ANI SUP UTARA
Little Cash (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada 13 Jun 2005 dan telah
didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Little Cash
(M) Sdn Bhd merupakan syarikat yang menguruskan rangkaian restoran Ani Sup Utara yang kini telah berjumlah lebih 25 buah
restoran di seluruh Malaysia.
Restoran Ani Sup Utara memulakan operasi pada 01 Julai 2003 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tulang belakang perniagaan pada ketika itu adalah pengasasnya sendiri iaitu Allahyarham Encik Hasanuddin bin Ibrahim dan Puan Rohani binti Abu.
Restoran Ani Sup Utara memulakan operasi pada 01 Julai 2003 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tulang belakang perniagaan pada ketika itu adalah pengasasnya sendiri iaitu Allahyarham Encik Hasanuddin bin Ibrahim dan Puan Rohani binti Abu.
Pada awalnya tidak ada cadangan untuk menambah cawangan restoran tetapi
melihat kepada penerimaan pelanggan yang terlalu hebat, Encik Hasanuddin
mencadangkan pada ketika itu untuk menambah cawangan dan menanam wawasan untuk
membina satu rangkaian restoran melayu yang terbesar di Malaysia.
Melihat kepada prestasi syarikat yang semakin baik, Allahyarham Encik
Hasanuddin telah mengambil keputusan untuk meletakkan Little Cash (M) Sdn Bhd
sebagai syarikat pengurusan rangkaian restoran ini. Bermula dengan hanya sebuah
pejabat kecil dan dapur yang kecil di restoran, kini Little Cash (M) Sdn Bhd
mempunyai sebuah Pejabat
Urusan dan Dapur Pusat yang berasingan daripada restoran yang
terletak di TTDI Jaya, Shah Alam.Sehingga hari ini, permintaan para usahawan daripada dalam dan luar
negara untuk menjadi francais adalah amat tinggi. Dengan maklumat dan bantuan
yang diperolehi daripada pihak Perbadanan
Nasional Berhad (PNS) mengenai francais, kini Little Cash (M)
Sdn Bhd berminat dan berusaha untuk menjadikan program francais Ani Sup Utara
sebagai satu realiti.
Visi
Syarikat
|
Menjadi di antara syarikat yang terbaik di asia dalam industri makanan
dan minuman dan teknologi HALAL.
Misi
Syarikat
|
Menjadi di antara syarikat yang menyediakan produk makanan dan minuman
yang SUCI, BERSIH dan HALAL serta berkhasiat untuk melahirkan generasi
masyarakat mempunyai peradaban dan berakhlak tinggi.
Objektif
Syarikat
|
- Mencipta peluang perniagaan
dalam industri makanan asas sup kepada para usahawan khasnya bumiputera.
- Membangunkan satu konsep
perniagaan rangkaian restoran yang mempunyai satu tahap bertaraf
antarabangsa.
- Membangunkan proses dan
teknologi makanan asas sup untuk pasaran runcit tempatan dan antarabangsa
- Menyediakan perkhidmatan latihan berkonsep dalam pentadbiran dan teknikal dalam industri makanan dan teknologi makanan.
Alamat Syarikat :
No. 7, Blok F, Jalan Saujana Indah 10
Kompleks Kilang SME Bank
Taman Perindustrian Saujana Indah
Seksyen U2, TTDI Jaya
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Kompleks Kilang SME Bank
Taman Perindustrian Saujana Indah
Seksyen U2, TTDI Jaya
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel :+603 78425563
Fax :+603
78425564
Alamat Dapur Pusat :
No. 7, Blok F, Jalan Saujana Indah 10
Kompleks Kilang SME Bank
Taman Perindustrian Saujana Indah
Seksyen U2, TTDI Jaya
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Kompleks Kilang SME Bank
Taman Perindustrian Saujana Indah
Seksyen U2, TTDI Jaya
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603
77341545
Fax : +603
77341545
Emel : info@anisuputara.com.my
Laman Web : www.anisuputara.com.my