MARA lulus pembiayaan RM1.83 bilion
40,014 usahawan Bumiputera dapat bantuan sepanjang RMKe-9
MARA meluluskan pembiayaan perniagaan berjumlah RM1.83 bilion kepada 40,014 usahawan Bumiputera pelbagai sektor sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) setakat Julai lalu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Muhamad, berkata sektor pemborongan membabitkan kontraktor kelas E, F dan D yang melaksanakan projek kerajaan adalah penerima pembiayaan tertinggi iaitu 40 peratus daripada jumlah peminjam dan 60 peratus daripada jumlah pembiayaan diluluskan.
Katanya, sektor perdagangan pula meliputi 15.3 peratus daripada jumlah pembiayaan diluluskan diikuti sektor perkhidmatan (13.3 peratus); pengangkutan (4.2 peratus), pertanian (3.9 peratus) dan pembuatan (tiga peratus).
"Menerusi kajian impak yang dijalankan, menunjukkan 64 peratus peminjam berjaya meningkatkan pendapatan perniagaan mereka menerusi akses kemudahan pembiayaan disediakan MARA.
Manakala 17.7 peratus lagi didapati gagal dan terpaksa menutup operasi ekoran pelbagai sebab termasuk kurang daya tahan dan tidak berdaya saing, katanya kepada Berita Harian dalam satu temubual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Di bawah RMKe-9, beliau berkata MARA menerima peruntukan sebanyak RM460 juta bagi melaksanakan Program Pembiayaan Perniagaan bagi enam sektor perniagaan kepada usahawan Bumiputera, dengan had pinjaman maksimum sehingga RM500,000.
Kemudahan pembiayaan itu disalurkan menerusi tiga skim dikendalikan agensi itu iaitu Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan, Skim Pembiayaan Kontrak dan Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM).
Ibrahim berkata, MARA sentiasa komited untuk membangunkan usahawan Bumiputera berkualiti berteraskan pengetahuan, inovasi dan kreativiti menerusi program latihan keusahawanan dan khidmat nasihat perniagaan berterusan.
"MARA kini meneroka industri berimpak tinggi bagi menjana pendapatan tinggi dan meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasaran iaitu usahawan tekno seperti teknologi marin, bioteknologi, teknologi hijau, fotonik dan industri kreatif," katanya.
Bagi membantu dan memberi peluang usahawan Bumiputera berniaga, katanya MARA juga menyediakan lot ruang niaga untuk disewakan termasuk membeli lot komersial di beberapa pusat membeli belah utama.
Katanya, MARA setakat ini telah membeli 106 unit lot komersial, tetapi bilangan itu masih kecil jika dibandingkan dengan permintaan usahawan yang begitu tinggi.
"MARA juga membina dan membeli kompleks perniagaan supaya lebih ramai usahawan Bumiputera dapat berniaga dalam kompleks sejajar dengan perkembangan industri peruncitan dan perkhidmatan masa ini," katanya sambil menambah MARA kini mempunyai 26 bangunan kompleks perniagaan di bandar utama seluruh negara dengan 1,385 ruang niaga.
Secara keseluruhannya, Ibrahim berkata MARA ketika ini mempunyai 431 bangunan perniagaan dengan 6,674 ruang niaga yang turut meliputi kompleks industri, arked, bazar, bengkel, medan selera dan bistro.

sumber : http://www.bharian.com.my/articles/MARAluluspembiayaanRM1_83bilion/Article/
2.0
AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) ditubuhkan pada 17 September 1987 secara bersama oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), kerajaan Selangor serta disokong kuat Pusat Pembangunan Asia Pasifik.
Agensi ditubuhkan melalui Suratcara Perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia serta didaftarkan mengikut Akta Amanah 1952 (pindaan 1981) (Akta 258) itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan, yang secara langsung membantu mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan cara pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar.
Pembiayaan khusus untuk golongan miskin di kawasan luar bandar itu membantu mereka melakukan sebarang kegiatan perniagaan bagi menambah pendapatan sampingan.
Penubuhan ini juga bertitik tolak daripada idea Pensyarah Ekonomi Universiti Chittagong di Bangladesh, Prof Muhamad Yunus yang memperkenalkan kredit mikro dalam membasmi kemiskinan di negara itu pada 1976 yang kemudian berkembang ke seluruh dunia.
