Menu

Majlis Amanah Rakyat (MARA)




PENGENALAN DAN SEJARAH orm


Bottom of Form
Kandungan Jurnal
Pengenalan

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.
Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.


PUISI PENUBUHAN MARA
AMANAH DAN AMARAH RAKYAT (25 TAHUN MARA)
USMAN AWANG NOVEMBER 1991
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pencipta, SN Dato' Dr. Usman Awang yang telah menghadiahkan puisi ini kepada MARA.
Majlis Amanah Rakyat
Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.  
RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan  Menjadi sumpah amanah suatu wawasan      
Pada detik 1966 yang menentukan  RIDA pun dikerandakan dalam sejarah  Untuk sebuah nama baru yang keramat   Majlis Amanah Rakyat   Kini 25 tahun telah berdetik   MARA mencapai kedewasaan usia   Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera  Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan    Menilai kembali keberkesanan   AMARAH dan Amanah Rakyat yang  dipahatkan.  


Bottom of Form
Kandungan Jurnal
VISI KORPORAT
Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa
MISI KORPORAT
Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera 


Convert dummy content to PDFottom of For
OBJEKTIF DAN STRATEGI Convert dummy content to PDF
Kandungan Jurnal

OBJEKTIF

·         Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif
·         Melahirkan modal insan global dan berintegriti
·         Menyumbang kepada pemilikan ekuiti
·         Memudahkan sistem penyampaian

STRATEGI

·         i-Usahawan
·         i-Pekerja
·         i-Pelaburan
·         i-Organisasi


SKOP \Convert dummy content to PDFof Form

Kandungan Jurnal Kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan adalah meliputi sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan konsep Islam seperti berikut : -

1. Pembuatan

Contoh :-Perusahaan perkilangan / industri berasaskan ;-

·         Fabrikasi logam;
·         Elektrik dan komponen elektronik;
·         Makanan dan minuman;
·         Plastik;
·         Tekstil pakaian dan kulit;
·         Percetakan dan penerbitan;
·         Telekomunikasi;
·         Memproses hasil pertanian;
·         Lain - lain.

 2. Perdagangan

Contoh :- Melibatkan urusan jual beli barangan seperti :-

·         Pasar mini ( mini market);
·         Peruncitan;
·         Pemasaran keluaran barangan makanan dan minuman;
·         Penjualan perabot;
·         Pemasaran hasil pertanian;
·         Pengendalian stesyen minyak;
·         Lain - lain lagi.

3. Perkhidmatan
Contoh :- Melibatkan urusan jual beli dalam perkhidmatan yang diberikan seperti :-

·         Guaman;
·         Klinik;
·         Perkhidmatan menyediakan makanan (restoran / kedai makan);
·         Kedai gunting rambut (lelaki dan wanita);
·         Kedai jahitan;
·         Lain - lain lagi.

4. Pemborongan
Contoh :- Meliputi kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan seperti :-

·         Membina bangunan;
·         Membuat jalan;
·         Ubahsuai bangunan;
·         Pendawaian elektrik;
·         Lain - lain lagi.


HUBUNGI KAMI

Sila berhubung atau berjumpa dengan kami di alamat berikut:

Pengarah MARA
Negeri Wilayah Persekutuan

Aras 1-4, Wisma Koperasi No. 1,
Lorong Medan Tuanku 1,
50300 Kuala Lumpur
Tel  :  03-2692 7820
Fak : 2697 0731
LamanWeb :
http://www.pmn.gov.my/wilayah