di kilang mereka, Mustajab Industries, di Kawasan Perindustrian Mergong, Alor
Setar, Kedah. Kakak Datin Anisah, Puan Hajjah Sharifah Rogayah Barakbah adalah
Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan yang bertanggungjawab menetukan kualiti
pengeluaran produk di kilang itu.
Pusat rawatan Nona Roguy di pilih sebagai model spa Melayu
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kerap kali dilawati pegawai-pegawai
kesihatan dari pelbagai organisasi termasuk WHO. Adalah dibanggakan juga, Datin
Anisah Berjaya menonjolkan kegemilangan spa Melayu di peringkat antarabangsa.
Selain menyediakan spa tradisional Melayu di hotel bertaraf lima bintang di
Malaysia seperti The Pangkor Island Resorts, The Tanjong Jara Resorts, dan The
Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, beliau juga diundang mengadakan promosi seni spa
Melayu di The Horrods, London sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan
2006.
Datin Anisah bermin at dalam merungkai rahsia perubatan
Melayu dalam konteks sains dan teknologi. Beliau banyak membaca dan mengkaji
bagi mendapatkan maklumat dan perbandingan antara perubatan tradisional dan
perubatan moden. Atas usaha itu, beliau sering disebut sebagai jambatan terakhir
bagi menghubungi falsafah dan prinsip perubatan tradisional dengan dunia
perubatan moden.
Dengan pengetahuan beliau yang mendalam dalam perubatan
herba, Datin Anisah selalu diundang member syarahan di university dan hospital.
Beliau juga dilantik sebagai pakar rujuk bagi bidang peubatan herba dan rawatan
tradisional di dalam dan luar Negara, selain menjadi anggota panel kepada
beberapa kementerian termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian
Tinggi, Malaysia bagi menyediakan dan mebangunkan standard dan kurikulum yang
sesuai bagi pembelajaran bidang perubatan tradisional dan
komplementari.
Produk keluaran Nona Roguy dipasarkan kepada para pelanggan
menerusi system jualan langsung. Kini terdapat lebih 150 stokis Nona Roguy di
seluruh Negara. Selain pasaran tempatan, produk Nona Roguy juga dieksport ke
luar Negara. Jenama Nona Roguy juga mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila
diberi anugerah SUPERBRANDS pada tahun 2005 dan anugerah Commercial Prestige
dari Rome, Italy daripada segi kecemerlangan perkilangan.
Datin Anisah membuat sumbagan yang besar kepada dunia
perubatan herba dan melonjakkan imej industri itu di peringkat antarabangsa.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden, Persatuan Industri Sederhana dan
Kecil, Malaysia dan juga Naib Presiden, Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu
Malaysia (PUTRAMAS).
Datin Anisah juga berjaya memperkenalkan kembali istilah dan
konsep asli yang mencerminkan keindahan dan kegemilangan seni perubatan dan
rawatan Melayu. Ini termasuk mengemukakan kembali nama bahagian anatomi Melayu
yang asal yang sekian lama diabai dan dilupai oleh masyarakat Melayu moden,
seperti nama sebenar jamu dalam masyarakat Melayu zaman dahulu iaitu ramu dan
bukannya jamu (pinjaman daripada Indonesia).
Dalam usaha menbudayakan aktiviti penulisan berkenaan seni
perubatan tradisional Melayu, Datin Anisah mula membukukan pengalaman dan
pengetahuan beliau. Terbaru Datin Anisah menghasilkan sebuah buku bertajuk
Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Buku itu menghimpunkan segala petua dan amalan
perubatan Melayu untuk panduan generasi baru. Impian Datin Anisah adalah ingin
melihat ilu perubatan Melayu diamalkan sepanjang zaman oleh masyarakat di
Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Dengan visi menjadikan perubatan Melayu sebagai satu system
perubatan dan rawatan yang diiktiraf di seluruh dunia, Datin Anisah berharap
Nona Roguy dapat menjadi antara jenama berpengaruh dalam industri herba dunia
menjelang 2010.
Beliau sebenarnya berasal daripada Singapura, tetapi sudah lama menetap di Malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap Malaysia.
Bercerita mengenai latara belakang
keusahawanannya, beliau sebenarnya banyak dipengaruhi oleh ibu dan bapanya, yang
merupakan usahawan. Bapanya merupakan pemborong berlian yang mengetuai persatuan
pedagang berlian di Singapura. Ibu beliau pula memiliki kedai jahit yang banyak
menggunakan fabrik-fabrik berjenama seperti Versace dan YSL. Dari sini lah
bermulanya minat beliau dalam bidang fesyen dan juga
keusahawanan.
Minat beliau dalam fesyen terserlah
apabila beliau cuba menghasilkan dan mereka pakaian untuk anak-anak patung
Barbie dengan menggunakan kain-kain perca dari kedai jahit ibunya. Pada usia 16
tahun, beliau memenangi satu pertandingan mereka fesyen, dengan mendapat hadiah
utama.