Muhamad Yunus dalam kajiannya mendapati, pembabitan golongan miskin dengan dunia perbankan sangat kurang. Ini berikutan mereka kekurangan modal dan sukar meningkatkan taraf hidup jika hanya bergantung kepada pendapatan harian.
Beliau kemudian mengetengahkan idea untuk memberi sumbangan berbentuk modal kepada golongan itu bagi memberi mereka peluang menambah pendapatan.
Idea ini diambil Pusat Penyelidikan Dasar (PPD) USM ketika itu untuk mendapatkan maklumat berkaitan serta menguji Pendekatan Bank Grameen (PBG) dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar yang ketika itu begitu tinggi dengan cara memberi hak kredit mikro kepada golongan miskin.
Projek perintis AIM yang dikenali sebagai Projek Ikhtiar ialah di kawasan barat laut Selangor merangkumi Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam dan Sungai Besar pada 1987.
Keputusannya dua tahun kemudian mendapati kadar bayaran balik di kalangan peminjam atau Sahabat AIM wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Sebanyak 92 peratus Sahabat AIM wanita berjaya membayar balik pinjaman itu berbanding 78 peratus lelaki.
Faktor ini membuatkan AIM membuat keputusan memberi fokus kepada wanita sebagai syarat menjadi Sahabat AIM dan menyertai Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI) atau pinjaman modal untuk perniagaan.
sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitalebihmampubayarbalikpinjaman/Article/artikelMA
3.0
Dana siswazah terbuka untuk usahawan muda (Berita Harian-Bisnes, 3 September 2012)
sumber :berita harian , 3 september
4.0
sumber : http://www.punb.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=278&lang=ms
7.0
Namun kebelakangan ini timbul persepsi mengenai kesukaran mendapatkan pinjaman dan bantuan daripada kedua-dua agensi itu sehingga ada yang membuat tuduhan nakal bahawa kerajaan tiada duit.
Bagaimanapun, tuduhan yang dibuat tidak semestinya benar. Buktinya pada 2011, lebih RM440 juta pembiayaan perniagaan diluluskan Mara membabitkan 5,188 peminjam.
Malah menurut Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara, Mohd. Rosdi Ismail, sehingga 31 Mac lalu, seramai 1,140 peminjam telah menerima manfaat daripada kelulusan berjumlah RM99,634,700 tahun ini.
"Pada masa ini, skim pembiayaan Mara masih dapat meneruskan agenda membantu usahawan Bumiputera untuk meningkatkan perniagaan.
"Tidak sekadar membantu dari segi kewangan, Mara dalam pada itu turut mempunyai program latihan keusahawanan. Justeru, bagi mereka yang memerlukan modal besar atau latihan secukupnya, anda boleh mendapatkan nasihat melalui Pejabat Mara Daerah (PMD)," katanya.
Beliau mengulas isu modal serta kemahiran yang sering dihadapi usahawan Melayu dan bumiputera dalam industri telekomunikasi.
Bagi individu yang terlibat dalam industri berteknologi termasuk telekomunikasi, Mara turut menyediakan program dikenali sebagai program pembangunan teknousahawan.
"Teknousahawan adalah bidang keusahawanan yang mengaplikasikan dan menggunakan kepakaran teknologi dalam pengeluaran produk, perkhidmatan, pengurusan perniagaan dan membuat keputusan berkaitan perniagaan," katanya.
Tambah beliau, objektif program ini adalah ke arah peningkatan dan pengukuhan teknousahawan sebagai peneraju atau pemain industri yang mampu menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara (GDP) negara oleh PKS bumiputera," ujarnya.
Dalam pada itu, Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat, Khidmat Pelanggan dan Pemasaran Tekun, Nooraida Ismail memaklumkan, sejak ditubuhkan pada 1998, sebanyak 210,000 peminjam telah mendapat manfaat dari program yang diperkenalkan dengan jumlah keseluruhan mencecah RM2 bilion.
"Peruntukan yang diberikan kerajaan kepada TEKUN telah ditambah kepada RM300 juta berbanding hanya RM120 juta pada tahun lalu. Tentunya, ia mampu memberi lebih manfaat kepada Melayu dan bumiputera,'' katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20120802/lk_03/Mara-TEKUN-mampu-bantu-Melayu-dan-bumiputera#ixzz2GSWsqaBY
© Utusan Melayu (M) Bhd
8.0
TUARAN : Kerajaan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan sentiasa membantu mengatasi masalah rakyat terutama mereka yang terlibat dalam sektor usahawan dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu meningkatkan sosio ekonomi mereka.
