Pada tahun 2007, Majlis Pembangunan PKS
Kebangsaan (Majlis) memutuskan agar satu Agensi Penyelaras Pusat PKS ditubuhkan
bagi menggubal dasar umum serta menyelaras pelaksanaan program EKS meliputi
semua sektor ekonomi di semua Kementerian dan Agensi berkaitan. Dalam hal ini,
Perbadanan Perusahaaan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) yang ditubuhkan
pada 2 Mei 1996 telah diberikan tanggungjawab untuk bertindak sebagai Agensi
Penyelaras Pusat ini dengan dijenamakan semula sebagai Perbadanan Perusahaan
Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). SME Corp. Malaysia telah
beroperasi secara rasmi pada 2 Oktober 2009 dan merupakan pusat rujukan
setempat bagi EKS di Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat.
Di samping itu, SME Corp. Malaysia juga menyelaraskan, mengawasi dan menilai
pelaksanaan dasar, strategi dan program bagi EKS merentasi semua sektor ekonomi
selaras dengan matlamat Majlis
Visi
Organisasi utama bagi pembangunan PKS
yang progresif untuk meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Misi
Menggalakkan pembangunan PKS yang
berdaya saing, berinovasi serta berdaya tahan melalui penyelarasan dan
penyediaan khidmat sokongan perniagaan yang efektif .
Fungsi
1. Menyelaras Perlaksanaan Dasar Dan
Program
·
Sumber rujukan kepada Agensi Kerajaan
bagi isu berkaitan EKS
·
Memantau dan menilai keberkesanan
polisi dan program
·
Merumus polisi EKS bagi semua sektor
ekonomi
|
2. Pusat Setempat Bagi Khidmat Nasihat
Dan Maklumat
·
Menyediakan khidmat nasihat perniagaan
melalui “SME Business Centre”
·
Menyebarkan maklumat mengenai bantuan
dan insentif Kerajaan
·
Sebagai saluran bagi mendapatkan
maklumbalas berkaitan isu-isu EKS
·
Sebagai penghubung bagi organisasi
tempatan dan antarabangsa mengenai perkara-perkara berkaitan EKS
|
3. Pengurusan Data Serta Menyebarkan
Maklumat Dan Kajian Berkaitan EKS
·
Menguruskan Pangkalan Data EKS
Kebangsaan
·
Menjalankan kajian ke atas EKS
·
Menerbitkan statistik dan laporan
berkaitan EKS
·
Melaksanakan program-program capaian
|
4. Menyediakan Sokongan Perniagaan
·
Membangunkan EKS yang berdaya saing
melalui program pembangunan keupayaan dan bantuan kewangan yang khusus
·
Meningkatkan daya saing EKS dengan
menilai EKS melalui kaedah SME Competitive Rating for Enhancement (SCORE)
·
Mewujudkan rantaian di antara EKS
dengan syarikat besar dan Multinasional
|
5. Urusetia Kepada Majlis Pembangunan
PKS Kebangsaan (Majlis)
·
Mencadangkan polisi umum berkaitan
pembangunan EKS
·
Menyediakan khidmat sokongan dan
pentadbiran kepada Majlis
·
Memastikan keputusan Mesyuarat Majlis
disalurkan kepada pihak yang berkenaan
Hubungi Kami
SME Corporation Malaysia (SME Corp.)
Level
6, SME 1, Block B, Lot E,
Jalan
Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral, 50470 KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur Sentral, 50470 KUALA LUMPUR
Talian Utama : 03-2775 6000
Faks : 03-2775 6001
Talian Info : 1-300-30-6000