PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)
UDA Ditubuhkan oleh kerajaan
pada 12 November 1971, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan rancangan pembangunan Bandar. Selepas
29 tahun dengan kejayaannya memenuhi tanggungjawab yang diberikan, UDA telah
diswastakan pada 1 September 1996 dan menjadi UDA Holdings Sdn. Bhd.
Usaha untuk memperkenalkan
syarikat ini tercapai setelah syarikat ditukar status sebagai sendirian berhad
kepada berhad bermula pada Julai 1999, syarikat ini dikenali sebagai UDA
Holding Berhad. Syarikat telah tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala
Lumpur pada 18 November 1999. Syarikat UDA ini diketuai oleh ahli lembaga
yang berpengalaman dan kualiti profesional yang tinggi, UDA komited untuk
meningkatkan daya saing dan bersedia untuk memainkan peranan penting dalam
sektor pembangunan bandar dengan menyumbang kepada pertumbuhan keusahawanan
sejajar dengan aspirasi kebangsaan. Aktiviti- aktiviti utama
syarikat adalah pembangunan dalam sektor hartanah sementara akitiviti utama
Kumpulan adalah dalam pembangunan hartanah, pengurusan harta dan industri
perlancongan.
Visi:
Menjadi sebuah syarikat
hartanah dinamik yang memenuhi aspirasi negara.
Misi:
Menjadi syarikat hartanah
yang terbaik dan berwibawa yang memenuhi kehendak komuniti.
UDA adalah komited dan
bertanggungjawab untuk menguruskan pembangunan hartanah dengan berkesan supaya
pembangunan yang dibina menepati kehendak pelanggan, mematuhi keperluan pihak
berkuasa dan perundangan. Disamping itu, UDA juga berperanan penting dalam
inisiatif menyokong agenda bumiputera termasuk menambah pemilikan hartanah
bumiputera di kawasan bandar, membangun usahawan bumiputera berdaya saing dan
mengukuhkan modal insan bumiputera.