Beliau berkata demikian pada Program Siok Bah 1Malaysia Peringkat Daerah Tuaran bertempat di Dewan Sri Sulaman, di sini, petang kelmarin.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20120525/wt_06/Manfaatkan-peluang-biayai-perniagaan-oleh-Mara#ixzz2GSXkgMDg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Agensi ditubuhkan melalui Suratcara Perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia serta didaftarkan mengikut Akta Amanah 1952 (pindaan 1981) (Akta 258) itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan, yang secara langsung membantu mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan cara pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar.
Pembiayaan khusus untuk golongan miskin di kawasan luar bandar itu membantu mereka melakukan sebarang kegiatan perniagaan bagi menambah pendapatan sampingan.
Penubuhan ini juga bertitik tolak daripada idea Pensyarah Ekonomi Universiti Chittagong di Bangladesh, Prof Muhamad Yunus yang memperkenalkan kredit mikro dalam membasmi kemiskinan di negara itu pada 1976 yang kemudian berkembang ke seluruh dunia.
Muhamad Yunus dalam kajiannya mendapati, pembabitan golongan miskin dengan dunia perbankan sangat kurang. Ini berikutan mereka kekurangan modal dan sukar meningkatkan taraf hidup jika hanya bergantung kepada pendapatan harian.
Beliau kemudian mengetengahkan idea untuk memberi sumbangan berbentuk modal kepada golongan itu bagi memberi mereka peluang menambah pendapatan.
Idea ini diambil Pusat Penyelidikan Dasar (PPD) USM ketika itu untuk mendapatkan maklumat berkaitan serta menguji Pendekatan Bank Grameen (PBG) dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar yang ketika itu begitu tinggi dengan cara memberi hak kredit mikro kepada golongan miskin.
Projek perintis AIM yang dikenali sebagai Projek Ikhtiar ialah di kawasan barat laut Selangor merangkumi Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam dan Sungai Besar pada 1987.
Keputusannya dua tahun kemudian mendapati kadar bayaran balik di kalangan peminjam atau Sahabat AIM wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Sebanyak 92 peratus Sahabat AIM wanita berjaya membayar balik pinjaman itu berbanding 78 peratus lelaki.
Faktor ini membuatkan AIM membuat keputusan memberi fokus kepada wanita sebagai syarat menjadi Sahabat AIM dan menyertai Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI) atau pinjaman modal untuk perniagaan.
sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitalebihmampubayarbalikpinjaman/Article/artikelMA
3.0
Dana siswazah terbuka untuk usahawan muda (Berita Harian-Bisnes, 3 September 2012)
Dana Skim Prosper Siswazah berjumlah RM10 juta yang dikendalikan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) kini mula ditawarkan secara terbuka kepada usahawan muda berusia 33 tahun ke bawah.
Skim berkenaan sebelum ini hanya ditawarkan kepada golongan siswazah dan pemegang sijil, tetapi kini diperluaskan skop pembiayaannya, sebagai antara inisiatif berterusan PUNB untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam peruncitan dan pengedaran.
Ketua Eksekutif PUNB, Dzulkifli Fadzilah, berkata Skim Prosper Siswazah diperkenalkan PUNB pada 2005 dengan sasaran melahirkan 1,500 usahawan berjaya dalam pelbagai sektor perniagaan, namun hanya 800 orang berjaya diwujudkan setakat ini.
Justeru, katanya skim berkenaan mula ditawarkan secara terbuka kepada usahawan muda sejak awal Ogos lalu bagi membolehkan lebih ramai usahawan muda mendapatkan bimbingan dan pembiayaan daripada PUNB bagi mengembangkan perniagaan.
“Wujudnya banyak peluang pekerjaan di pasaran serta program kerajaan seperti Skim Latihan 1Malayia (SLIM) menjadikan golongan muda kini bersedia untuk mengisi kekosongan pekerjaan di pasaran.

“Peranan PUNB di sini adalah membantu dan membimbing seberapa ramai golongan muda untuk menjadi usahawan terutama dalam bidang berpotensi. Ini kerana keusahawanan bukan bidang yang mudah kerana ia memerlukan kecekalan selain berdepan risiko,” katanya dalam satu pertemuan dengan BH di sini, baru-baru ini.
Dzulkifli berkata, Skim Prosper Siswazah kini dalam peringkat penjenamaan semula, dan saiz pembiayaan yang ditawarkan adalah daripada RM5,000 hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik dari lima hingga tujuh tahun.
Beliau berkata, tiada cagaran diperlukan, bagaimanapun peminjam perlu menyediakan sebanyak RM500 sebagai modal permulaan perniagaan.
“Berbeza dengan skim pembiayaan yang lain, usahawan tidak perlu menyediakan premis perniagaan sebaliknya boleh menjalankan perniagaan secara mudah alih atau dari rumah, yang mana mereka tidak perlu mengeluarkan modal perniagaan yang tinggi.
“Kami juga mahu menumpukan kepada pembangunan perniagaan yang berkaitan generasi muda menerusi e-dagang seperti media sosial, telekomunikasi dan pendidikan,” katanya.
Bagi usahawan yang mempunyai pengalaman lebih tiga tahun dan mempunyai rancangan mengembangkan perniagaan, katanya, had pinjaman mereka juga boleh ditingkatkan sehingga RM100,000 yang akan diperkenalkan kepada skim lain di bawah PUNB.
Dalam pada itu, Dzulkifli berkata PUNB yang menyasarkan pengeluaran pinjaman sebanyak RM200 juta tahun ini, sudah menyalurkan lebih RM94 juta bagi semua skim pembiayaan yang ditawarkannya setakat pertengahan tahun ini.
Beliau yakin, dana itu akan disalurkan sepenuhnya sebelum akhir tahun ini kerana permintaan yang kukuh terutama bagi usahawan dalam sektor peruncitan dan pemborongan yang mahu mengembangkan perniagaan.

PUNB cadang salur biaya RM230j
PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bercadang menyalurkan pembiayaan sehingga RM230 juta kepada usahawan Bumiputera tahun depan dengan sebahagian besar dana itu diperuntukkan bagi meningkatkan daya saing usahawan dalam sektor pemborongan dan peruncitan.
Ketua Eksekutifnya, Dzulkifli Fadzilah, berkata ia selaras dengan matlamat PUNB membangunkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi khususnya bagi bidang industri dan komersil, yang mana ketika ini pembabitan mereka dalam bidang itu masih lagi kecil.
Setakat ini, katanya PUNB telah menyalurkan pembiayaan kira-kira RM1.15 bilion kepada lebih 5,000 usahawan membabitkan 3,000 perniagaan, dengan sektor peruncitan dan pemborongan mewakili hampir 60 peratus daripada jumlah pembiayaan berkenaan.
“PUNB sememangnya memperuntukkan dana yang lebih besar bagi meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor peruncitan dan pemborongan yang saling berhubung kait, terutama dalam membantu memperluaskan rantaian bekalan perniagaan mereka,” katanya yang ditemui Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kini, dana pembiayaan PUNB disalurkan menerusi empat skim yang ditawarkannya iaitu Skim PROSPER Runcit, Skim Pemborong PROSPER, Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Skim PROSPER Siswazah, dengan tawaran pembiayaan dari RM5,000 sehingga RM5 juta, bergantung kepada skim yang dipohon.
Beliau berkata, PUNB setakat ini sudah menyalurkan pembiayaan kira-kira RM70 juta daripada RM135 juta yang diperuntukkan tahun ini, dengan sektor pemborongan dan peruncit menguasai kira-kira 60 peratus daripada pembiayaan berkenaan.
“Setakat ini, kami telah membantu kira-kira 500 perniagaan yang membabitkan pengeluaran purata pembiayaan kira-kira RM10 juta sebulan,” katanya PUNB mensasarkan bayaran balik pembiayaan sebanyak RM100 juta setahun bagi kesemua skim yang ditawarkan.
Mengenai pembelian hartanah untuk disewakan kepada usahawan, Dzulkifli berkata PUNB merancang membeli 45 unit premis terdiri daripada lot perniagaan dan kedai di lokasi strategik untuk disewakan kepada usahawan Bumiputera. Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada usahawan di bawah skim PUNB.
Katanya, untuk tujuan itu, PUNB bercadang melabur kira-kira RM45 juta untuk membeli lot perniagaan berpotensi di seluruh negara sebagai tambahan kepada 60 unit premis perniagaan yang dimiliki PUNB ketika ini.
“Kami akui terdapat ramai usahawan yang mahu menyewa lot perniagaan tetapi sukar untuk mendapatkan lokasi strategik ataupun berdepan dengan harga sewaan yang terlalu tinggi.
