Menu

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)



LATAR BELAKANG
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia. PNS mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan servis serta produk yang berkualiti.
PNS berperanan dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais negara demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais. Objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya di dalam dan luar negara.


VISI, MISI & NILAI
     
Visi
Menjadi peneraju industri francais negara melalui penyediaan pakej francais yang menyeluruh.
Misi
Membangunkan usahawan francais bertaraf dunia dengan menawarkan produk yang komprehensif dan perkhidmatan bersepadu.
Nilai
S
=
Speedy (Pantas)
P
=
Professional (Professional)
I
=
Innovative (Inovatif)
C
=
Competent (Cekap)
E
=
Ethical (Beretika)
D
=
Dedicated (Dedikasi)




SKIM PEMBIAYAAN FRANCAISOR
Objektif
·         Menyediakan bantuan kewangan kepada francaisor/francaisi induk untuk mengembangkan perniagaan
·         Memberi galakan dan memudahkan lebih ramai francaisor mengembangkan perniagaan ke tahap antarabangsa
·         Membantu francaisor/francaisi induk dalam mengukuhkan keupayaan untuk menggalakkan lebih banyak francaisi mengembangkan perniagaan
Kriteria Syarikat
·         Memiliki status Syarikat Sendirian Berhad
·         Berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF)
·         Berdaftar dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA)
·         Syarikat mencatat keuntungan dan dana pemegang saham yang positif untuk akaun terkini yang telah diaudit
·         Perniagaan mesti mematuhi garis panduan Syariah
Struktur Pembiayaan
Saiz Pembiayaan
:
RM 100,000 hingga RM 2,000,000 /
Tertakluk kepada gearan tidak melebihi 4 kali
Kadar Keuntungan
:
6% - 8% setahun
Tempoh Pembiayaan
:
Sehingga 10 tahun
Kaedah Pembiayaan
:
Pembiayaan Islam





HUBUNGI KAMI
Sila berhubung atau berjumpa dengan kami di alamat-alamat berikut:
Perbadanan Nasional Berhad (Ibu Pejabat)
     Aras 13A, Menara PNS
     Menara 7, Avenue 7
     Bangsar South City
     No.8 Jalan Kerinchi
     59200 Kuala Lumpur
       03 - 2082 7788
  03 - 2082 7787
       1 800 22 1767