Menu

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)


Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Sejarah MITI
Sejarah penubuhan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bermula dengan penubuhan Unit Sekretariat Ekonomi yang mengendalikan hal-hal ekonomi pada tahun 1951. Unit ini Sekretariat ini telah dinaikkan taraf sebagai Kementerian dan dikenali sebagai Kementerian Perdagangan dan Perusahaan pada tahun 1956.
Dengan perkembangan ekonomi yang pesat dan sumbangan sector perdagangan dan perindustrian dalam pembangunan Negara, nama Kementerian ini telah sekali lagi ditukar kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1972.
Pada 27 Oktober 1990, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian telah dibahagikan kepada dua kementerian iaitu:
a) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); dan
b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDN & HEP)
Pembahagian ini adalah bertujuan bagi memisahkan peranan dan fungsifungsi yang berbentuk galakan perdagangan antarabangsa dan perindustrian dengan fungsi-fungsi berbentuk penguatkuasaan dan pengawalan perdagangan dalam negeri serta hal ehwal pengguna. Pertukaran kepada nama MITI adalah merupakan rombakan struktur yang penting oleh pihak Kerajaan kerana penekanan diberi kepada dua aspek utama ekonomi Negara iaitu perdagangan antarabangsa dan pembangunan perindustrian.
  
Visi dan Misi

Visi
Untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih dan menjadi antara negara pedagang yang paling berdaya saing pada tahun 2020.



Misi
Untuk mempromosi dan mengatur strategi daya saing global Malaysia di arena perdagangan antarabangsa dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
Untuk memacu aktiviti-aktiviti pembangunan industri ke arah peningkatan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.



Objektif
Untuk merancang, menggubal dan melaksanakan Dasar-Dasar Perdagangan Luar dan Industri Negara supaya berkembang dengan pesat ke arah Pencapaian Dasar Ekonomi Negara dan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.



Fungsi MITI
  • Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pelaburan, pembangunan perindustrian dan perdagangan luar Negara;
  • Merangka dasar dan strategi pembangunan perindustrian;
  • Menggubal dan menggalakan hubungan perdagangan duahala dan pelbagaihala serta kerjasama perdagangan serantau;
  • Merancang dan menggalak pembangunan prestasi eksport Malaysia di pasaran antarabangsa;
  • Merancang, menyelaras dan mengesan pembangunan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana;
  • Memaju dan memperbaiki kemahiran pengurusan, penyeliaan dan keusahawanan amnya kepada golongan swasta dan khususnya kepada Bumiputera;
  • Memastikan negara mendapat faedah yang maksimum daripada institusi pembuatan.


Insentiff
Sila layari laman web MIDA untuk maklumat lanjut mengenai insentif di bawah: 
·           Insentif Untuk Sektor Perkilangan

·           Insentif Untuk Sektor Pertanian

·           Insentif Untuk Industri Aeroangkasa

·           Insentif Untuk Industri Pelancongan

·           Insentif Untuk Pengurusan Alam Sekitar

·           Insentif Untuk Penyelidikan dan Pembangunan

·           Insentif Untuk Latihan

·           Insentif Untuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi

·           Insentif Untuk Projek Perkhidmatan Diluluskan

·           Insentif Untuk Industri Perkapalan dan Pengangkutan

·           Insentif Untuk Koridor Raya Multimedia (MSC)

·           Insentif Untuk Sebuah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

·           Insentif Untuk Ibu Pejabat Operasi

·           Insentif Untuk Pusat Perolehan Antarabangsa/ Pusat Pengedaran Serantau

·           Insentif Untuk Pejabat Perwakilan/ Serantau

·           Pusat Pengurusan Perbendaharaan (Treasury Management Centre)

·           Pembekal Perkhidmatan Rekaan Industri di Malaysia

·           Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa

·           Insentif Untuk Perkhidmatan Sokongan Pasaran

·           Insentif Untuk Perkhidmatan Logistik Bersepadu

·           Intensif Untuk Kemudahan Rantaian Sejuk

·           Insentif Untuk Kemudahan Utiliti Sentral 

·           Insentif Am
 


Alamat :
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Blok 10, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta,
50622 Kuala Lumpur
Malaysia   
Telefon: 603-6200 0000
Faksimili : 603-6201 2337
Emel :
webmiti@miti.gov.my
Laman Web:
http://www.miti.gov.my