Pada tahun 1976, beliau mula
mengorak langkah dalam bidang keusawanan fesyen dengan membuka butik The Link
di Singapura dan diikuti dengan Le Salon di Malaysia. Pada tahun 1989, Melium
ditubuhkan.
Sepuluh tahun kemudian, Melium
melancarkan Aseanaa, galeri fesyen yang membawa tema etnik Asia yang antaranya
memasarkan produk daripada Tom Abang Saufi,Rizalman, dan jenama beliau sendiri
FARAHKHAN. Aseana terletak di Suria KLCC.
Selain daripada membawakan fesyen
antarabangsa ke dalam pasaran Malaysia, Dato’ Farah juga adalah antara yang
terawal membawakan budaya kafe ke Malaysia dengan memegang francais Dome dari
Australia pada tahun 1996.
Kejayaan Dato’ Farah Khan mendapat
perhatian pelbagai pihak, dan beliau pernah menerima beberapa anugerah, diantara
‘The BrandLaureate Brand Personality Award’ pada tahun
2008.
Semoga sedikit perkongsian mengenai
tokoh pada kali ini dapat memberikan anda motivasi dan inspirasi untuk terus
berjaya, berjaya dan terus berjaya!
ROZITA IBRAHIM
model produk keluarannya, itu pun setelah
memastikan keberkesanannya menerusi pengalaman diri sendiri.
Beliau tidak pernah peduli apa kata orang lain. Yang penting adalah kepuasan pengguna produk Sendayu Tinggi yang hakikatnya telah mengangkat nama Rozita sebagai salah seorang jutawan kosmetik.
Sebab itu beliau tidak pernah berhenti menghasilkan yang terbaik. Rangkaian produk Sendayu Tinggi tidak terhad untuk kecantikan semata-mata. Bagi Rozita, cantik mesti seiring dengan sihat, justeru barisan produk Sendayu Tinggi mensasarkan kedua-duanya. Menariknya, biar pun telah ada rangkaian produk untuk mengatasi sesuatu masalah, Rozita tidak mahu berhenti setakat itu. Beliau sentiasa mahu penambahbaikan dan menjadikan penyelidikan sebagai asas kekuatan produk yang dihasilkannya.
Sebab itu biar pun Sendayu Tinggi telah mempunyai rangkaian produk pelangsingan badan misalnya, Rozita mahu melakukan penambahbaikan terutamanya apabila ada pelanggan yang tidak begitu sesuai menggunakan produk tersebut.
Untuk itu, Rozita sekali lagi menjadikan dirinya sebagai bahan eksperimen, kebetulan beliau mengalami masalah kegemukan selepas melahirkan anak kira-kira dua tahun lalu.
Berat badannya meningkat daripada 51 kilogram sehingga mencecah 72 kilogram.
‘‘Saya akui agak tertekan dan mengalami pelbagai masalah termasuk sukar berdiri selepas bangun tidur, sakit tumit, sakit otot dan malas bergerak.
‘‘Anak sulung saya yang juga Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi berseloroh agar saya kurus semula demi kesihatan dan demi jenama Sendayu Tinggi,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Biar pun nada berseloroh tetapi Noorhayati Kamaruzaman hakikatnya serius mahu ibunya kembali kurus. Beliau bimbang ibunya mengalami penyakit, selain kecantikan pengasas Sendayu Tinggi itu yang semakin tenggelam akibat masalah kegemukan, malah wajah Rozita juga kelihatan tua.
‘‘Bila gemuk bukan sahaja pipi kembang, hidung pun ikut kembang sekali. Hilang seri awet muda,’’ katanya. Sejak itu pelbagai usaha dibuat termasuk menjaga pemakanan namun usahanya selama setahun tidak membuahkan hasil.
Hasil penyelidikan Rozita dan anaknya, serta lawatan ke pameran di luar negara membawa kepada penemuan ekstrak seperti Garnicia Cambogia serta Citrus Aurantium yang sangat bagus dalam membantu proses menurunkan berat badan.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau mencuba satu formulasi daripada ekstrak tersebut dan hasilnya ternyata memberangsangkan.
‘‘Dua bulan pertama berat saya turun sebanyak 2 kilogram. Sememangnya saya sangat teruja dan pada masa yang sama mengekalkan amalan diet antara lain mengelak makanan sayuran dari pucuk, kekacang dan lain-lain,’’ katanya.
Daripada itu lahirlah minuman pelangsingan Bio Triple Slym berasaskan herba yang membantu mengurangkan selera dan menawarkan kesan tiga kali ganda lebih cepat.
‘‘Istimewanya minuman ini turut membekalkan tenaga. Gabungan diet dan produk terbaru Sendayu Tinggi ini berat badan saya turun daripada 71 kilogram kepada 52 kilogram,’’ katanya.
Teruja berjaya meyarung baju-baju lama dan penampilan diri semakin jelita, Rozita mensasarkan berat badan 48 kilogram. Mahu berkongsi resipi tampil langsing, anggun dan sihat dengan mereka yang peka kesihatan diri, Bio Triple Slym ditawarkan pada harga hanya RM44.
Beliau tidak pernah peduli apa kata orang lain. Yang penting adalah kepuasan pengguna produk Sendayu Tinggi yang hakikatnya telah mengangkat nama Rozita sebagai salah seorang jutawan kosmetik.
Sebab itu beliau tidak pernah berhenti menghasilkan yang terbaik. Rangkaian produk Sendayu Tinggi tidak terhad untuk kecantikan semata-mata. Bagi Rozita, cantik mesti seiring dengan sihat, justeru barisan produk Sendayu Tinggi mensasarkan kedua-duanya. Menariknya, biar pun telah ada rangkaian produk untuk mengatasi sesuatu masalah, Rozita tidak mahu berhenti setakat itu. Beliau sentiasa mahu penambahbaikan dan menjadikan penyelidikan sebagai asas kekuatan produk yang dihasilkannya.
Sebab itu biar pun Sendayu Tinggi telah mempunyai rangkaian produk pelangsingan badan misalnya, Rozita mahu melakukan penambahbaikan terutamanya apabila ada pelanggan yang tidak begitu sesuai menggunakan produk tersebut.
Untuk itu, Rozita sekali lagi menjadikan dirinya sebagai bahan eksperimen, kebetulan beliau mengalami masalah kegemukan selepas melahirkan anak kira-kira dua tahun lalu.
Berat badannya meningkat daripada 51 kilogram sehingga mencecah 72 kilogram.
‘‘Saya akui agak tertekan dan mengalami pelbagai masalah termasuk sukar berdiri selepas bangun tidur, sakit tumit, sakit otot dan malas bergerak.
‘‘Anak sulung saya yang juga Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi berseloroh agar saya kurus semula demi kesihatan dan demi jenama Sendayu Tinggi,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Biar pun nada berseloroh tetapi Noorhayati Kamaruzaman hakikatnya serius mahu ibunya kembali kurus. Beliau bimbang ibunya mengalami penyakit, selain kecantikan pengasas Sendayu Tinggi itu yang semakin tenggelam akibat masalah kegemukan, malah wajah Rozita juga kelihatan tua.
‘‘Bila gemuk bukan sahaja pipi kembang, hidung pun ikut kembang sekali. Hilang seri awet muda,’’ katanya. Sejak itu pelbagai usaha dibuat termasuk menjaga pemakanan namun usahanya selama setahun tidak membuahkan hasil.
Hasil penyelidikan Rozita dan anaknya, serta lawatan ke pameran di luar negara membawa kepada penemuan ekstrak seperti Garnicia Cambogia serta Citrus Aurantium yang sangat bagus dalam membantu proses menurunkan berat badan.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau mencuba satu formulasi daripada ekstrak tersebut dan hasilnya ternyata memberangsangkan.
‘‘Dua bulan pertama berat saya turun sebanyak 2 kilogram. Sememangnya saya sangat teruja dan pada masa yang sama mengekalkan amalan diet antara lain mengelak makanan sayuran dari pucuk, kekacang dan lain-lain,’’ katanya.
Daripada itu lahirlah minuman pelangsingan Bio Triple Slym berasaskan herba yang membantu mengurangkan selera dan menawarkan kesan tiga kali ganda lebih cepat.
‘‘Istimewanya minuman ini turut membekalkan tenaga. Gabungan diet dan produk terbaru Sendayu Tinggi ini berat badan saya turun daripada 71 kilogram kepada 52 kilogram,’’ katanya.
Teruja berjaya meyarung baju-baju lama dan penampilan diri semakin jelita, Rozita mensasarkan berat badan 48 kilogram. Mahu berkongsi resipi tampil langsing, anggun dan sihat dengan mereka yang peka kesihatan diri, Bio Triple Slym ditawarkan pada harga hanya RM44.
Selain itu,
beliau turut memperkenalkan Lempoyang Heat Cream iaitu minyak panas
yang memberikan kesan panas sehingga
24 jam untuk kelegaan sakit-sakit sendi, menghilangkan perut buncit selepas
bersalin, mengurangkan lemak dan ketidakselesaan badan. Tentunya lempoyang
menawarkan keistimewaan tersendiri berdasarkan kajian yang telah dibuat.
Kedua-dua produk terkini itu melengkapkan set pelansingan awal iaitu Lucimax,
Garlic Plus dan Slimmertique ang sehingga kini bertahan di
pasaran.
Sumber :
http://anizyn.blogspot.com/2011/09/rahsia-langsing-rozita-ibrahim-sendayu.html
Pn Zawati Bte Ibrahim
Pengusaha Perabot Jatimas Asia
Sumber : majalah wanita , november 2011

.jpg)

