TABUNG EKONOMI BELIA
(TEB)
Tabung Ekonomi Belia memainkan peranan sebagai badan
penyelaras program pembangunan ekonomi belia dalam menyokong Dasar Pembangunan
Belia Negara dan Wawasan 2020. Selain itu juga berperanan dalam meningkatkan
peluang kepada masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang
memberikan manfaat dari aspek pembangunan perniagaan, perpaduan dan sosio
ekonomi. Terdapat dua jenis skim dalam Tabung Ekonomi Belia iaitu Skim Belia
Negara (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT). SBN menyediakan pembiayaan untuk perkhidmatan
pembuatan dan Francais yang disokong oleh Bank Negara Malaysia. Sementara SBT
pula menyediakan pembiayaan pengeluaran tanaman jangka pendek, ternakan haiwan,
perikanan, industri asas tani dan perkhidmatan tani. SBT pula disokong oleh
Bank Pertanian Malaysia, iaitu Agro Bank. Had pinjaman bagi Tabung Ekonomi
Belia adalah serendah RM 5000.00 hingga RM 50,000.00 dan tempoh bayaran balik
bagi kedua-dua skim ini adalah sehingga tujuh tahun. Bayaran balik boleh
dilakukan menerusi institusi kewangan yang dilantik.
Antara syarat-syarat permohonan, pemohon yang berminat
mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia berumur 18 – 40 tahun. Pemohon
mestilah mendaftar sebagai pemohon dan lulus saringan seperti ujian minat
kerjaya dan kecenderungan keusahawanan. Pemohon juga mesti lulus kursus
bimbingan rancangan perniagaan. Tujuan pemohon menyuarakan pemohonan adalah
untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan sepenuh masa. Selain itu, pemohon
mesti menyediakan dua orang penjamin yang mempunyai pendapatan kasar tidak
kurang RM 1000.00 sebulan dan tidak mempunyai rekod tindakan hutang dan
penjamin juga boleh terdiri daripada ahli keluarga.
Setiap agensi ini mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
berbeza mengikut keperluan, jumlah wang, jenis perniagaan, skim dan sebagainya.
Selain itu, setiap agensi ini juga dikawal oleh badan-badan kerajaan yang
terpilih. Namun, matlamat kesemua agensi ini adalah sama iaitu untuk membantu
kaum Bumiputera memulakan perniagaan dan menstabilkan kewangan pada masa
hadapan. Hanya pemohon yang layak dan terpilih sahaja berpeluang memulakan
perniagaan setelah melalui beberapa ujian kelayakan. Selain itu, syarat-syarat
yang dikenakan turut mempengaruhi kadar kredibiliti pemohon yang memohon agar
modal yang dilaburkan tidak lebur begitu sahaja.
Tidak semua pemohon layak menerima pembiayaan daripada
agensi yang dipohon. Mereka terlebih dahulu akan disiasat dan diperiksa
kesahihan perniagaannya. Kerana setiap agensi ini mempunyai prosedur yang perlu
dipatuhi bagi melayakkan pemohon mendapat pembiayaan yang diminta. Setiap
syarat yang dikenakan mesti dipenuhi sebaiknya. Jika tidak, kemungkinan wang
pembiayaan yang disalurkan akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Disitu akan berlaku pembaziran pula. Pembayaran balik wang
pembiayaan perlu dilakukan apabila permohonan yang telah ditandatangani
disahkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui. Maka, setiap pihak akan
sentiasa beringat dan berwaspada dengan setiap sen yang dilaburkan.
Kesimpulannya, jika ingin memulakan sesebuah perniagaan,
kita mesti merujuk kepada agensi yang sah dan dipercayai untuk mendapatkan
pembiayaan. Kemudian, permohonan itu akan diteliti terlebih dahulu untuk
memastikan pengaliran wang pembiayaan yang betul dilaksanakan oleh pemohon.
Setelah menerima pembiayaan, pembayaran balik mesti dibuat mengikut tempoh yang
telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Maka, kedua-dua pihak
akan beroleh keuntungan dan manfaat.
Ciri-Ciri
Skim
1.0
Institusi Kewangan yang Dilantik
Institusi
kewangan yang dilantik adalah bertanggungjawab sebagai pengurus dana bagi Skim
Belia Negara dan Skim Belia Tani dan bank-bank yang terlibat ialah :
·
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk
Skim Belia Niaga (SBN)
·
Bank Pertanian Malaysia untuk Skim
Belia Tani (SBT)
2.0
Had Pinjaman
Had
pinjaman yang telah dipersetujui antara Kementerian Belia dan Sukan dengan
pihak bank bagi kedua-dua skim adalah dari nilai minima RM5,000.00 sehingga
maksima RM50,000.00.
3.0
Kadar Bayaran
Kadar
bayaran perkhidmatan yang dikenakan bagi kedua-dua skim SBN dan SBT adalah
empat 4% setahun dengan berdasarkan kepada baki pinjaman.
4.0
Yuran Proses
Yuran
proses akan dikena dan ditetapkan oleh kedua-dua institusi kewangan iaitu Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia dan Bank Pertanian Malaysia yang telah dilantik oleh
KBS.
5.0
Kos Guaman Dan Insurans
Segala
kos guaman bagi penyediaan surat cara pinjaman dan insurans akan ditanggung
sepenuhnya oleh pihak peminjam dan bukan di bawah kuasa pihak bank atau
Kementerian Belia dan Sukan.
6.0
Pengeluaran Pinjaman
Pengeluaran
pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik akan dibuat berdasarkan
keperluan peminjam dan dibuat secara sekaligus atau berperingkat-peringkat.
7.0
Kutipan Bayaran Balik Pinjaman
Kutipan
bayaran balik pinjaman akan dilakukan menerusi institusi kewangan yang dilantik
dan tempoh bayaran balik pertama pinjaman dibuat mengikut ketetapan oleh
institusi kewangan yang dilantik.
8.0
Tempoh Pinjaman
Had
maksimun yang telah ditetapkan untuk tempoh bayaran semula pinjaman bagi
kedua-dua Skim Belia Negara dan Skim Belia Tani adalah sehingga 7 tahun.
Bagi
mereka-mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Tabung Ekonomi Belia
ini, pendaftaran perlulah dilakukan terlebih dahulu melalui laman sesawan
portal MPEB atau secara manual dengan mengisi borang yang boleh didapati di
Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan Daerah dan menghantar semula borang yang
telah lengkap diisi ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Daerah. Setiap
permohonan yang dihantar akan mengambil masa lebih kurang 2 bulan setengah
untuk diproses secara teliti dan keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas
itu.
