1. EUREKA
Pada minggu ke-4 kami
telah diberi tugas menjalankan aktiviti mereka bentuk sesuatu benda baru dimana kami
menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
Di dalam aktiviti EUREKA ini,kami
diarahkan untuk memilih barang-barang terpakai yang tidak digunakan lagi untuk mereka
bentuk satu produk yang berpandukan pemikiran blue ocean strategy dimana perlu mereka bentuk sesuatu benda baru yang
dijangka boleh dicipta pada masa akan datang mengikut arus pmbangunan teknologi
yang semakin canggih dan terkini.
Kami telah membawa beberapa jenis barang terpakai, dan bekas silinder Pringles telah dipilih oleh pensyarah sebagai barang utama bagi mencipta
produk tersebut. Mengikut arahan yang diberi, hanya dua jenis barang sampingan
di kawasan sekitar sahaja yang boleh diambil sebagai kelengkapan untuk menyelesaikan aktiviti ini. Barang tersebut ialah botol minuman bersaiz kecil dan bekas makanan plastik.Dengan kreativiti ahli kumpulan,
kami telah mencipta mesin penyedut serangga yang boleh menyedut beberapa jenis serangga perosak seperti nyamuk,lipas,lalat dan sebagainya. Alat ini diberi nama Penyedut Serangga Serbaguna.(PSS)
PSS ini dicipta adalah untuk
kegunaan para suri rumah/peniaga.pengembara atau sesiapa sahaja yang mempunyai masalah dengan gangguan serangga.
Dilengkapi dengan kuasa vakum sederhana tinggi,alat ini sangat berkesan menyedut masuk serangga merosakkan yang memberi masalah kekotoran,kerosakan dan menyebarkan penyakit.Bagi pengembara,tiada lagi gigitan serangga berbisa serta gigitan nyamuk dengan adanya alat ini. Dengan hanya membawanya atau menggantungnya pada beg, ia memerangkap masuk serangga dengan mudah di dalam radius sekitar 5-7meter dari jarak pengguna.
Terdapat fungsi elektronik pada alat ini seperti navigasi tahap sedutan serta navigasi bateri.Bateri yang dibekalkan adalah jenis Nickel-Cadmium(NiCd) yang boleh dicas semula menggunakan adaptor AC 12V. Diperbuat dari titanium,badannya juga sangat tegar tetapi ringan.Oleh itu ia sangat mudah alih dan fleksibel untuk dibawa kemana mana.

Peralatan ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar yang terpilih dan dibekalkan dengan jaminan kilang 1 tahun.Bagi golongan pengembara,selain dari membeli,terdapat beberapa kawasan terpilih diseluruh negara menawarkan perkhidmatan sewa untuk alat ini.Antara tempat pelancongan/rekreasi pertama yang dijangka bakal mengambil bahagian adalah Jabatan Perhilitan,JabatanTaman Negara,Perbadanan Royal Belum Rainforest, serta Perbadanan Gua Niah Rainforest.Harga pengenalan yang
ditawarkan amat kompetitif dan berpatutan iaitu sekitar RM149.90.dan kadar sewa yang dikenakan mampu untuk dibayar
oleh pelanggan.
Dengan
terciptanya PSS ini, satu faktor yang tidak dapat disangkal ialah ia sangat mesra alam kerana secara tidak langsung memberi saingan besar kepada kaedah lama semburan racun serangga yang bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan manusia,tetapi juga mengandungi CFC,iaitu penipis lapisan ozon yang memberi kesan buruk terhadap peningkatan suhu global. Dengan PSS,dunia mungkin dapat merealisasikan slogan 'say no to CFC' serta menyemarakkan sifat mencintai alam semula jadi.
Video pembentangan produk yang dihasilkan kumpulan kami
Penyedut Serangga Serbaguna (PSS)





