Sate Kajang
Hj Samuri &
Anak-anak Enterprise Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkongsian yang
didaftarkan pada tahun 2000. Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual
sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi
sebuah syarikat korporat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang
perniagaan sate secara komersial. Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah
rantaian cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan
beberapa cawangan di Negeri Sembilan. Sate Kajang Hj Samuri juga merupakan
pembekal sate utama kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala
Lumpur.
Selain mempunyai
pekerja lebih dari 500 orang pekerja, GMP (Good Manufacturing Practice) ataupun
Amalan Pengilangan Baik dan pensijilan Halal akan menjanjikan pasaran yang
lebih meluas melangkaui sempadan antarabangsa. Dengan perancangan yang teliti
dan peningkatan prestasi yang berterusan, syarikat ini sedang mengorak langkah
untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya.
Pengiktirafan yang
diterima dari pihak kerajaan mahupun badan swasta telah menjadi sumber
inspirasi kepada syarikat ini untuk terus maju. Selain itu, keprihatinan
syarikat dalam memperkenalkan sate yang sinonim makanan tradisional masyarakat
Malaysia ke serata dunia juga menjadi peransang untuk menjadi lebih berdaya
saing dalam menempuh dunia perniagaan yang semakin mencabar.
Misi
Menjadi Peneraju Makanan Tradisional Melayu Malaysia di Mata Dunia.
Menjadi Peneraju Makanan Tradisional Melayu Malaysia di Mata Dunia.
Visi
Di Sate Kajang Hj. Samuri, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Keperluan pelanggan menjadi inspirasi kami. Kualiti Produk, perkhidmatan, kepakaran, kemahiran dan kakitangan yang berdedikasi memainkan peranan penting dalam menjadikan kami peneraju utama dan antara yang terbaik dalam industri makanan.
Di Sate Kajang Hj. Samuri, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Keperluan pelanggan menjadi inspirasi kami. Kualiti Produk, perkhidmatan, kepakaran, kemahiran dan kakitangan yang berdedikasi memainkan peranan penting dalam menjadikan kami peneraju utama dan antara yang terbaik dalam industri makanan.
Sate Kajang Hj.
Samuri merupakan simbol “Untuk
Rasa Sate Kajang Yang Sebenar”. Ianya bukan sekadar RASA sebaliknya
melambangkan profesionalisme dalam memperkenalkan Makanan Tradisional Melayu
Malaysia ke mata dunia….
Produk yang
disediakan :-
- Lain-lain
Perkhidmatan
- Katering
- Tempahan dan
penghataran sate
- Tempahan sate untuk
hotel / cafe
- Sewa dewan makan (Cawangan utama)


