MEDEC - Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, MEDEC atau Malaysian Entrepreneurship Development Center ditubuhkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1975 dengan tujuan utama melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera di Malaysia. Secara khususnya, ia diwujudkan untuk membentuk pelan rancangan dan program keusahawan seperti latihan, kajian dan konsultansi.
Kini, MEDEC telah berkembang sebagai sebuah badan yang menjadi pusat latihan keusahawan dan pendidikan di Malaysia. MEDEC juga dalam usaha mengembangkan lagi sayap peranannya untuk membentuk kursus dan latihan untuk para graduan di peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran. Falsafah utama MEDEC adalah kepercayaan kepada kebolehan untuk melahirkan para usahawan melalui pendidikan dan latihan yang kukuh dari segi ilmu, kemahiran dan motivasi. MEDEC bergabung tenaga dengan badan badan berkanun kerajaan yang lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Bank dan sebagainya dalam usaha untuk memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan.
Objektif utama penubuhan MEDEC:
1. Mendidik bakal usahawan dan menjadikan keusahawanan melalui pembelajaran dan latihan
2. Melahirkan usahawan yang berilmu serta berkempampuan untuk bersaing di peringkat tempatan dan juga global (antara bangsa)
3. Membantu usahawan membentuk perniagaan dan syarikat yang mantap serta mampu memperkembangkan lagi perniagaan mereka
Antara strategi yang diatur untuk membentuk dan melahirkan usahawan adalah seperti berikut:
1. Menerapkan nilai nilai keusahawanan di kalangan pelajar dalam usaha untuk membentuk usahawan berilmu dan lengkap dengan kemahiran teknologi terkini menerusi program program akademik dan latihan
2. Mempertingkatkan kebolehan dan daya saing usahawan/bakal usahawan menerusi program pembangunan usahawan
3. Membantu usahawan usahawan baru membina perniagaan yang baru, serta memperkembangkannya menerusi khidmat nasihat konsultansi yang berterusan
MEDEC boleh dihubungi menerusi maklumat perhubugan seperti berikut:
Malaysian Entrepreneurship Development Centre (MEDEC)
Block 13, Intekma Resort and Convention Centre UiTM
Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor