Menu

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)


LATAR BELAKANG PENUBUHAN

TEKUN Nasional telah diwujudkan hasil daripada resolusi Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada tahun 1994 yang mencadangkan agar satu sistem penyaluran modal tambahan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan dilaksanakan bagi mengatasi masalah akses usahawan kecil Bumiputera kepada pembiayaan perniagaan. Dalam tahun 1995, Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Pulau Pinang. Seterusnya projek perintis ini dikembangkan ke Jeli, Kelantan pada tahun 1996 dan ke Besut, Terengganu pada tahun 1997. 
Berikutan kejayaan projek perintis ini, Kerajaan memutuskan projek TEKUN diperluaskan ke seluruh negara untuk manfaat usahawan kecil Bumiputera.  Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ( MECD ) pada 9 November 1998 dan mula beroperasi pada 1 Februari 1999.
Selaras dengan kemajuan dan arus pemodenan, penjenamaan semula dan hala tuju baru Yayasan TEKUN Nasional pada 12 Februari 2008 telah memperlihatkan Yayasan TEKUN Nasional telah diberi nama baru iaitu TEKUN Nasional yang berperanan bukan hanya sekadar sebagai agensi memberi pembiayaan bahkan turut memainkan peranan dalam pembangunan keusahawanan dan memberikan perkhidmatan sokongan.
Berikutan penyusunan semula pentadbiran Kerajaan pada 1 April 2009, TEKUN Nasional telah diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kronologi Penubuhan TEKUN
 1994 
 : 
Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang telah mengambil ketetapan mengenai keperluan yang amat mendesak untuk mewujudkan pinjaman modal tambahan kepada usahawan kecil Bumiputera.  
 1995
 :
Pusat Penyelidikan Dasar, USM Pulau Pinang menubuhkan pasukan kajian untuk melaksanakan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
 1996
 :
Projek perintis ini dikembangkan ke Jeli, Kelantan.
 1997
 :
Projek perintis ini seterusnya dikembangkan ke Besut, Terengganu.
 Mei 1998 
 :
Kerajaan memutuskan projek TEKUN diperluaskan untuk manfaat usahawan kecil Bumiputera ke seluruh negara.
 16 September 1998                           
 :
Kerajaan bersetuju TEKUN diletakkan di bawah bidang tugas dan pengawasan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD).
 2 Februari 1999
 :
Yayasan TEKUN Nasional mula beroperasi.
12 Februari 2008
 :
Penjenamaan semula & hala tuju baru telah mengubah nama Yayasan TEKUN Nasional kepada TEKUN Nasional.
 1 April 2009
 :
Hasil penyusunan semula pentadbiran Kerajaan telah meletakkan TEKUN Nasional di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian & Inudstri Asas Tani.

VISI, MISI & FUNGSI

VISI
TEKUN Nasional sebagai Institusi Strategik Pembiayaan Mikro dan Pembangunan Usahawan Yang Unggul.
MISI
Menyediakan Pembiayaan Mikro Dan Perkhidmatan Sokongan Pembangunan Keusahawanan.



FUNGSI
·         Menyediakan pembiayaan usahaniaga secara mudah dan cepat.
·         Menyediakan maklumat keusahawanan dan peluang-peluang perniagaan.  

·         Menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada para usahawan yang 
      menyertai program TEKUN.  

·        Mewujudkan Komuniti Usahawan TEKUN yang berdaya usaha, inovatif dan progresif serta jaringan perniagaan.
·         Memupuk Budaya Keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.  

·         Menggalakkan Budaya Menabung di kalangan usahawan TEKUN.

PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN (BUSINESS CENTRE)

Pusat Pembangunan Usahawan (Business Centre) merupakan satu inisiatif dan daya usaha pihak Kerajaan untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaiannya (delivery system) selaras dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat khususnya kepada masyarakat Bumiputera.
Peranan dan Objektif
·        Memberikan maklumat mengenai peranan yang dimainkan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian serta agensi-agensi di bawahnya dalam usaha melahir dan memajukan usahawan di negara ini serta memupuk semangat dan budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.
·       Memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan (business opportunities) dan penjanaan pendapatan (income generating activities) yang boleh diceburi oleh masyarakat bumiputera dari kawasan sekitarnya.
·       Menjadi Pusat Rujukan, Perkhidmatan dan Sokongan kepada para usahawan dan bakal-bakal usahawan.
·       Menjadi pusat untuk mewujudkan jaringan (networking) dikalangan para usahawan yang sediada di kawasan sekitarnya.
·       Menjadi pusat untuk berbagai aktiviti dan kegiatan dalam bidang keusahawanan dan pembangunan usahawan setempat.



PERKHIDMATAN BERGERAK (TEKUN MOBILE)

TEKUN Mobile merupakan satu inisiatif dan daya usaha TEKUN Nasional untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaiannya (delivery system) turun padang dan mesra usahawan, selaras dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat khususnya kepada masyarakat Bumiputera.


Peranan dan Objektif :-

·         Merupakan perkhidmatan mesra usahawan di mana ia memfokuskan kepada lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan masyarakat.
·       Memudahkan urusan dan memantapkan lagi sistem penyampaian terutama bagi usahawan.
·       Menjadi perkhidmatan khidmat bimbingan, sokongan dan jaringan perniagaan.
·        Menyelaras maklumat diterima dari pelanggan dan mencadangkan penambahbaikan kepada system penyampaian TEKUN Nasional.
·      Melakukan aktiviti turun padang (mesra usahawan) untuk menggalakkan usahawan dan bakal usahawan menerima maklumat yang lebih terperinci.
·       Memberi penerangan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disedia / tawarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi-agensi di bawahnya serta sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat yang terkini.




Cara Menghubungi Kami :-

TEKUN NASIONAL
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
No 2, Jalan Tasik Selatan 4,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-9058 8550 / 9058 8999 Faks: 03-90595777
Emel: mailbox@tekun.gov.my