“Menerusi sewaan premis perniagaan ini, kami menawarkan kadar diskaun sebanyak 20 peratus untuk tempoh tiga tahun pertama mereka beroperasi, dan sekiranya mereka berdaya maju kami akan mempertimbangkan untuk menjual premis berkenaan kepada mereka,” katanya.
Antara unit hartanah PUNB untuk disewakan termasuk di Reko Sentral, Kajang; Kuantan Avenue Commercial Centre, Kuantan; Kinrara Straits One, Bandar Kinrara, Puchong; Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor dan Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23 di Shah Alam.

sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PUNBcadangsalurbiayaRM230j/Article/index_html
5.0
Dana RM30j bantu 150 usahawan
Program PROSPER TERAS tingkat daya saing sektor peruncitan, automotif
PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menyasar membantu hingga 150 usahawan dalam sektor peruncitan dan automotif mengubah penampilan perniagaan dan meningkatkan daya saing menerusi program PROSPER Transformasi Peruncitan Bumiputera (TERAS), dalam tempoh setahun ini.
Ketua Eksekutifnya, Dzulkifli Fadzilah, berkata program dijalankan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) itu memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta bagi program memodenkan kedai runcit dan bengkel kenderaan sedia ada.
Katanya, program itu bertujuan membantu menaik taraf peruncit dan pengusaha bengkel Bumiputera yang beroperasi sekurang-kurangnya setahun bagi mewujudkan operasi dan pengurusan perniagaan lebih teratur serta ubah suai.
“PROSPER TERAS ini dilancarkan pada 20 Julai lalu, iaitu skim kecil menerusi program Projek Usahawan Bumiputra Dalam Bidang Peruncitan (PROSPER) yang ditawarkan PUNB. Bagaimanapun, skim pembiayaan ini lebih menumpukan kepada sektor runcit dan automotif.
“Menerusi program ini, PUNB akan memberikan khidmat nasihat dan pemantauan yang berterusan termasuk bagi rangkaian pembekalan produk mereka bagi memastikan mereka benar-benar mengamalkan operasi perniagaan teratur,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bagi program PROSPER TERAS, Dzulkifli berkata, PUNB memperuntukkan pembiayaan berjumlah RM20 juta bagi sektor automotif dengan matlamat membantu 100 usahawan, manakala RM10 juta bagi sektor peruncitan bagi 50 usahawan kedai runcit.
Katanya, pembiayaan yang disediakan adalah dari RM50,000 hingga maksimum RM500,000 dengan tempoh bayaran balik dari dua hingga tujuh tahun. Bagaimanapun, peminjam perlu menyediakan modal sekurang-kurangnya 10 peratus dari jumlah kos projek.
“Mereka yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan tinggi serta mempunyai daya perniagaan berdaya maju boleh memohon kepada PUNB untuk menyertai program PROSPER TERAS ini,” katanya.
Beliau berkata, bagi PROSPER TERAS, PUNB akan bekerjasama dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) bagi menaik taraf pasar mini dan kedai runcit di seluruh negara mengguna pakai konsep perniagaan Mydin, termasuk dari segi susun atur produk keseragaman jenama dan pengurusan lebih sistematik.
“Selain itu, PUNB juga akan memastikan usahawan mendapatkan bekalan produk daripada Mydin secara berterusan bagi memastikan kesinambungan perniagaan dan rantaian bekalan mereka terus dipelihara di samping meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.
PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menyasar membantu hingga 150 usahawan dalam sektor peruncitan dan automotif mengubah penampilan perniagaan dan meningkatkan daya saing menerusi program PROSPER Transformasi Peruncitan Bumiputera (TERAS), dalam tempoh setahun ini.
Katanya, program itu bertujuan membantu menaik taraf peruncit dan pengusaha bengkel Bumiputera yang beroperasi sekurang-kurangnya setahun bagi mewujudkan operasi dan pengurusan perniagaan lebih teratur serta ubah suai.
“PROSPER TERAS ini dilancarkan pada 20 Julai lalu, iaitu skim kecil menerusi program Projek Usahawan Bumiputra Dalam Bidang Peruncitan (PROSPER) yang ditawarkan PUNB. Bagaimanapun, skim pembiayaan ini lebih menumpukan kepada sektor runcit dan automotif.
