PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad)
Perbadanan
Usahawan Nasioanal Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan milik
penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan sebuah badan penyelaras bagi
aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera.
Fokus utama PUNB adalah untuk membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan
strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara untuk
melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang
dinamik, berdaya tahan dan progresif. Pakej pembangunan keusahawanan bersepadu
adalah untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej ini dirangka untuk membantu
usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan
membentuk perniagaan yang lebih baik.
Antara syarat-syarat permohonan adalah pemohon mesti
kaum Bumiputera yang mempunyai hasrat untuk memiliki dan menjalankan perniagaan
seperti jujur, berkeyakinan, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan
berdisiplin selain mempunyai kemahiran dalam komunikasi dan pengurusan.
Seterusnya, pemohon mesti menyediakan sekurang-kurangnya 20% dari jumlah
pembiyaan dari dari sumber sendiri sekiranya PUNB adalah pembiaya tunggal dalam
perniagaan yang dirancang. Selain itu, produk atau perkhidmatan mestilah sedia
untuk dipasarkan dan pemohon mesti mempunyai hak pemilikan terhadap pembuatan
barang atau perkhidmatan tersebut. Pemohon juga perlu menyediakan model
perniagaan dan strategi perlaksanaan yang baik. Pemohon juga perlu merancang
strategi keluar yang mantap seperti tebus balik pinjaman, belian balik ekuiti,
penggabungan dan pengambil-alihan, penyenaraian awam dan banyak lagi.
Sebagai permulaan, pemohon dikehendaki menyediakan
pelan perniagaan yang ringkas atau kertas kerja yang menerangkan perniagaan itu
secara keseluruhan. Pelan perniagaan itu perlu disertakan dengan memberi fokus
kepada beberapa perkara seperti ringkasan eksekutif, peluang perniagaan,
strategi perniagaan dan petunjuk pencapaian, pelan pemasaran, pelan operasi,
pengurusan kakitangan dan unjuran kewangan. Selain itu, permohonan dalam talian
juga boleh didapati dengan melayari laman web rasmi PUNB dengan memilih butang
e-borang.