“Menerusi program ini, PUNB akan memberikan khidmat nasihat dan pemantauan yang berterusan termasuk bagi rangkaian pembekalan produk mereka bagi memastikan mereka benar-benar mengamalkan operasi perniagaan teratur,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bagi program PROSPER TERAS, Dzulkifli berkata, PUNB memperuntukkan pembiayaan berjumlah RM20 juta bagi sektor automotif dengan matlamat membantu 100 usahawan, manakala RM10 juta bagi sektor peruncitan bagi 50 usahawan kedai runcit.
Katanya, pembiayaan yang disediakan adalah dari RM50,000 hingga maksimum RM500,000 dengan tempoh bayaran balik dari dua hingga tujuh tahun. Bagaimanapun, peminjam perlu menyediakan modal sekurang-kurangnya 10 peratus dari jumlah kos projek.
“Mereka yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan tinggi serta mempunyai daya perniagaan berdaya maju boleh memohon kepada PUNB untuk menyertai program PROSPER TERAS ini,” katanya.
Beliau berkata, bagi PROSPER TERAS, PUNB akan bekerjasama dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) bagi menaik taraf pasar mini dan kedai runcit di seluruh negara mengguna pakai konsep perniagaan Mydin, termasuk dari segi susun atur produk keseragaman jenama dan pengurusan lebih sistematik.
“Selain itu, PUNB juga akan memastikan usahawan mendapatkan bekalan produk daripada Mydin secara berterusan bagi memastikan kesinambungan perniagaan dan rantaian bekalan mereka terus dipelihara di samping meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.
sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DanaRM30jbantu150usahawan/Article/
6.0
PUNB Tawar Pembiayaan Usahawan Bidang Kemahiran (Berita Harian, 14 Mac 2009)
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan melancarkan Pakej Keusahawan Pemegang Sijil Kemahiran di bawah Skim Prosper Siswazah esok sejajar usahanya meningkatkan penyertaan usahawan muda Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata menerusi skim itu, PUNB memperluaskan skop pemberian pembiayaannya meliputi pemegang sijil kemahiran institusi latihan diiktiraf, berbanding sebelum ini yang hanya dibuka kepada siswazah sekurang-kurangnya peringkat diploma.
Beliau berkata, sebagai permulaan, PUNB akan membuka peluang pembiayaan di bawah skim itu kepada pemegang sijil teknikal dalam bidang berkaitan elektrik dan elektronik selain mekanikal, automotif serta fabrikasi.
"Bagi mendapatkan kemudahan pinjaman ini, pemohon hanya perlu menyediakan modal minimum RM500," katanya sambil menambah Pakej Keusahawan Pemegang Sijil Kemahiran itu akan dilancarkan Menteri Kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Butterworth.
Mohd Nasir berkata, Pakej Keusahawan Pemegang Sijil Kemahiran di bawah Skim Prosper Siswazah itu adalah bagi mendorong, membimbing dan membangunkan usahawan Bumiputera menceburi bidang perniagaan khususnya
peruncitan dan pengedaran.
Katanya, ia terbahagi kepada dua pakej pinjaman iaitu Pakej A daripada RM5,000 hingga RM50,000 bagi tempoh bayaran balik antara tiga hingga tujuh tahun dan pakej B, daripada RM50,001 hingga RM100,000 dengan tempoh pembayaran balik dari lima hingga tujuh tahun.
Sementara itu, beliau berkata, sehingga tahun lalu, PUNB telah menyalurkan pinjaman berjumlah RM12.5 juta kepada 353 usahawan di seluruh negara menerusi Skim Prosper Siswazah.

Mara, TEKUN mampu bantu Melayu dan bumiputera
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Dalam kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera, Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sememangnya menjadi 'lubuk' untuk mendapatkan bantuan bagi memulakan atau memperkukuhkan perniagaan.Namun kebelakangan ini timbul persepsi mengenai kesukaran mendapatkan pinjaman dan bantuan daripada kedua-dua agensi itu sehingga ada yang membuat tuduhan nakal bahawa kerajaan tiada duit.
Bagaimanapun, tuduhan yang dibuat tidak semestinya benar. Buktinya pada 2011, lebih RM440 juta pembiayaan perniagaan diluluskan Mara membabitkan 5,188 peminjam.
Malah menurut Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara, Mohd. Rosdi Ismail, sehingga 31 Mac lalu, seramai 1,140 peminjam telah menerima manfaat daripada kelulusan berjumlah RM99,634,700 tahun ini.
"Pada masa ini, skim pembiayaan Mara masih dapat meneruskan agenda membantu usahawan Bumiputera untuk meningkatkan perniagaan.
"Tidak sekadar membantu dari segi kewangan, Mara dalam pada itu turut mempunyai program latihan keusahawanan. Justeru, bagi mereka yang memerlukan modal besar atau latihan secukupnya, anda boleh mendapatkan nasihat melalui Pejabat Mara Daerah (PMD)," katanya.
Beliau mengulas isu modal serta kemahiran yang sering dihadapi usahawan Melayu dan bumiputera dalam industri telekomunikasi.
Bagi individu yang terlibat dalam industri berteknologi termasuk telekomunikasi, Mara turut menyediakan program dikenali sebagai program pembangunan teknousahawan.
"Teknousahawan adalah bidang keusahawanan yang mengaplikasikan dan menggunakan kepakaran teknologi dalam pengeluaran produk, perkhidmatan, pengurusan perniagaan dan membuat keputusan berkaitan perniagaan," katanya.
Tambah beliau, objektif program ini adalah ke arah peningkatan dan pengukuhan teknousahawan sebagai peneraju atau pemain industri yang mampu menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara (GDP) negara oleh PKS bumiputera," ujarnya.
Dalam pada itu, Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat, Khidmat Pelanggan dan Pemasaran Tekun, Nooraida Ismail memaklumkan, sejak ditubuhkan pada 1998, sebanyak 210,000 peminjam telah mendapat manfaat dari program yang diperkenalkan dengan jumlah keseluruhan mencecah RM2 bilion.
"Peruntukan yang diberikan kerajaan kepada TEKUN telah ditambah kepada RM300 juta berbanding hanya RM120 juta pada tahun lalu. Tentunya, ia mampu memberi lebih manfaat kepada Melayu dan bumiputera,'' katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20120802/lk_03/Mara-TEKUN-mampu-bantu-Melayu-dan-bumiputera#ixzz2GSWsqaBY
© Utusan Melayu (M) Bhd
8.0
KERAJAAN SENTIASA BANTU RAKYAT : HAJIJI
TUARAN : Kerajaan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan sentiasa membantu mengatasi masalah rakyat terutama mereka yang terlibat dalam sektor usahawan dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu meningkatkan sosio ekonomi mereka.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor berkata, pelbagai bimbingan serta pembiayaan modal turut disediakan oleh majlis berkenaan bagi membantu rakyat dalam meningkatkan pendapatan khususnya bagi mereka yang mengusahakan perniagaan kecil dan sederhana (PKS).
Katanya, usaha yang dibuat oleh MARA mampu mewujudkan usahawan berjaya dan inovatif serta mampu mentransformasikan minda usahawan yang lebih berdaya saing, mantap dan lebih kreatif apabila berhadapan dengan persaingan global.
“ Usaha ini akan mendedahkan para usahawan tentang kaedah yang lebih berkesan dan berdaya maju dalam perniagaan tanpa terikat dengan kaedah lama serta sentiasa merebut peluang ekonomi dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Hajiji (tengah) turut menyampaikan Mok Cek kepada salah seorang
wakil penerima Pembiayaan Usahawan Kecil Dinamik pada majlis
tersebut.
wakil penerima Pembiayaan Usahawan Kecil Dinamik pada majlis
tersebut.
Beliau berkata demikian pada Program Siok Bah 1Malaysia Peringkat Daerah Tuaran bertempat di Dewan Sri Sulaman, di sini, petang kelmarin.
Menurut beliau, pembiayaan perniagaan sehingga RM500 ribu selain bimbingan oleh MARA juga antara inisiatif kerajaan bagi membantu mereka yang kekurangan modal bagi memulakan atau meningkatkan lagi perniagaan mereka.
“Pembiayaan ini diharap dapat membantu mereka yang memerlukan dengan harapan supaya sosio ekonomi usahawan ini akan dapat ditingkatkan,”katanya.
Program sehari anjuran Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA)dan Komuniti 1Malaysia Daerah Tuaran itu turut diserikan dengan pelbagai acara antaranya Pertandingan Karaoke 1Malaysia, Pameran, Taklimat dan Persembahan Pentarama.
Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Haji Saprin;Timbalan Pengarah MARA Negeri Sabah, Zulkarnain Zakaria dan Pegawai Daerah Tuaran, Madiyem Layapan.
sumber : http://e-sabahdaily.com/bm/berita/2012/11/25/kerajaan-sentiasa-bantu-rakyat-hajiji/
9.0
Manfaatkan peluang biayai perniagaan oleh Mara
KOTA BHARU 24 Mei - Rakyat Kelantan terutama usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) diminta memanfaatkan peluang pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di negeri ini bagi memperkembangkan lagi perniagaan mereka.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata, kerajaan Pusat melalui Mara memperuntukkan RM34 juta tahun ini untuk tujuan tersebut, justeru peluang itu perlu direbut.
"Peluang ini mesti direbut kerana ia adalah wang yang disediakan bagi membantu mereka dalam perniagaan dan ia disampaikan melalui beberapa skim yang diwujudkan.
"Bagi pengusaha kecil-kecilan mereka boleh memohon pembiayaan sehingga RM20,000 manakala bagi pembiayaan kontrak ekspres jumlahnya boleh mencecah RM500,000," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Jaringan Usahawan Muda (Young Meet Young 2012) di bangunan Mara, di sini hari ini.
Menurut Hassan, sebanyak RM28 juta diperuntukkan sepanjang tahun lalu dan kesemuanya telah diberikan kepada usahawan-usahawan yang memohon.
Jelasnya, dana yang disediakan itu agak banyak berbanding negeri-negeri lain kerana penduduk Kelantan terkenal dengan budaya perniagaan mereka.
Sementara itu, program Young Meet Young 2012 yang dianjurkan selama sehari itu adalah hasil kerjasama SME Corp., Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) dan Koperasi Usahawan Veteran Kelantan.
Program itu merupakan satu landasan bagi usahawan-usahawan muda daripada kategori IKS yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang mendapat maklumat tentang peluang perniagaan, pembiayaan kewangan, pemasaran dan pembangunan kapasiti yang banyak ditawarkan di negara ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20120525/wt_06/Manfaatkan-peluang-biayai-perniagaan-oleh-Mara#ixzz2GSXkgMDg
© Utusan Melayu (M) Bhd
10
Dana Khas RM50 Juta Untuk Usahawan Kecil
KUALA TERENGGANU: Kerajaan menyediakan dana khas berjumlah RM50 juta bagi melaksanakan program usahawan kecil (UK) dinamik yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 1,000 usahawan dan penjaja kecil di seluruh negara.
Pengerusi Mara Datuk Seri Idris Jusoh berkata penyaluran dana khas tersebut diyakini dapat melahirkan usahawan dan penjaja kecil berwibawa dan berjaya.
"UK Dinamik merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penjaja dan peniaga kecil," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian seminar UK Dinamik Mara Terengganu, Rabu.
Turut hadir Pengarah Mara negeri Abdullah Mohamad.
Idris berkata program UK Dinamik juga adalah salah satu mekanisme Mara untuk mencipta kekayaan Bumiputera dan golongan usahawan kecil perlu mempunyai iltizam untuk memajukan perniagaan mereka sendiri.
"Kita menyedari dan banyak menerima sungutan penjaja kecil yang menghadapi kekangan akses kepada modal, kesukaran mendapat lokasi perniagaan dan sebagainya," katanya.
Namun melalui program UK Dinamik, Mara melihat wujudnya kerjasama daripada pelbagai pihak untuk memajukan usahawan seperti badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penjaja dan Mara.
Idris berkata apa yang penting adalah meningkatkan lagi persefahaman serta berusaha untuk mengembangkan perniagaan supaya dapat membawa usahawan ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau berkata UK Dinamik mengeluarkan pinjaman tidak lebih RM10,000 dan usahawan perlu membayar balik pinjaman mereka dalam tempoh dua tahun.
Katanya pada tahun lepas, Mara telah meluluskan sebanyak 5,435 permohonan pembiayaan perniagaan dengan nilai sebanyak RM440 juta.
Ia melibatkan skim peningkatan pembiayaan perniagaan sebanyak 1,219 permohonan, skim pembiayaan kontrak eskpres (4,097) dan skim jaminan usahawan Mara (47).
Abdullah pula berkata sejumlah RM1.05 juta diperuntukan kepada Mara Terengganu untuk pembiayaan UK Dinamik kepada 135 orang usahawan yang terdiri daripada penjaja kecil.
Beliau berkata tahun lepas Mara Terengganu telah meluluskan pinjaman perniagaan kepada 362 usahawan yang melibatkan RM30.9 juta. - BERNAMA
Sumber :http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2012/2/22/mstar_berita/20120222151615